tacing dan sentapp for today!!!

Tuesday, October 25, 2011

makk aiiii......gilaa kooo!!!
aku rasa belum pun sampai sebulan dok tukar ke postpaid
dan beratus duit aku terbang
nak kata aku guna gile-gile tak jugakk
biasa orang call aku bukan aku call orang
nak kata aku dok taram internet memanjang
tak jugak...aku tengok masih under my limit lagi
nak kata aku dok donlod bukan-bukan
ahkak memang bukan kaki donlod laa yerk..maap
abis tu apa citer sampai seminggu seratus kena ni
MAXISSSS.....awat laaa ko buat aku sakit kepalaa niii
demmm......tetiba ahkak kena byr extra utk hp...watdahell kannn!!!
orang nak jimat bukan nak bayar lebih for no reason....
lebih tak puashati tu, dok bayar ajer tanpa tengok bil
hishhhh.....tensiiii okehh...tensiiii

hari ni iols merajuk ngan boss
ahahaha macam la dia kesah kan ko merajuk ke hapee
pepagi da ler, iols terkunci dalam uma
nasib baiklah ada seseorang yang berhati mulia datang membantu
kire macam wonderpets la plak kan..thanks darlll!!
masuk-masuk opis kena sentap....memang laa carik pasal
pot pet pot pet pot pet....(aku diamkan ajer)
aku da bagitahu awal pasal hal yang jadi...
dah, ngko baca msg tu lambat sapa soh...
pastu nak sound-sound...huwaaaa iolss tacingg niii
okeh, iols lagi salahhh....
tapi jauh dalam hati iols ni memang sentap...
walaupun hari ini diistiharkan cuti rehat tapi iols datang juga
tetiba bos nak sentap iols kan....huk huk hukkk!!!
sabar..sabar dan sabar yerkk..dunia ni kan bulatt
what u give, you'll get back....just waittt!!!
waah, aura balas dendam plak menjelma
ahahahahha nauzubillah kan...
biarlah orang buat kat kite..yang penting kita tak buat kat orang
kekadang tu, nak layan perangai manusia ni buat kite pening
so, pentingkan perasaan sendiri dulu sebelum nak keesahh perasaan orang
semoga hari korang semua ceria hendaknya...chauuuu

mencari lelaki gentlemen..

Tuesday, October 11, 2011

hamek koo tajuk...macam diva sangat da kannnn..
whatever pun, aku tertarik dengan topik dalam suratkhabar hari ni
dan kebetulan kejadian ni berlaku pagi tadi..
ermm so sangkaan aku tu meleset sedikit la 
iyer la kan..sesuka ati nak tempelak orang
takut terkena batang hidung sendiri plak
dah la hidung tak mancung, pipi plak banyak jerawat
ermm..betul ke lelaki gentlemen ni da pupus???
wahh, marahkan lelaki-lelaki kalau tahu kite ngumpat dia
tapi ini adalah pendapat secara peribadi jer nokkksss
kalau tetiba tacing tu mesti dia rasa tercabar kann
tak de niat pun nak sentap korang okehh
tapi kalau rasa tersentap dan menyentap tu
maaf bebanyak iyekkk...sekadar omongan kosong jer
pagi tadi, masa aku keluar lift,
aku mcm biasalah, akan tunggu orang lain keluar dulu
kebetulan ada seorang lelaki yang segak didalam tersebut
hanya kami berdua dan turun di aras yang sama
bila pintu lift terbuka, dia dengan rasa hormatnya
menyuruh aku keluar dulu walaupun aku menolak
tapi dengan cara yang bersopan dia mempersilakan aku
wahhh, walaupun aku tak kenal dia tu saper
tapi aku respect kat cara dia hormat kat pempuan
mende2 macam ni bukan satu budaya pada masa kini
tapi aku rasa lebih kepada cara dan keperibadian 
kekadang lelaki ni bersifat gentlemen mengikut keadaan
bila nampak gegerl meletop sikit, mula lah tergedik-gedik
nak tunjuk ke'gentlemen'nya..walhal kalau nenek tua tu, 
rasa cam nak langgar kan sebab jalan lambat sangat
pastu kalau rasa ada kuasa sikit, mula pasang muka ketat
ahahahah, hello kot iye pun nak tunjuk kuasa as lelaki
biarlah berpada-pada yerkk, naik menyampah
pada aku, memiliki budi pekerti yang elok sahaja
tidak memadai untuk digelar gentlemen okeh
gentlemen ni bersifat lebih kepada cara menghormati wanita
cara lelaki itu bercakap,
cara lelaki itu melayan seorang wanita,
sifat rendah diri seorang lelaki bile berhadapan dengan wanita
tahu had perilaku perbualan dan batas tingkahlaku
kalau da selamba badak maki pempuan
agak-agaknya gentlemen ker??? iyekkkssss
kalau bangga pukul perempuan
agak-agaknya gentlemen ker?...keji kannn
so lelaki-lelaki ni kalau nak disanjung tinggi
silalah kembali kepada norma asal korang
jangan hanya berlakon sehari dua untuk nampak baik
akhirnya bila tembelang pecah, korang gak yang rugi
kalau lelaki ni tahu nak respect perempuan
aku percaya yang perempuan akan respect lebih dari itu
tapi aku rasa ramai kot lelaki gentlemen kat Malaysia ni
kan korang kann.....
biarlah mereka yang segelintir tak gentlemen tu
terus melayan ego sendiri dan akan kerugian
mungkin mereka-mereka ini telah terbiasa dengan keadaan sekeliling
sebab tu sifat keperihatinan mereka rendah
cara pembesaran juga memainkan peranan penting bagi seseorang
contoh-contoh dari ibu bapa merupakan pelajaran berguna
so, jangan ingat amalan seharian kita tu tak penting yerk
latihlah anak-anak anda sejak dari kecil supaya tahu menghormati
dan tinggi sifat kasih sayang dan timbang rasa
Nabi Muhammad s.a.w juga menggalakkan dan menerapkan
akhlak yang paling mulia dan teladan yang baik kepada umatNya
so, gentlemen ni bukan setakat buka pintu, memberi laluan
tetapi ia lebih kepada menunjuk rasa keprihatinan dan kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengira jantina
melayani orang lain dengan penuh rasa hormat dan
InsyaAllah, kita akan dihormati
jangan hanya mengharap orang lain menghormati kita
tanpa kita menghormati orang lain, kerana apa yang kite berikan
akan dapat balasannya samada segera atau lambat
biarlah rupa tak semacho mana tahu masih tahu cara
dan ada budi bahasa...kalau da rupa pun hampeh
perangai plak busukk...aiii..kesian laa plakk kannn
wahhh, membebel kannn topik hari niii...
ehehehehehhe, bab-bab membebel memang hobi ahkak sekarang
 chaauuuuu bebehhhh..sekian

kalau da jodoh tak ke mana....

Monday, October 10, 2011

tengok tajuk mcm gempak sangat kan
eheheheheh macam best aje kalau..
tapi siyess wooo, ntah ngaper tetiba terpesona
terkesima dengan kemulusan kulitnya
bak kata orang, dari mata turun ke hari,
dari mata jugak lah terus berselera sehingga
menyentap-sentap hati dan sanubari untuk merasanya
setelah puas mencari akhirnya aku temuiiii
*
*
*
sasa
*
*
*
*
*
menghairahkan
*
*
*
*
*
*
tertunduk malu menangkis panahannya
*
*
*
*
*
*
terkedu bile dapat merasainya
*
*
*
*
*
(korang tak sabar nak tengok???...)
*
*
*
*
*
*
*
hishhh, malu laaaa
*
*

*
*

*

*
*
*

*
oklaa...okkk...share gak laaa...
*
*
*
*
*
*
*
*
akhirnya ketemu jua kami di Alamanda
dah jodoh kami..
*
*
*
*
*
*

tu diiaaaaaaa
****
*
*
*
*
muluskan kulit pisang niii...ada tak semulus kulit muka awak??
eheheheh....apa rahsianya??
tenung jer da nampak macam lazat kan???
gerammm ajer nengok..bila masuk mulut lagi laaa
yummyliciouss okehhh (jangan pikir lain eh)


puassssss, bile dapat belasah sebijik dalam keta jugakk....
akhirnya, kalau da jodoh, kat mana pun ketemu jua kan...
kelasssss kauuuu!!!

oh sushiiii

Friday, October 7, 2011

hari jumaat kan hari ni..hari mulia..penghulu segala hari..
hari terakhir bekerja sebelum cuti hujung minggu..
waah, semangat kan uols semua nak kol 5 petang,
 mesti semua da berada di awang-awangan..
ada yang nak dating esok, ada yang nak gi melawat mak mertua, 
melepak dengan kengkawan dan bercuti kan..hari juga pengumuman bajet 2012...
waahh, dengar-dengar ada berita gumbira...
sure pas ni da tak de yang mengeluh kannn..ke makin lebih makin sengkek..
itu memang perkara yang biasa berlaku kann....pengalaman sendiri tuh eheheheh
pas ni sure harga barang tetiba melonjak kan, 
sekarang ni makan kat kedai mamak pun da sama standard dengan makan kat fast food..
kekadang tu rasa cam tak berbaloi tapi tak de pilihan kan...
itu jer yang merata sekarang ni, tetambah plak dok kat area putrajaya ni...
sana sini mamak sajer...muka pun da macam daun kari dilayur yerkk...
kalau dari dulu macam tak lalu nak telan 
sekarang ni ada masa tu rasa macam mengidam plak...
penangan si mamak katanya...
sesuai dengan tema ahkak yang nak diet sejak abis raya ni, 
ahkak lebih mengutamakan makanan berkhasiat..
wah, tak rasa cam nak muntah ke baca kannn!!! 
ahahahhaha welll, nak dapatkan badan idaman haruslah kena diet makkkk oiiii...
sekarang ni terbonjol sana terbonjol sini, 
haruslah mak kaberr perutt ni aaaa..
tak leh nak over-over dressing...ko tunggu lagi 3 minggu...
(tapi naper 3 minggu erk?)...ahahahha kalau lagi 3 minggu tak de perubahan, 
ahkak surrender..terima kenyataan hidup la gamaknya...
sadis kannn
sejak da matang ni, jiwa makin sensitif...
so jaga-jaga abang ronnieeee....
jom layan activity makan ahkak hari ini...
ini lebih kepada meneman orang yang mengidam...
walhal ahkak tak makan sushi yerkk...
so layankan ajer sebab nanti susah nak jumpe plak kan bila da kat tempat orang...
demi mu ahkak terpaksa relaa...
tapi akhirnya ahkak berjaya utk memecah tembok pemisah...
wahh, ahkak cuba gak telan susshiii ittewww...
sedap jugak yerkkk!!! leh try pas niii.....

tengoklah akhak makan kacang ajer..nak jaga kesihatan la katakan...

edamame yang yummylicious

ntah apa nama mende ini tapi sodapppp derrrr...lebih kurang macam satay ayam aje aku nengok...sekali rasa terus meremang bulu roma ahkak yang lebat ini...

golden ball...ngko ada?? pandai buat nii...uli2 jer tepung pastu ko sumbat telor kat tengah, pastu letak crabstick hancur2 kat tengah, curah mayonaise ikut suka...hah, jadi laaa Golden Ball yang sodap ittew


rindduuuuuuuu

Thursday, October 6, 2011

sangat lama tak update blog yang da berhabuk ni
rindu sey nak sembang kosong dalam ni
tapi apakan daya, terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian..cewahh!!
raya pun da habiskan ..tapi masih ada lagi yang buat open house kan
ada yang meriah sampai ada firework...kelass kauuu
sekarang ni adalah masa untuk turunkan berat badan
betul tak??..tengok semua baju da sendat semacam
walaupun memang beli size sampul cempedak kann
perut pun da ada 3 layer mcm teh 3 layer kat mamak tu kan
sepanjang beberapa lama menyepi ni
memacam mende jadi..tapi alhamdulillah semua baik-baik saja
apa pun, kena gak teruskan hidup kannn
kalau tak mau panjat klcc dan terjun...matilamakkk!!!
di penghujung tahun 2011 ni, ada aa suka dan duka
adat kehidupan kan, ada pasang surut
adehhh, ngape plak tetiba emo terlebih ni kekekekeek
ahkak menten ok menten niiii
actually tak de time banyak nak story mory pun
sajer nak refresh blog yang start berhabuk ni
and nak share lagu best utk tatapan tinge korang...
best siott lagu ni...jom dengarrrr



oklaa darling semuaa....chauuuu

sayang kamuuuuu...muahhhh
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS