campur aduk

Thursday, April 28, 2011

 hi korang...ngantuk erh???
biasalah time petang-petang ni kan,
tambah plak perut tengah kekenyangan
amalkan pemakanan yang sihat ye kengkawan,
supaya kesihatan tu sentiasa terjaga
wah, gaya macam doktor kesihatan plak kan?...
ahahah cecita tak tercapai :(
ahkak macam biasalah dalam mood diet,
*atas tu makanan ahkak, kat bawah ni rakan se'melantak' ahkak..curlastt*

tapi itupun ada sore-sore yang macam tak caya
tengokla, bila ahkak control makan, ada yang tak caya,
ahkak banyak makan pun ada yang tak caya...
harus bagaimana lagiii...

anyway, harini aku terkejut sebab
aku terbaca blog seorang rakan blogger fillanie
mengenai pemergian seorang (walaupun tidak kukenali)
tapi aku ternampak kemalangan itu
tengahari jumaat lepas, aku lihat kemalangan itu,
tapi mangsa nampak ok sebab tiada luka
cuma dia terbaring di atas jalan lah,
aku tak sempat nak memberhentikan kereta
tetapi hari ini, aku dapat tahu
bahawa budak perempuan itu
telah pun meninggal dunia pada Ahad yang lepas
melihat daripada kecederaan yang dialami
nampak biasa tapi mungkin pendarahan dalaman kot.
sebab punca kemalangan dia
dilanggar dari belakang oleh sebuah teksi..
Al Fatihah
( photo taken from kasihaleeya.blogspot.com)

nak habaq kat hangpa ni
ahkak tetiba suka ngan tudung ariani,
kalau sebelum ni ahkak tak pernah pakai tudung
yang ada awning/bumbung/atap tapi kali ni ahkak suka...
kebetulan pulak kedatangan kami tu time Ariani tengah buat sale..
mak oiii berbaloiii..baloiiii yerkk...!!!tapi adik-adik,
fefaham jer lah reganya kan...
mak yang kurang berkemampuan ni haruslah belek-belek
sambil bawa kelikkeliktor..
ahaha abis melayan duit gaji ahkkakkkk!!!!!!
untuk pengetahuan korang sale ni sampai 2 Mei 2011....
hah, sempat lagi nak perabis kan duit tu punnn...

*ahkak amik pic dalam toilet le apa lagi..cantik tak tudung ahkak?*
*sesak kat dalam kedai tu, ahkak cecurik snap*

untuk hilang kan ngantuk korang tu,
meh la kita layan artis seksi ni
-->Kilafairy (seksi uols),
boleh tahan gak sore dia kan?
muka boleh jual, body pun mantopp, sore plak sedap..
pasti berebut VVIP nak order buat bini kan..
tapi nak kata ahkak peminat dia tu tidak lah...
setakat tengok-tengok jer laa..
minat lelebih tu tak kot...
tapi awatla ahkak rasa pelik sangat jer bibir dia tu,
asli ke uols?? fikir baik, asli ler tuh!
sesuka jer nak cakap tak 'ori'..
ni brand terbaik dari ladang yee!!
buat yang tertanya-tanya siapa dia ni..
dia ni anak penyanyi dedulu tu Rohana Jalil



tak cukup??..nak lagi???

nah amik niiii...layannnn



nak lagi???....
daaa gi buat kerja laaaa...
main lebih ehhh...heppp!!!

lunch-date-with-buddies

Tuesday, April 26, 2011

holla...
tetiba jadi superb ghajin nak update blog
walaupun tanpa sedar telah menghasilkan
entry yang merapu terlampauu
time perut kenyang-kenyang ni idea tetiba datang menerpa
ahahhaha..tak pepasal dan tiada kaitan langsung kan
harini lunch date ngan my buddies
memasing kegumbiraan depan makanan tersayang
walaupun ahkak masih mood diet
semangat diet ahkak akan lebih membara
bila pakai suar jeans da tak boleh butang
tapi bile depan makanan, semua itu hanyut okkayy
*sangat tak tahan godaan ahkak ni kan*
lelebih lagi dengan kehadiran penasihat makanan tetap ahkak
iaitu Che Popo dan juga penasihat jemputan ahkak CheChuya
waduhh, semuanya nampak sedap depan mata
lunch kami hanya di Old Town Cafe, Alamanda
kekonon nak lite lunch tapi mcm tak lite-lite jer...huhu
bukan selalu dapat kuar bertiga...
pasni sudah tentu tanpa chechuya sebab dia nak nak gi posting
huwaaaa, awak tinggalkan kamiii kannn!!!
anyway, all the best for her...leh la nanti kami melawat uols ya..
*makanan orang diet macam saya*

*with my chechuya aka exhousemate...love you*


*antara makanan yang telah di'order'..nampak ringan-ringan jer kan? *

 *wajah-wajah kelaparan sementara menunggu makanan sampai sambil bergosip*

nak cite gak kat uols...
last wiken ahkak gi wedding kat Pekan, Pahang
gi rumah besan mama and ayah
kebetulan ayah kurang sihat,
ahkak kenalah jalankan tanggungjawab kan
dedulu time kite kecik
 ayah selalu drive ke mana jer bawa kami jejalan
bile time da besar ni, tiba giliran kita plak bawa dia kan
sepanjang perjalanan dari Mersing ke Pekan
memang tak de highway
so kami tempuh perjalanan dalam kawasan kampung
dan hutan yang menghijau...ada gak sikit lautan dan sungai-sungai
dah macam karangan budak darjah enam plak aku nih
perjalanan kami mengambil masa 2 jam suku
tak la laju sangat pun nak memandu
sebab, kekadang tu ada lembu melintas
kambing main kejar-kejar kat atas jalan
seronok kan?...awas yer kalau ternampak periuk api...ahahha
nama pun kampungkan, so mende macam tu biasa daa...
aku tak ada snap picca banyak sangat
takkan sambil memandu aku nak snap..
mau ke longkang plak nanti kan
bile lalu kawasan-kawasan macam ni
pasti aku akan rindu masa balik kampung
bile tibe hari raya...mesti lagi syok
sebab kite dapat lihat kampung akan bertukar menjadi colourfull
kalau suasana malam plak
akan lebih meriah sebab ada pelita dan lampu lip lap lip lap
betul tak??

*amik guna hp so tak cantik la pic nya...asal boleh*


*with my beloved sister...ahkak macam gi majlis pengkebumian plak eh....mak aji ler katakan..kahkah*

cukup dulu kot
sebab korang da macam muak ajer
ahahah takut plak nanti pitam tengok pic bebanyak
chauu...selamat bekerja uolss...muaahhh

ADAB MEMOTONG KUKU

Assalamualaikum uolss...
wah, bibit-bibit kesopanan dan kesusilaan kann
harini i would like to share with you about
"ADAB MEMOTONG KUKU"
bahan-bahannya ialah pemotong kuku dan kuku anda sendiri
ahahahahah takkanlah kuku ahkak plak kan??
apa yang menarik nak di'share'kan ialah 
hari-hari tertentu yang kita patut potong kuku
kalau sebelum ni ahkak sendiri pun main hentam keromo jer
asal ikut suka jer ahkak potong kuku
pasni boleh la kite sesama pastikan kita 
dapat potong pada hari yang bawa kebaikan kepada kita..
moga kita dapat bersama-sama berkongsi perkara yang baik ini

RAHSIA MEMOTONG KUKU 

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; 

Hari Sabtu            : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad             : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin              : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa           : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu              : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis          : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat          : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

p/s : selamat bekerja uolss..

help me, please

Thursday, April 21, 2011

waduhhh bankrap aku kalau macam ni
entah aku ke yang tak tahu
atau setting hp ni ker yang salah
atau salah ibu mengandung...
since using this iphone, i get in trouble
almost everyday i've to reload my handphone RM10
if like this, for one month it could be RM300
i just using for text my buddies which is Active10 = 1 cent per sms
argghh....anyone got any ideas or solution???
i never use or connecting internet through my iphone
i just connecting the internet using WIFI which is FREE
i also never make a call unless emergency
i am not familiar with this application
seriously, i wonder why????
help mee

p/s : malas nak top up

durian & ubi rebus

Wednesday, April 20, 2011

aduhaii...hujan kat luar tu masih lebat
dok opis lelama makin boring rasanya
tapi sebelum pulang tu, nak gak update entry merapu
bak sebaris dua kan...tegar ngko kan walaupun tak de idea
korang tahu tak apa yang bestnya saat-saat ini
dalam kepala den ni memang tak lain dan tak bukanlah
cer teka cer teka ape??
yesss, makanan laa kann..perut da kriokkk kriokkkk!!
dalam pada diet tak diet ni
teringin sey nak makan ubi kayu cecah sambal tumis ikan bilis
waduhhhh, mantap betoll kannnn
plak tu ada plak teh O suam-suam kuku
mak aiiii, mak mertua lalu mak bebuat tak perasan yeekk
pastu kan..ahkak teringin lagi apa tauuu
kalau la dapat makan derian
derian tu bahasa orang muooo
kalau bahasa keyelll ni Durian ler..
telan ayak liur ahkak dek non oiii
tapi mana nak carik kann??
ubi rebus tu mak tahu nak cari kat mana???
hari tu ahkak lepak kat Borak Bistro ada nampak orang makan
harus malam ni ahkak terjah yerkkk...boleh ke?
durian plak??...ermm kat simpang UPM tu macam ada..
tapi kalau hujan-hujan ni ada ker orang meniaga???
ermm..nak tahu ahkak dapat ke tak mam 
durian dan ubi rebus ni...tunggu entry ahkak esok yer..
(kejap ahkak kejap mak...mengong gaknya)
S
U

R
P

R

I
S

E


p/s : cecepat contact geng nak ajak cari ubi rebus & durian..mau pitam aku mlm ni
(pic from google)

monday bluesss

Monday, April 18, 2011

monday come again....argghhh
monday blues kann...
pepagi plak hujan haruslah sindrom kemalasan menjelma disaat-saat ini kan?...
*i need more sunday* ahahahah...
pepagi agak rushing b'coz i've to attend short course at office 
dengan perut lapa, muka cam tak siap, dress up pun ntah apa-apa
tiba kat lokasi kejadian, rupanya start jam 10 pagi
waaah, kegirangan la sebab boleh isi perut dulu
tekak orang diet ni memang manje kann
asal sikit jer nak makan, sikit jer nak makan
bukan apa, cuma takut gastrik jer...alasaanmuuu!!!
actually, course ahkak lebih kepada perbincangan sajer
tapi siyes, ahkak terhibur!! amik ko terhibur macam la gi nengok konsert kan?
kalau ahli panel hebat, sure tak rasa waktu bergerak
tapi kalau ahli panel pun cam tak berapa mesra rakyat
haruslah ahkak tido kann...
tapi kann....*mengeluh*
ahkak tensi sebenornya because my currently pc can't upload my pic from handphone 
*sangat klassik pc ahkak uolss*
adusss, membuatkan ahkak hilang idea nak bercerita kat uols.
kalau bercerita haruslah nak tengok gambo gedik kan??...
boring occay kalau tak de pic...tapi takat pic cecuri ajer laa..
nak interframe lelebih kang orang kata 'gile glamor' plak kan?...
tak sanggup ahkak yee..
nanti bile ahkak da dapat petua macam mana nak transfer, 
ahkak ceria-ceriakan belog ahkak ye..
jangan korang muntah darah plak..
(ada ke orang nengok masalahnya niii...ahahahah mcm syok sendiri jer kan)tahu tak per! 
okaylah korang....
ahkak chau dulu laa, dengan ucapan...
rerajinlah lawat belog ahkak ni yerk...chaaauuuu

p/s : burok okay muka hanggg!!!hentikanlahhhh

yoooo...aku tak de idea

Wednesday, April 13, 2011

da kol brapa ni tak tido lagi kann..esok mau kerijaa..gini lah idop orang carik makan
wake up early in the morning...but still tak tido sampai lewat malam
idea nak berblog tu ntah ke mana agaknya...dengan FB yang da jarang buka
ntah apa-apa jer la aku ni since dua tiga bulan ni
seriously, i am really worries about my weight
but thanks to Berlian coz beri ahkak kekuatan...cewah gituuu kann
katanya...ni yang ahkak sayang niii...muaaahhh


almost 50 kg...that's too much darl...
47 minutes ago ·  ·  · 
    • Berlian Berdarah Hamzah no,be curvy,the bigger the better
      27 minutes ago · 
    • Ralyna Mahmood ahahaha...the biggest make me worst dear...ehhehe
      17 minutes ago · 
    • Berlian Berdarah Hamzah no la,try to appreciate with all the meat u plant in,with or without u realizing it,I called em the happy meat! If u think u overweight,which I think u are not,don't diet,eat healthy
      15 minutes ago · 
    • Ralyna Mahmood i thought soo...but i feel uncomfortable when i dress up ..it's looks like 'sarung nangka'....euwww,

      7 minutes ago · 


pssttt....nak tengok pic ahkak zaman memuda tak???....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
lagi....
*
*
*
*
*
*
*

sama tak?
yooo...peace yooo....rawk!



smokey eyes uolss...

Thursday, April 7, 2011

wahh, tetiba plak rasa nak feelin2 diva
then nak share dengan uols semua
ahkak hilangkan bosan dengan nengok tutorial
cam ne nak buat smokey eyes
kalau tanya kat oranglelaki sure dia akan kata mata mcm monyet kan
macam mata kena tumbuk laa...apa laa
tapi pada ahkak ia nampak cantekk
cantekk kan??? ala-ala smokey eyes bukan monkey eyes
sajer la tu kan, jeles sebab lelaki takleh mekap2 cam kite
tak sesuweiiii



macam??
da nengok ker?? reti tak??
apa?? senang jer?? 
hah?? susah jugak??
tu ler...yang penting bahan-bahan eksperimen kena ada
kalau takat nak nengok tapi tak wat amali tarak guna gak kan
tapi jangan korang sapu arang plak kat mata tu sudah laa
ahahahahah..ahkak suka cecantik ni tapi masalahnya tak de lagi barang-barang tu
apa kata nanti ahkak try buat eksperimen
pastu, ahkak tunjuk pic kat korang eh..verangan kann
yerlah, nak gi class mekap tak mampoooo
yang adooo cuma youtube ajer...jadilah
jom belajar reramaiiii.....
dan jangan lupa dapatkan yang lelain di sini
http://www.kandeethemakeupartist.blogspot.com
gempak uolss...tak caya try laaa okaay

p/s : selamat mencuba okkayy...

Bayi tanpa tempurung

Tuesday, April 5, 2011

www.cari.com.my

MEDAN, Indonesia - Seorang bayi perempuan anak Rudi Kusmawanti, 27 dan isterinya yang berusia 17 tahun, Sari Rianti lahir tanpa tempurung kepala, lapor akhbar Sumut Pos semalam.  Bayi tersebut yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah klinik di Serdang dekat sini dibawa ke hospital besar di sini untuk menerima rawatan lanjut.  "Saya diberitahu tentang keadaan anak saya daripada bidan. Saya sangat terkejut," kata Sari.  Namun, katanya, di sebalik keganjilan itu bayinya yang seberat 2.1 kilogram berada dalam keadaan baik.  Menurutnya, dia tidak menyangka bayinya akan lahir dengan 'kekurangan' tersebut kerana semasa hamil, dia banyak minum susu dan kerap mengambil jamu untuk menjaga kesihatannya.  Mengulas mengenai keadaan bayi yang masih belum diberi nama itu, ketua hospital besar berkenaan, Dr. Masdulhaq berkata, tiada pembedahan akan dilakukan terhadapnya.  "Biasanya, bagi kes seperti ini, kami hanya akan melakukan rawatan sahaja," kata Masdulhaq. - Agensi

p/s : just share with you guys...

wanita ini..

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Wahai Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Wahai Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!
www.alongwairnazz.wordpress.com
p/s : Berusaha menjadi wanita yang lebih baik dari hari ini
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS