Isteri dia...

Tuesday, November 26, 2013

hi korang....gile lama tak hapdet
dasar pemalas kan....
actually iols bukannya pemalas tapi sibuk sikit
menguruskan hal2 peribadi
pada masa iols taip entry ni, iols da pun bertukar status okeh
bukan tukar-tukar status kat FB tu...
itu 3 minit sekali leh up status kan
tapi status daripada CIK kepada PUAN
jeng..jeng..jeng..suprise kan
sebenarnya banyak mende nak kongsi kat sini cuma tak de kesempatan jer
bukan untuk show off kat korang pun
tapi untuk tatapan diri sendiri bila da tua nanti
mana yang baik dan boleh dikongsi apasalahnya dikongsikan
mana yang tak baik tu buat contoh je okey..
tapi kalau-kalau menyampah, tutup jer blog ni..tak yah baca terus

26.10.2013
tanggal tarikh 26.10.2013 adalah tarikh istimewa buat aku
tarikh dimana dengan sekali lafaz, aku telah menjadi milik orang
seorang yang digelar SUAMI...KAWAN  buat aku
kelas statement kann...hati berbunga-bunga
kehidupan pastinya berbeza bagi seorang perempuan kan
nak terima perbezaan ini bukan sesuatu yang mudah
persiapan fizikal dan mental perlu
untuk memastikan kita tak stress
proses awal kahwin ni memang sesuatu yang agak janggal
iyerlaa, kalau masa bujang, kita hentam tido sampai tengahari
tapi bila da berkahwin,
kenalah bangun awal untuk siapkan sarapan
kena extra rajin bagi jaga perut dan pakaian suami tu
aku pun masih dalam proses belajar lagi...
alhamdulillah, suami seorang yang sangat memahami
tapi tak leh gak amik kesempatan atas kebaikan dia
kena sentiasa add on dengan sifat2 yang baik
sebab takkan nak tunjuk repo sama jer kan
kalau dulu tak rajin masak,
sekarang kena rajin-rajin kan
kalau dulu masak ikut tekak,
sekarang ni kena masak ikut selera orang lain
pernikahan kami berlangsung
di Masjid Sultan Mizan, Presint 3, Putrajaya
maaflah kerana hanya dihadiri oleh kaum keluarga sahaja
lebih kurang macam majlis tertutup lah
ala lagi pun kami bukan artis
yang nak kena masuk dalam majalah mangga kan?
so, alhamdulillah, majlis berlangsung dengan suasana yang sangat baik
moga, ikatan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat
kadang-kadang terfikir,
yang penat lelah selama ni dalam membina relationship
akhirnya terbalas dengan jodoh yang tak disangka-sangka
Maha Besar kuasa Allah sebenarnya kepada kita
salah satu perkara terindah dalam kehidupan seorang perempuan
 ialah apabila dia bergelar ISTERI
so, bermula satu lagi chapter dalam kehidupan aku...
moga hari-hari yang mendatang memberikan kebahagian 
segala tohmahan  yang aku terima,
aku redha kerana ia melatih aku jadi kuat dan tabah
anugerah paling terindah sepanjang hidup aku selama ni
ialah dia sebagai seorang suami
hanya mereka-mereka yang mengetahui  kisah aku jer faham situasi aku

buat mereka-mereka  yang masih menangis,
bertabahlah kerana Allah ada perancangan terbaik buat kita
sekiranya kita kehilangan orang yang tersayang atau teraniaya
terimalah dengan hati  yang tenang sebab hikmah disebaliknya kita tak nampak
Allah takkan menganiaya hambaNya..percaya lah


nanti kita kongsi lagi yer yang lebih detail....sabarr menunggu..ekekeke

love you!

Monday, September 30, 2013

orang kata zaman atau fasa pertunangan adalah satu fasa yang pelbagai dugaan
hidup kita ni memang tak lepas dari pelbagai dugaan dan bebila masa sahaja
pada aku, fasa pertunangan ni adalah saat yang amat membahagiakan
jika masing-masing saling mempelajari untuk memahami perasaan pasangan masing-masing
iyerlah kan, tup tup kawin nanti tak delah terkejut beruk dengan perangai memasing
maklumlah, fasa dating-dating ni plastik semata
semua nya pura-pura depan pasangan masing-masing
cuba behave untuk jadi yang terbaik, walhal mende tu jauh dari perangai sebenar
jangan memain okey, mende-mende macam ni berlaku tau
depan couple pijak semut tak mati, belakang couple mak aiii tanduk tumbuh depan belakang
tapi moga-moga kita dijauhkan dari semua itu kan...adatlah gaduh-gaduh manja tu
takkan tak gaduh, nanti tak happening plak relationship tu...auww

aku pernah lalui saat-saat sukar sebelum ni
sentiasa berendam airmata, menunggu sesuatu yang tak pasti
tapi yakin, jodoh Allah tu sudah tertulis buat kita
walau perit mana sekali pun, jika itu tertulis, ia akan berlaku juga
namun, doaalah tanpa putus asa agar yang terbaik dianugerahkan kepada kita
Allah sentiasa mendengar doa hambaNya..insyaAllah
i love you so much!

kebetulan bulan September ni bulan birthday kami berdua
selang sehari jer....so bolehlah celebrate berjemaah kan
ehehehhe i belanja u and u belanja i...
i surprise u and u surprise i
even it's just a small celebration but we're happy
i wish that our dream will become true....ameen
surprisingly, we have a same dream..
what's a dream???..let it be our secret...
but, we are totally happy with our new life

for him, we had a candle light dinner at Pullman Putrajaya
just a small celebration and i really hope that he's like it
maklumlah da lama tak buat mende-mende macam ni kan
tapi aku tak dapat nak snap pic sangat sebab hp tak de bateri
spoill toll laaa....
then, makanan malam tu pun agak menghampakan
dari segi pemandangan memang very the romantic i told u..
mungkin aku yang tak survey betul-betul kot

the next day tu birthday i pulak...
hurmm...kami dinner romantic-romantic kat tempat tinggi
best, superb, osem dan i is teruja sangat! thanks love
kami dinner kat Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur
bagi sesapa yang nak celebrate gf/bf/wife/hubby
sangat-sangat i recommend tempat ni
beriiringi penyanyi suara yang osem, 
lampu pun suam-suam kuku...ala-ala nampak tak nampak
makanan pun terbaik uols....


happy birthday dear....@The Village, Pullman Lakeside, Putrajaya
for reservation, korang leh call Pullman Hotel directly, 
reserve la untuk korang nya special date tu
sesekali treat orang yang kita sayang apa salahnya kan?
view from Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur
lantai restoran ni bergerak slowly
so ramai gak yang tak jumpa tempat duduk sebab tempat duduk u akan berpusing
so pls, ingat no meja, kalau tak kena tawaf la yer satu restoran tu nanti

lagu dia memang semua romantic-romantic belaka...
auwww nebes mak
and u can request your favourites song too...

eheheheh, my cute cake for cute surprise, thanks darling
bukannya perlu tempat-tempat mewah untuk celebrate
cukup sekadar ingat dan menghargai pasangan masing-masing kan?
perempuan ni, kalau bagi hadiah murah pun tak per
asalkan lelaki show something or appreciate them
itu sudah memadai dan amat bererti buat mereka
semoga kita semua akan diberikan kebahagiaan di dunia akhirat
dirahmati Allah dan diberikan kasih sayang yang melimpah ruah

jom survey-survey

Thursday, September 19, 2013

hi kawan-kawan,
aku da start survey untuk proses-proses dalam menempuh alam baru
excited la jugak, sapa tak excited iye tak?
hurm, banyak jugak proses yang harus dibuat
yang mana makan masa sebulan juga bagi urusan tersebut
apa pun, yang wajib kita kena dahulukan
terlalu ghairah tempah sana sini,
last-last terlepas pandang pada yang wajib

bagi permohonan untuk bernikah
ia berbeza bagi setiap negeri
so, aku nasihatkan korang survey bagi pihak korang dahulu
dalam kes aku, aku dibenarkan memilih salah satu
almaklumlah perantau kan...
jadi negeri kelahiran aku pun boleh, 
atau tempat pemastautin pun boleh
tapi korang kena faham gak apa itu pemastautin
tak dela korang duduk 3 bulan da claim pemastautin...jotos kang!
kena ada tempoh-tempoh tertentu
so, since aku pun tinggal kat sini lebih kurang 10 tahun
jadi aku leh memilih untuk mohon ditempat tinggal sekarang
ingat yer kengkawan, konsep kena faham
tapi untuk lebih kompom kata orang tu
korang tanya pihak-pihak berwajib laa...
kang, kata aku memandai plak!

sekarang ni dok galak surf baju pengantin ajer
rambang mata dibuatnya..semua cantik-cantik belaka
tengok warna pink, macam nak pink...
tengok warna hijau, macam nak hijau
tengok pastel nak pastel...ajer gatall la kan
sekarang semua colour lembut-lembut ajer
sejuk mata memandang, dapat markah lebih la kalau mak mertua tengok
ekekekekekek....maaflah saya terlalu banyak berangan!
tapi bagi konsep aku nanti
aku memilih untuk bersederhana sahaja
tak yah la nak galak sangat kot
pengantin tua da pun, malu kat orang kampung ajer
bereskan yang mana dulu, ikut kehendak syarak
pastu baru pikirkan memana yang harus diselesaikan seterusnya
tapi aku tertarik dengan yang ini..

cantik tak kan?


B2B

Wednesday, September 18, 2013

B2B..
sangat suspicious kan tajuk i..
auww...geligeleman okeh
apa tu B2B...bukan urut mengurut tu okeh..
tapi sesuatu yang buat aku senyum sampai tinger...
dah lama aku tak bersiaran kan

sangat penat ke hulu ke hilir okeh
lepas satu agenda kena settle
datang plak agenda lain
sejak dua menjak ni memang mengong sikit
asal letak mende jer lupa
asal letak mende jer lupa
kekadang tu mende simple-simple pun lupa
banyak sangat berfikir agaknya

aku da masuk semester baru ni
ini merupakan semester terakhir aku..insyaAllah
cepatlah habis Master ni...tak larat da nak fokus okeh
sampai tak terfokus da ni
pas ni nak concentrate to my own family
wakakakak...gile gempak tetiba family
haruslah kan...gile ko tak nak kawin..
orang lain da hantar anak sekolah
aku dok terkedek-kedek cari calon
wahhh..tamparan wanita hokeh *kebilkebilmata*
apa pun Jodoh dan Ajal itu ketentuan Allah
dah tertulis da jodoh buat kita
hanya perlu menunggu dan berusaha jer
moga kita dikurniakan jodoh yang sebaiknya kan?...
wahh, asyik-asyik bercerita pasal jodoh jer ni...
eheheheheh...hurmmm *senyumkambingdepanpc*
iyer, saya akui saya sedang ke arah itu
ehehehe...setelah penat menangis dan lalui jerih perih
akhirnya Dia hadirkan saya dengan seorang peneman
InsyaAllah, dia bakal jadi peneman hidup saya...
*senyumlagidanlagi*
so now, i am looking for my big day soon
with blessing from my parents...and
now i am ready to one step closer *big applause*
please, pray for my happiness

eh, bukan senang rupanya nak kawin kan?
banyak mende nak kena fikir
itu laa, ini laa...itu tak cukupla, ini tak cukupla
itu tak beli lagi laa, ini tak beli lagi laa...
aaaaa pitam bangun pitam
itu lom lagi nak azam berazam jadi selim macam Jelo
memang aku tak tahu laaa.....
baper hari kena stop makan untuk selim mcm tu
aku ni bukan aper, cuma pantang nampak makanan jer
asal nampak ajer...selera
asal nampak ajer..selera
huh.....oh badan, 
please behave okeh..kasi chance tuan badan cantik
this is my biggest problem now....i can't stop eating!
ohemgiii.....ada cara paling cepat nak kurus ker uolss???
ini adalah cabaran maha hebat buat aku okeh
ko bayangkan nak turunkan 3 kg macam nak kena tikam beribu kali
payah betul nak turun badan ni
orang lain tu, tak makan seminggu jer da kompom2 turun 10kg
kena tang badan aku, ko puasa sebulan tu turun 2 kg jer..
ajer ler pitam okeh.... 
*mana tak turun 2 kg, buka pose mcm makan 3 hari*

alhamdulillah, banyak perkara dipermudahkan oleh Nya
dan mengharapkan yang seterusnya dipermudahkan juaa...ameen
jika kita niatkan yang baik-baik, pastinya dipermudahkan..
InsyaAllah
nanti kita sembang lagi kay....


kawan-kawan, doakan saya yer

aku ingin bahagia!

Friday, August 16, 2013




begitu lemah diri ini ketika ini
namun kuatkan kaki untuk terus melangkah
aku sedang meniti saat-saat yang sangat sukar untuk digambarkan
tapi aku sedar yang ini bukan pengakhiran kepada semuanya
aku perlu bangkit mencari kekuatan diri ketika ini
tidak mudah untuk aku tunduk dan lemah dek kerana hal seperti ini
aku kena ingat yang Allah menyayangi aku
Allah nak aku ingat dia..MasyaAllah, terima kasih Ya Allah

dari satu berita hingga ke satu berita lain aku terima dengan tabah
aku cuba kumpul kekuatan diri agar aku sentiasa redha dengan ketentuanNya
jika dipikul beban ini, memang tak tertanggung rasanya
aku fikirkan akan berakhir episod sedih dalam hidup aku
namun, semuanya meleset...
sekali lagi aku diuji, sungguh hebat ujianMu ini
kerdilnya rasa diri apabila lemah tika ini
jauhnya aku denganMu Ya Allah
aku tak mahu menangis lagi
cukupla kesakitan yang aku rasai 
pedih sangat, luluh sangat hati ini
mungkin semua ini tak patut aku kongsikan
tapi aku sekadar meluahkan dan mencari ketenangan

aku tak mahu menangis lagi
aku hidup untuk mencari keredhaan dan kebahagiaan
moga ini adalah kali terakhir aku terluka
bersedih di saat insan lain kecapi bahagia
bukan mudah untuk terima, aku tahuuu
bukan mudah juga untuk sengsara...itu pasti
tapi aku perlu fikirkan masa depan yang akan datang
adakah ini yang aku harapkan untuk sisa-sisa hidup mendatang?

kehilangan adalah satu perkara yang menyedihkan
tapi aku perlu tahu yang bukan semua mende yang kita sayang
akan jadi milik kita dan dapat kita miliki
mungkin aku masih belum menerima kenyataan ini
bagi aku sedikit masa, sedikit ruang untuk waras dan berfikiran normal
aku tahu pasti akan ada hikmah atas semua ini
mungkin sekarang aku tak nampak, sebab kasih sayang membatasi semuanya
tapi aku juga berhak bahagia seperti insan lain
punyai dan dipunyai....dihargai dan menghargai
aku masih mencari saat dan detik itu

Ya Allah,
Engkau Maha Berkuasa dan Pengasih
cekalkanlah hati ini untuk menerima ujian hebat ini
berikanlah kekuatan dalam meniti detik-detik sukar ini
dorongilah aku ke jalan redha Mu
kirimkanlah aku insan yang terbaik 
aku redho atas semua ini
jangan Engkau tinggalkan aku sendirian
bimbing dan berilah hidayah dan kasih sayangMu kepada ku..
dan jika ini ditakdirkan untuk ku aku redha
dan jika ia untuk ku, Engkau temukanlah
amin...

Hebat DugaanMu.....

Thursday, August 15, 2013

huhhhhh...(tarik nafas panjang panjang)
selamat hari raya korang....
semua mood ceria-ceria kan...alhamdulillah
kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut Syawal yang mulia ini
Syawal tahun ni kurang ceria buat aku
tapi redha dan terima adalah jalan terbaik untuk kita bila diduga olehNya
ingatkan tiada lagi episod duka dalam hidup
tapi kali ni sungguh perit untuk ditelan dan diluahkan
hanya panjatkan doa pada Yang Esa agar diberikan kekuatan pada diri ini
Ya Allah, hebat sungguh dugaanMu
Namun aku terima sekiranya ini balasan dari dosa-dosa silamku
Aku lupa akan jalanMu, aku alpa mencari keseronokkan sehingga lalai
Ini ingatan buat diri ini agar mendekatiMu...

memang mood tak berapa nak okay sekarang ni
terganggu dan berusaha untuk mengumpul kekuatan
namun, pasti ada hikmah disebalik semua ini
aku perlu kuat dan teruskan matlamat hidup ini
tak semua apa yang kita harapkan akan dapat dimiliki
dan tak semua perancangan kita akan tercapai sebaiknya
jika ianya separuh jalan, jangan pernah menyesal tapi perbaiki
menyesal bukan jalan penyelesaian kerana Allah Maha Mengetahui
apa jua yang terbaik dan tersembunyi
memang pedih tapi pasti akan ada sinar cahaya disudut yang jauh sedang menunggu
InsyaAllah...

menyayangi bukan bererti akan memiliki
sayangi diri sendiri sebelum kita menyayangi dan menyanjungi orang lain
ini pengorbanan terbesar yang pernah aku buat
berkorban demi kebahagiaan orang lain
moga pengorbanan ini akan menjadikan aku manusia yang lebih baik
redho dengan ujian mu Ya Allah....
korang tolong doakan aku....doakan yang terbaik untuk kita semua
Ameen.....

*Allah, berikan aku kekuatan dalam aku meniti kepayahan ini*


Ikhlas,

Heart of Ralyna

penghijrahan

Wednesday, July 31, 2013

penghijrahan...
tajuk kebabom la sangat kan. ala-ala blog motivasi gitu...tapi sekadar luahan perasaan yang mana aku rasa hari ni tetiba rajin plak nak menulis.  Setiap manusia ada fasa-fasa dalam hidup mereka yang mana mereka akan berubah jua satu hari  nanti.  Walau macam mana degil pun tetap akan ada keinsafan dan kematangan.  Cuma proses itu, lambat atau cepat jer.  Sejak 2 menjak dek kematangan usia ni, aku rasa terpanggil untuk berubah, berubah ke arah aku rasa yang lebih baik, tapi bukanlah sebelum ini aku ni jahat, gi merompak ke membunuh orang ker.  Tapi sebagai seorang insan yang naif, kita sering melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tidak.  Aku akui, jika dulu aku tidak menutup aurat, tutup aurat hanya bila pergi kerja, masa tu tak delah rasa apa sangat, cuma rasa selesa jer diutamakan.  Sejak Chinese New Year 2013 hari tu, aku dah mula belajar untuk menutup rambut dengan tudung dengan sepenuhnya, InsyaAllah. Semoga akan terus istiqamah ke jalanNya.  Aku tak kata orang freehair tu jahat, mereka baik-baik semuanya.  Mereka juga manusia, hamba Allah dan mereka juga ada nilai-nilai yang baik dan aku tak kata bertudung itu baik.  Bertudung jika faham konsep mungkin akan lebih baik.  Dan aku sedang berusaha ke arah itu.

Apabila membuat keputusan untuk bertudung, pastinya penampilan juga akan berubah secara tidak langsung.  Takkan ko nak pakai tudung dengan baju ketat sendat plak kan.  Perkara ni akan berlaku secara slowly.  This feeling comes slowly and you can feel it happen smoothly with sincerity of ur heart.  Nak berubah kena ikhlas.  Tak ikhlas memang takkan dapat istiqamah tu.  Dalam proses nak biasakan diri, aku mula tukar sedikit demi sedikit cara penampilan aku, kurangkan pakaian yang menampakkan susuk tubuh tetapi masih bergaya sederhana.  Tak perlu untuk tampil vogue sangat bile bertudung, minima is better!  Bersederhana dalam pemakaian agar ia selari dengan landasan yang dituntut.  Aku akui agak payah nak cari pakaian yang bersesuaian, dan menepati citarasa.  Tapi kita perlu sabar dan insyaAllah pasti ada.  Dan tak lupa jugak untuk mendapatkan gaya yang sesuai bertudung dan memenuhi syarak.  Proses pembelajaran ini sangat menarik.  Gaya dan fesyen muslimah kini banyak membantu untuk golongan muda menutup aurat berbanding dulu.  Kalau dulu bila sebut pakai tudung semua orang akan bayangkan gaya membosankan.  Jom kita tukar persepsi itu, aku bangga lihat remaja-remaja mula bergaya dengan tudung mereka dan menutupi dada, manis dipandang dan sopan sekali.  Tapi awas, jangan keterlaluan sehingga sarat dibuatnya.  Penampilan memainkan peranan penting, bukan sahaja bijak bergaya tetapi kita kena jaga kebersihan pakaian tersebut.  Kemas juga harus diberikan tumpuan yer kawan-kawan.  

Kepada sesiapa yang nak berubah, bulan baik ini adalah masa yang paling sesuai.  Bila kita berjaya ubah penampilan kita, InsyaAllah, kelakuan kita perlulah sepadan dengan penampilan muslimah kita.  Sekarang ni pun kita boleh lihat ramai artis-artis yang telah mengenakan tudung.  Manis sekali kan?....Moga jalan yang kita pilih untuk dekat dengan Allah akan sentiasa mendapat redhoNya dan berjaya.  Tak susah pun, cuma biasakan diri untuk mengenakan tudung yang anda minat mengikut trend yang disukai, insyaAllah lama kelamaan perasaan itu akan datang dengan sendirinya.

So, bagi mereka yang baru menjinakkan diri bertudung, aku banyak belajar dari YouTube bagaimana mengenakan shawl atau tudung yang bersesuaian dengan aku.  Sekarang ni macam-macam ada yer...semua hanya di hujung jari kita, sama ada kita nak ke tak nak jer.  So, marilah kita jadikan diri kita ni exclusive hanya untuk mereka yang terpilih.  InsyaAllah...Ameeennnn...Salam Ramadan. Assalamualaikum.

Blog kalau tak de gambar memang tak best kan...Jom kita layan gambar-gambar manis selebriti yang da bertudung....MasyaAllah cantiknya ciptaanMu.













wwakakakakakakka nikah paling lawak!

Tuesday, July 30, 2013

disebabkan bosan, jom layan video kat atas tu..wakakakaka

disebabkan bosan, jom layan video kat atas tu..wakakakaka

ayam kicap versi sendiri!

Tuesday, July 23, 2013

erm...semua hebat-hebat bulan pose ni post gambar masakan
terkulat-kulat baca blog orang yang meriah dengan masakan
tapi apakan daya, setakat makan sesorang diri
koser la kan nak masak bagai-bagai...
tapi feveret food tetap menjadi kegemaran iyer
oleh kerana sedar diri yang tak berapa nak pandai masak
jadi saya share memana resepi yang rasanya bersesuaian dgn kehendak sendiri
ekekekek..sukati la kan nak post aper ke nama pun


Bahan-Bahan A:
Bawang Merah
Bawang Putih
Kunyit
Halia
Cili padi
(Bahan-bahan ini bergantung kepada banyak mana ayam yang korang masak. Bahan-bahan ini juga hendaklah dikisar/ditumbuk bersama.)

Bahan B:
Ayam (hendaklah digoreng terlebih dahulu dan tidak terlalu garing)
Kicap Manis ABC (kalau korang suka kicap masin pun boleeee)
Kicap Manis Cap Kipas Udang
Sedikit Air
Bawang Besar (dihiris-hiris tomey-tomey)
Lada Besar dibelah 2 atau 4.

Cara Memasak:
Masukkan Bahan A di dalam minyak yang telah dipanaskan lebih awal. Korang agak-agaklah sesuai minyak dengan bahan-bahan, mau banjir plak ayam korang kang..Setelah naik bau, korang masukkan Bahan B tadi, dimulai dengan ayam yang telah digoreng, gaul rata dengan bahan-bahan A dan masukkan Kicap Manis ABC (Pekat) dan disusuli dengan kicap Cap Kipas Udang. Setelah bahan-bahan tadi sebati, masukkan bawang besar yang dihiris sempurna itu bersama-sama lada yang dipotong.  Gaul rata agar segalanya nampak menarik mengikut mata korang.  Jangan lupa letakkan sedikit serbuk perisa.  Kalau yang suka ajinomoto tu, boleh lah letak, tapi masakkan aku semua tak pakai aji sebab tak nak letak...

Oklah, kengkawan..selamat mencuba resepi ringkas ini...

alahai Candy Crush!

Wednesday, July 10, 2013

haiii semua...
pose ke hari ni?...sahur tak pagi tadi?..sahur ke melantak kekekeke
iols bersahur ala kadar bersesuaian dengan tema beramal sambil berdiet
kelass ko memoonnn!!
mesti pepagi buta kat opis da ngantuk ala-ala tak tido 24 jam kan
biasa la tu..feeling2 letih bebeno berpuasa...ekekekek
so bagi memenuhi ruang kekosongan daripada memikirkan apa nak buka pose
baik korang cari mende berpaedah sikit...ada gak manfaatnya

nak citer sikit...
korang pernah dengar pasal game Candy Crush tak?
gilee kalau tak pernah dengar kan....*jengilkan mata*
dulu kawan aku pernah dok borak-borak minta nyawa laa
selalu penuh notification FB aku pasal mende alah ni..
apa kebende sampai nak minta nyawa tu
then baru aku tahu wujudnya candy crush ni...
sekali tengok ala game susun-susun kale sama pastu meletup
very tak mencabar okeh..(bongkak sungguh kannn!!)
setakat permainan macam ni orang buta boleh susun...
*sambil libas-libas rambut kiri ke kanan*

dan pada suatu hari, aku telah memberanikan diri mendownload game ni
haruslah download secara senyap..malu den kalau diaorang tahu
pastu main sekali...wahh, syok jugak minatang ni
main dua kali...manyak syok laaa ini candy crush...
so now aku nye hp tu jadi cinoneng sebab tak sabar nak tunggu nyawa
jadi aku ubah setting jam dia..ekekekek pssttttt jangan bagitahu orang
gile syok gak main mende alah ni..leh khayal dibuatnya
tapi memang biasa kena carut laa sebab sakit ati
gegel tak sukaaa tauuuuuu bila tinggal satu lagi nak complete
tetiba da game over....sangat meruntun perasaan masa tu...
maklumlah aku ni main ikut perasaan..emosi la katakan
orang lain main sambil berfikir...tapi aku fikir nak cepat letupkan
eh...heharap korang faham apa aku sedang bebelkan ni ekekekek
















kekadang tu sampai leka kol 2-3 pagi dok layan si Candy Crush ni
tambah-tambah pulak bulan pose ni kan
daripada ko dok ngumpat, gosip sana sini, 
menceceh tak sudah-sudah
daripada ko kire jam berdetik..
baikla ko menelaah candy crush tu...
tapi lagi bagus kalau korang bertadarus laa..ekekekekek

okla..baiiii.....

selamat berpuasa semuaa

Tuesday, July 9, 2013

hai korang...gile berhabuk blog iolss kann..
sejak sibuk dengan exam dan kerja ni...
so tunggang terbalik dibuatnya
huh..tarik nafas panjang...
akhirnya syukur jugak da selesai exam dan dah pun dapat result.
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seperti dirancang...

amacam korang punyer persediaan berpuasa esok..
kejap jer kan rasanya dah nak berpuasa semula..
syukur kerana kita masih lagi berpeluang untuk berpuasa pada tahun ini
ke ada yang da excited nak beraya dah?....
melampauu kannn
bulan-bulan puasa ni pasti ramai yang amik peluang untuk berniaga 
mula lah penuh gerai-gerai jualan 
makanan dan minuman yang pelbagai warna dan rasa
rambang mate dibuatnya...mau semua nak dibeli
bila tiba waktu berbuka tu...
tak larat nak makan dah
apa pun jangan membazir ye kengkawan...
beli ikut kemampuan bukan kemahuan
nanti berat badan naik, baju raya tak muat.....
apa pun tak boleh!

bulan puasa gak, kena jaga kesihatan iyer
jangan lah hari-hari gastrik..ekekekke
walhal tak de pun sakit tu tetiba bila ramadan jer sakit tu ada
bagi kaum wanita tu, tak per la juga sebab memang bersebab
tapi bagi kaum lelaki tu jika mampu dan sihat tubuh badan..
jangan ponteng okeh
tak macho lelaki tak pose...buek maluu ajooo

dedulu masa kecik, 
kalau puasa mama ayah akan bagi upah sehari seringgit
cukup 30 hari dapatlah RM30..
masa tu da kire besar wey upah tu
penuh la sekejap beg dompet masa tu..
tapi budak-budak sekarang 
kalau dengar upah puasa seringgit sehari
cebik muka jer yer...
sebab duit seringgit tu tak nampak ape...

bangun sahur adalah masa paling bercinta sekali
mak aiiii..payahnya nak bangkit pepagi tuuu
bila dengar mama da membebel kat dapur 
baru laa ngeri nak tutup mata
gile ko nak sambung tido..
ada kang periuk belanga singgah kat muka
tapi dulu kalau tak sahur rasa mcm nak mati jer puasa
sekarang ni relax jer sengaja tak sahur..ekekekekke
apatah lagi duduk sendiri kan..ada orang kisah kerr
kalau dulu hidup dikampung, 
jiran-jiran akan kejutkan antara satu sama lain
kire meriah laa bersahur tu...ayam itik terbangun sekali...
syok kan bila kenang suasana tu...
bile malam berdedai-dedai gi terawikh....
tapi bukan terawikh sangat pun, 
cuma seronok sebab leh cuci mate ekekek...shatalll!!!
iyer laa..kata orang nak cari pakwe kena cari yang rajin gi masjid..
iye tak?
eekkekekekeke.....

okla, kengkawan...saya ucapkan selamat berpuasa
semoga dibulan yang mulia ini, 
kita dapat memperbanyakkan amalan
dan mengejar keberkatan ramadan sebaiknya..
insyaAllah
byee....chauu
assalamualaikum 


"SELAMAT BERPUASA SEMUA"

salah ker?

Thursday, May 9, 2013

salah ker??
wah tajuk ngko memang saspen kan?
semalam iols gi tapau lunch kat kedai mamak
sementara tunggu mamak tu masak
iols dok la layan handphone
dari penjuru mata iols terperasan yang ada mamak dok sengih2
eh..takkan nak ngurat aku plak (nada syok sendiri)
atau....diaorang ingat aku kembar aisywara rai kot...(muka eksyen)
tapi aku tengok diaorang tak tengok aku
yang aku perasan diaorang cam ngumpat casing handphone aku
hurm...iols dapat rasakan diaorang mentertawakan casing hp iolss..
tapi salah ker?......
ok jer kot bagi aku casing ni...
sesekali nak kelihatan comel tak salah kot??
apa tua sangat ke aku pakai casing ni??
atau, depa ingat aku pakai hpone adik aku ke....
aiilaa....aku ni dengan mamak pun nak sentap! (jelingan maut)
walaupun aku tak paham apa yang diaorang speaking
tapi dari nada-nada dan lenggok suara tu aku tahu
depa memang ngumpat aku...
gile terer dari nada dan lenggok aku bias memahami
*tutupmukalarilajulaju*
pas makanan siap, aku terus bla..
sempat lagi aku pandang 3 orang mamak yang tersengih-sengih tu
sah, diaorang kutuk casing aku...ko tungguuuuu!!!!
korang nak tengok tak?...
janji jangan gelak okeh...
 

taraaaaaa!!!!






ok jer kan...
tengok orang lain pakai comel ajer
bajet laa orang pakai comel dan ngko pun pakai comel lah?
pitammmmm!!!!!

malang tidak berbau

Wednesday, May 1, 2013

hi kengkawan....
awat buat muka pelik....tak suke ker iols rajin update
tak suka tak per laa....tak jadi laa update...ekekekke
inilah jadi kalau rajin sangat duduk depan komputer
sementara tunggu idea nak buat assignment datang
jengok-jengok blog, pastu gatai tangan nak menaip
walhal, menaip esaimen lagi baguih kan,...dasar pemalas!!!
chill babe....5 minutes break okeh!

tadi kite belek-belek gambar dalam handphone
pastu ternampaklah gambo keretaku yang eksiden ittew
eksiden ke apa eh nak cakap....tapi tak la teruk
manjer-manjer jer dia gurau tapi bisa merabakkan poket laa
kasar gak gurau tu kan...
tapi syukurlah sebab tuan badan nya selamat..
tiada patah riuk semua...
syukur Ya Allah.....cuma ke'trauma'an jer 3 bulan

kejadian ni berlaku dekat area uma jerk...
masa tu agaknya kepala tengah mamai baru bangun tido
tambah pulak bulan puasa kan....mood raya da bermain-main
korang bayangkan lagi 4 hari nak ghaye.....
masa tu kite tido uma akak kita
so bangun pagi tu, teruslah start kereta nak balik uma utk sesiap gi kerja
masuk-masuk kereta, terus start engine....
then kawasan tu memang cam turun bukit
masa tu kelajuan cuma 11km/j jer...*slow kan? *
pastu masa aku nak masuk simpang depan surau
tetiba aku tekan break, break keras...*ajer gile panik mak*
ghuper2nya aku tak buka lock kat kaki.....
masyaAllah...dengan lafaz Bismillah aku redah jer la apa yang ada kat depan tuh
aku sempat paut stering utk langgar pagar TNB tepi jalan tu
kalau tak memang aku turun bukit dan masuk ke gaung...
masa tu nak kata aku panik tu pun iye gak
tapi aku da abis pikir da time tu
itu jer option yang aku ada...nak turun bukit menjunam atau langgar pagar
pastu, aku start tengok kereta aku dikerumun orang
wahhh, retis sekejap okeh...
malu nak keluar pun iyer gak...
kebetulan handphone tak de bateri....tidakkk!!!!
aku cuma sempat call akak aku untuk datang tempat kejadian
abis depan kereta semua patah...tayar pecah...nasib lampu okeh
then, petang tu aku decide nak towing kereta ke muar
sebab semua workshop tak nak terima kereta tu
dan tak kan siap before ghayer
selepas aku berdrama kat workshop...hanya workshop kat muar jer sanggup
petang sebelum hari raya aku dapat semula kereta tu...alhamdulillah

aku yang kebingungan...ekekekek huwaa ranapp okeh!

tips-tips untuk korang yang mengalami kemalangan (sekiranya tidak cedera)
a. check anggota badan anda sekiranya ada mengalami pendarahan atau kecederaan. jika masih boleh bergerak, matikan enjin dan keluar dari kenderaan bersama-sama barang berharga dan pergi ke tempat selamat...tak yah sesebok nak angkut semua barang..selamatkan mana penting ajer.

b. make sure handphone anda ada bateri, dan hubungi ahli keluarga terdekat dan berada berdekatan lokasi kemalangan. minta bantuan sekiranya lokasi mudah diakses oleh orang lain....dan hubungi pihak berkenaan yang dapat membantu....maklumlah kaum wanita ni insan lemah...jadi kekadang tu panik terlebih

c. sementara menunggu bantuan tiba, rakam photo lokasi kemalangan bagi memudahkan anda membuat laporan polis kelak...cehwahhh....padahal nak wasap-wasap kat kengkawan kan ekekekeke

d. jangan mudah panik dengan apa yang berlaku..tenangkan diri anda dan buat tindakan yang betul...namun sekiranya anda mengalami kecederaan yang serius, sila dapatkan rawatan yang selanjutnya...

itu tips aku leh kongsi berdasarkan kemalangan aku laa..tapi pas dari pada tu, siyes babe, memang cam phobia gak la sikit, driving pun cam teringat-ingat...alhamdulillah, ini menjadi pengajaran pada aku...sentiasa pastikan kenderaan berada di dalam keadaan selamat dan kawal kenderaan anda mengikut kelajuan yang ditetapkan.

Note : Pandu cermat jiwa selamat!


semangat PILIHANRAYA 13

yooo...sana sini kirii kanan lihat bendera
mood-mood raya...pilihanraya dah mula terasa
kot-kot ada yang da rasa awal-awal lagi kot
mana tahu da turun bantu orang berkempen kan
wahh..kelass ko bersemangat...mak suke okeh
mende-mende macam ni pun bukan selalu berlaku pun kan?...
lima tahun sekali akan berlaku
so kalau ada yang turun padang tu, baguslahh
bantu mana yang perlu untuk memastikan kelancaran PRU13 ini

ini adalah kali kedua aku akan mengundi...
korang tak yah nak sesebok kire umur aku plak
ekekekek umur sekadar angka jer.(ayat kaberline)
tapi kali ini senario agaknya agak sengit
semakin kita diambang 2020 ni kan..
jadi adalah tanggungjawab kita memastikan pilihan yang tepat
memilihlah calon yang dirasakan sesuai
bukan sebab dia handsome ke..kacak ker...muka macam laki korang ke
apa yang penting wawasan dan pilihan tersebut membawa kepada kebaikan semua
alamak, boring eh citer pasal politik?....
sekarang ni sana sini politik
switch on tv politik, suratkhabar politik, youtube pun iklan politik
huwaaa......tensi tau takkk!!!...
bersabarlah yerk...sebab da tak lama pun kita akan mengundi
undi anda semua penting untuk negara (perghh ayat wakil rakyat tuh)
berkempenlah secara sihat..
sakit kepala kot nak baca macam-macam mende yang tak sepatutnya
buat malu jer, belajar nun tinggi melangit tapi berfikiran seperti itu..cetek sekali
biar siapa pun yang bertanding, kita sebagai rakyat perlu bijak memilih
tak perlu lontarkan cacian, makian dan hinaan tanpa usul periksa
tanpa kita tahu kebenarannya, tak pasal-pasal kita akan terlibat sama
tapi iols tengok trend sekarang seperti tu, makin hebat dapat menjatuhkan orang
makin mereka rasa diri mereka hebat....sangat tak sesuweiii kannn...
apa jua berita atau khabar yang didengar harus dinilai sebaiknya
rakyat kini bijak untuk berfikir dan membuat penilaian

rasa-rasanya ada juga yang da mula balik kampung
sempena 1 Mei 2013 iaitu hari pekerja ni kan...
ramai laa orang berpusu-pusu ambil peluang untuk pulang ke kampung
meriah jalan raya okeh...siyes macam nak raya
memasing pakat amik cuti panjang
iols macam biasalah...masih dalam proses menyiapkan assignment
kudrat ini seperti meronta-ronta untuk direhatkan
owhh tidakkkkkk!!!tolonglah cepat sikit abis belajar....*cemikmuka*
so, sila pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan selamat...
tak mo lah dengar berita-berita tak menyenangkan menjelang hari mengundi nanti
semoga selamat pergi dan selamat balik dan mula bekerja seperti biasa

kali ni iols masih mengundi di Johor
daerah mana??...biarlah rahsia
maybe for next election, akan tukar ke tempat baru
hopefully!!!.....

jom kita layan gelagat-gelagat ini...(sumber: youtube)
sangat kreatif depa-depa nih kan...ekekekekek
layannnn!!!

gwiyomi la pulak

Tuesday, April 30, 2013

gwiyomi...
lepas gangnam style...sekarang gwiyomi pulak
sana sini dok sebuk bergwiyomi....
ada tu yang cute miut...alaa geram nak cubit
ada tu muka tak boleh blaa....aduhaiii ngeri okeh
anyway, secara peribadinya..(pergh ayat)
saya suka gwiyomi ni..sebab ekspresi muka tu cam suka nak tengok
tapi ada gak yang bajet-bajet tomey
rata-rata feveret nak tengok bila orang korea buat
alaaa weeyyyy...tomeynyaaa makhluk ciptaan Allah
tak kurang gak awek-awek malah retis-retis buat
rasa cam nak bergwiyomi sama...
pada yang tak tahu ape tu gwiyomi..jom nengok...
giler comel awek ni kan.... (sharing from youtube)
auw...wawa pun buat....tomey dengan pakej lesung pipit itteww.... cute kan budak nih....tomey sangat! bagi wanita-wanita yang mengandung..sila jangan ulang siar video ni..terkenan nanti ekekekeke
yang ni paling ditunggu-tunggu la kan.... bobo kembali...semakin glemer mamat ni sekarang wooo....ala-ala retis gittu

so, chill ur day babe....may this video can release ur 'muka ketat'..stress study...kerja or rest ur mind about 5 mins...maybe!
ada kengkawan kata suh iols bergwiyomi...iols tak sanggup memperjudikan nasib iols..mau kuar muka tahap kena penyepak nanti kang...choii sangat....

i am restless!

Monday, April 8, 2013

happy monday uols,
so how's your weekend?...good?...
iols punya weekend bored
sabtu ada midterm exam for Statistic for Science Social
kebaboommm....fantastica!
welll...seperti biasa laa reka-reka formula sendiri ni
da jadi macam apart of my studies..wakakkaka
anyway, my brain so exhausted
since I registered my 3rd Semester,
almost every weekend i got class
huwaa....i am tired okeh!
Prof, pls behave to me....(faint)













actually, my group hired one personal tutor
this tutor will teach us this subject
well....'super dumb' when we comes to calculation
owh, i really hate number and formula
so, absolutely i hate this subject
but, to complete my project paper
whether you like it or not..you have tooo!
yaa, no objection!

when we talked about project paper aka thesis
i will crazy....read a lot of journal,
do much much more research
have to create respondent which I still blur in this!
for part time student like me,
time management most important thing
you need to allocate wisely your time,
from 8am to 6pm - office hour
from 8pm to 12pm - open book..
owh, no no no....i am not that kind of people
last minutes study is me!
help me to changes this...

ikan 3 segi

Thursday, March 14, 2013

Assalamualaikum korang...

buat aper tu?
iols takde nak hapdet aper sangat
cuma sajer jer nyebok-nyebok nak update
ekekekek...kire nampak sangat macam kurang kerja kan
lately ni, memasing (kengkawan rapat) semuanya busy
iols everyweek penuh dengan kelas
mana ngan tutor, mana ngan extra kelas
kalau tak pandai tu tak tahu la nak kata
sememangnya this semester quite tough for me!
tapi macam biasa la, masih bule berasmara dana
aku heran laa, kalau bab mende-mende mengarut
lambat betul nak bosan
bila tang buka buku, baca jurnal...asik ngantuk ajer mata ni
haii laa...Tuhanku, berikanlah aku kekuatan..ameen
bila sampai masa nak submit
mulalah migrain laa, demam lah, selsema lah
masa awal-awal semester, buat dunno ajer kan
inilah simptom-simptom kemalasan berganda kann

tapi kan korang, mak nak share
mak sekarang da rajin masak
sukalah kan masak bila ada orang puji sedap
ahahaha tak tahu dalam ati sumpah seranah
huhuhu kalau masak dengan penuh kasih sayang memang sedap
tak kire laahhh masak aper..walaupun telor dadar ajer
aahahahaha....masukkan rencah-rencah kasih sayang tu penting
iyerla, korang bukan nak bagi sapa makan pun
perut korang sendiri dan mereka yang sewaktu dengannya laa
tapi kan, iols ada masalah satu jer
dari kecik sampai tua bangka ni, iols tak pernah siang ikan
ikann..hah ikann....apatah lagi siang lembu
ayam tu pass la gak sesikit sebab beli da siap potong
ekekekeke..aci tak?
zaman sekarang ni semua da ready made kan
sampaikan bawang pun da siap kupas kulit...
tak de laa ngko nak bengkak-bengkak mata kupas bawang
menciii tauu...dedulu kena kupas bawang
paling tak blh bla....kena kupas kulit kunyit...
mak aiii...3 hari tapak tangan kuning
dedulu kekonon nak bajet artis sangat kan...kelass ko jah!
sebut pasal siang ikan kan?











aku ada kisah sedih dengan ikan ni
masa tu aku ada niat murni nak goreng ikan untuk akak aku mkn
sebab iols tak makan seafood....jeng-jeng-jeng
time tu parents tak de kat uma
so bila buka esbok (peti ais), ada ikan selar kuning
ikan selar tu bukan beso sangat kan..cotet jer laaa
pastu dengan kepakaran yang tak seberapa tu
ditambah pula dengan usaha murni ni..
aku siang ikan tu...tetiba bila lepas siang ikan tu..
aku tengok ikan tu bertukarrr, alamak!!
rupa ikan bertukar menjadi 3 segi ngko...
mak panikk!!!...abis hilang kepala ikan dan ekor
itulah tahap paling cemerlang yang iols lakukan
sampaikan akak iols confuse apa yang aku goreng
ikan atau lego kah?....ekekekekek
sejak dari itu, aku memang tak sentuh ikan langsung
dan tambah lagi mudah bila ikan beli kat pasar suda siap dipotong
so, senang bila kawin nanti...ekekekkeek
kalau boleh terus siap masak sekali
tapi aku takut laki aku lari plak kang ekekek
so, kengkawan memana yang perempuan tu
kita kena pandai masak
walaupun tak sedap, kita kena selalu mencuba
insyaAllah, lelama kompom terer..
nak tambat hati suami kena tambat selera dia dulu yer
auuww, cite pasal kawin pulak kan..
ini pesanan ikhlas dari iolss...

baju dah ketat?

Thursday, March 7, 2013

pergh tajuk tak hengat...
kalau korang terer cuba teka, kenapa baju mak ketat?
ahahah betullll....ketat sebab da gemuk yerk
bukan baju mengecut,
baju da kecik...tak de maknanyaa
sedo diri laa yang berat tu da bertambah dari sepatutnya
tidakkkkk!!!
uols tahu tak, ape perkara yang paling dibenci wanita?
(tangankatbahumatapandangatas)
perkara yang paling tak disukai sama ada didengar atau dilihat
ialah GEMOK okeh....pergghhhh rasa macam tak de hari esok
ahahahahahaha (tapi masih tak berenti mengunyah)
tips bagi kaum lelaki nak memujuk wanita..
cer ko puji dia da kurus atau badan dia solid molid
walauu punnn macam tong gas kan....
kompom, tak sampai 5 minit perempuan tu akan senyum
tapi ngkorang agak2 laa...
kalau betul macam planetarium negara ko nak kata macam tabung haji
itu da kategori menghina tuuu...takut korang makan penampo plak
eheheheheheh...so pepandailah suai padankan dengan ayat dan subjek yer


















tadi masa kat toilet opis,
biasalah toilet opiskan ada cermin besor macam almari uma
cermin kat uma, cuma cukup-cukup nampak muka jer
so baru perasan, mak aiiiiiii
osemnya tumbesaran aku sejak dua menjak ni
hati senang?...yess....
makan banyak?...yes..(dah tu nak claim kurus lah)
tak de exercise?...of coz yes!
huhu..pakej lengkap untuk seseorang yang berusaha meningkatkan berat badan
nasiblah parking kereta kat opis ni agak jauh dari opis
kalau tak memang tak berjalan laa gamaknya
mau parking keta depan pintu..memang galak laa naik jarum penimbang tu

tapi kan..aku rasa faktor umur pun mainkan peranan
(ayat pujuk diri sendiri...ahahahahah)
sebab, kalau nak diikutkan tak de la aku ni kuat makan sangat
malam memang makan jenis ringan2 di mata aku laah ekekeke
aku memang jarang makan nasi bila waktu malam
kekonon diet atkins bagai...mak tak tahan noks..
gila kau kalau toleh kiri kanan makanan lazat belaka
orang gile jer tolak..sesilap orang gile pun gile selera nak makan
kalau tak makan nanti...sakit ( ahahah alasannn!!!)
pada masa sekarang ni, kalau boleh tak mo la sakit kannnnn
nak sihat...cantik...segar bugar....aminnnn!!!


















so sekarang, resolusi aku nak turunkan berat lagi 3kg jerr
tolong laaa wahai berat...3kg jer...tak banyak
ada tak cara nak kurus tapi tak nak diet...
(kelip-kelipmatabuntang)
memang dasar laa kan....
mak tak mampu nak beli SDII kee..FelinaIncloss ker
mahal nokss...lebih baik mak beli baju baru
tak pun mak bayar duit kelas tutor mak yang mahaiii ittewww
soo sekarang ni mak rasa la kan
mak nak avoid makan nasi laaa...(jangan percaya sangat statement ini)
mak nengok kawan mak tu, diet carbo
perghh...sebelum kawin dalam masa 3 bulan leh reduce about 5kg
fizzfairussfuyoooo laa kannn...
gile ko tak nak turun 5kg...mak cuma nak 3 kg jadi 2 minggu jer la kann
ekekekekekkeke.....
apa-apa pun, pada mak, mak nak badan mak sihat
dalam usia penghujung belia remaja ni, kita nak start alert ngan healthy
jangan pandang remeh okeh.., kite kena jadi orang yang sihat
so, kena rerajin kawal makanan kita
kalau ada masa tu buat aktiviti riadah sekerap mungkin
sapa ada basikal tu, hah, gi laa kayuh 5 km sehari...(pitammm!!)
kalau tak de tu, sila jalan kaki jer ok...jalan kaki sambil cuci mata
so bonus kat situ sebab dalam 2 dalam 1..eekekekek sempat lagi ko kann

kelas da mula...

Sunday, February 24, 2013

assalamualaikum uols....
sihat ker?..
weekend-weekend ni sure korang akan busy dengan aktiviti memasing kan...
ape-ape pun uols kena jaga diri okeh...
iols mcm biasa lah, this weekend da busy dengan kelas..
alhamdulillah, pejam celik pejam celik
dah masuk semester tiga yer...tak sedar rasanya
seolah-olah seperti baru jer daftar semalam...
kekadang rasa tak percaya jugak boleh berjaya sampai ke tahap ini
perit jerih nak lalui setiap dugaan tu
sedikit sebanyak mengajar kita erti kematangan
untuk kali ini, iols nak lebih fokus
nak achieve a good result
weouls kalau result dapat B- tu dah kire teruk
wallawey, bila part time student ni memang payah
mana dengan kekangan kerja lagi
esaimen pun buat last minit...ohemgiii!!!
insyaAllah...jika ada usaha dan izin Allah...semua akan  berjalan dgn baik
doakan saya ye kawan-kawan...
rasanya macam baru jer semalam suara mama membebel kat aku
seperti baru semalam tinggalkan alam persekolahan
masa sekolah lagi aku ni jenis tak berapa makan saman
tapi dari segi akademik, takde lah benak sangat
cuma aku lebih pada masa enjoy jerk..
keputusan SPM aku pun tak berapa nak membanggakan
walaupun tatkala itu aku adalah pelajar harapan sekolah
tak dinafikan pengaruh rakan sebaya amat kuat kala itu
keseronokkan adalah perkara utama
jiwa remaja lah katakan
masa tu mana nak fikir sangat pasal pelajaran
bila nak exam baru nak buka buku
bangun lewat malam buat-buat rajin
tapi aku percaya dalam hidup kita kena ada cecita
aku bercita-cita untuk ubah nasib diri
kekuatan itu telah berjaya bawa aku kini
tanpa cita-cita kita takkan ke mana-mana..
aku melangkah dari setapak ke setapak
alhamdulillah...aku rasa puas bila mama dan ayah
bangga dengan apa adanya aku sekarang
iols pun percaya uols semua mesti ada cecita kan?
so kita kena berani nak realisasikannya
mungkin kita pernah jatuh
supaya kita akan rasa bagaimana peritnya
dan kita akan lebih berhati-hati dalam mengorak langkah
namun, kita kena sedar dan sentiasa kena beringat
bahawa kehidupan kita ini untuk akhirat juga
so, kenalah seimbang pencarian kita
moga berkat Allah itu sentiasa ada pada kita
InsyaAllah....


Opsss...Lelaki

Tuesday, February 19, 2013

hi uolss...lama tak bebel-bebel..bergurau senda kan...
biasalah mood tak berapa nak ummphh untuk update blog..
busy sikit dengan kerja-kerja harian...plus kemalasan berganda
moga-moga uols semua baik-baik belaka okeh
sapa yang rasa tak baik sangat tu....gi laa klinik...
makan ubat....tak lama lagi kan kita nak cuti
sooo, kalau sakit nanti tak meriah cuti kite kann..tak gitu?
mood awal-awal tahun baru ialah beli baju baru?
ahahahha amacam menarik tak mood iols?...*matapandangatas*
mestilah nak beli baju baru..kena tukar sesikit baju tu
tapi ingat okeh...tak semestinya baju tu kena mahal
asalkan ia berpadanan dengan kemampuan cukuplah
kang, bergadai plak semata nak membeli baju mewah..
koser tauuu...biar papa asalkan bergaya....bergaya ker??
kekadang tu tak perlu mahal, cukup asalkan pandai gayakannya
beli kat pasar malam pun tak semestinya tak menarik tau
pada aku..kena pandai pilih tu penting
sebab kekadang tu brand tak penting sangat, asalkan selesa kita pakai
tapi kalau ada lebih kemampuan tu, apasalahnya
kita kena gak bagi rewards pada diri sendiri
takkan kita da kerja cam nak pengsan, tapi baju lobang2 plak
walaupun memang ada trend lubang2 okeh..ekekekekeke gasak ko laa
nak lubang kat mana sekali pun, janji tak susahkan orang kannnn...
kekadang tu, bila kite terlalu taksub dengan fesyen pun payah
tetiba macam clown lepas show plak kan...tak sesuai dik non
berfesyen tak salah asalkan kena gayanya
jangan kompiden sangat sampai malukan diri sendiri
mowtif aku membebel ni, aku nak share ngan korang sikit
cer korang baca dulu conversation kat bawah ni...

Lelaki Itu :
You, I nak singgah Pasar Payang (Terengganu) ni...U ada ape2 yang nak tak? (aaiii...pucuk dicita ulam sedulang mendatang la kan...tanya lagi nak ke tak nak?...ekekekekke)

Wanita Ini:
Hurmm...ye ke?...Boleh gak laa beli tudung dengan baju kelawar yang cantik2...(kat Pasar Payang kan banyak mende-mende ni..sure lawa-lawa)..

Lelaki Itu :
nak yang macam ner?...warna aper??....(banyak soklan untuk memperincikan barang-barang permintaan)...

Wanita Ini :
 ....warna pink la...atau U cari yang cantik-cantikla..i tak kisah (dengan niat nak memudahkan kerja dan misi pencarian)

Lelaki Itu :
...okla kalau cam tu...

Selepas 20 minit kemudian....

KRINGGGG!!!!!KRINGGG!!!

Lelaki Itu :
...U, nah nih cakap dengan kakak kat kedai..(sambil bagi telefon kat akak tu)

Wanita Ini :
...*kebilkebilmata*....ooo ehhh??...(buat ape tanya sepuluh soklan kalau suruh aku cakap ngan orang kedai niiii)..

Pastu lagi best....

Lelaki Itu :
.....cer U on Viber....video call lagi senang, u boleh pilih sendiri mana u suka.....

Wanita Ini :
 ...PITAM!!...APTB





(kesian depa dok menunjukkan kat aku tudung mana yang dok berkenan...haiilaaaa)

Korang sedar tak?.....lelaki ni jarang confident dengan barang yang di pilih untuk pempuan
kita ni kaum perempuan, biasanya lebih menghargai barang-barang pemberian dari yang tersayang
tak kisah laa....kalau pun tudung tu berupa topeng otromen sekali pun
tapi jangan buat naya laa..ko belikan topeng otromen pastu konfident cakap tudung fareeda
tolak tepi jenama atau mahal murah laahh...
tapi rasanya asalkan ia cantik pada pandangan mata si Lelaki, kompon perempuan akan pakai
sebab, dalam ati perempuan ni mesti ingat
"...oh mesti dia suka aku pakai tudung ni sebab tu dia beli"...
bukan saja tudung tapi apa sekali pun barang laa...
sebab perempuan ni nak menghargai..
apa pun terima kasih gak laa bagi lelaki yang ada usaha nak membeli ni
lagi sedehhh,..ada lelaki yang langsung tak kisah
nak beli....bagi duit then pilihlah sendiri...kire oklah sebab bagi duit
ada nan hadooo pun ada yer..tapi claim gf serupa makcik kantin
hampagas la kannn...
nak gf cantik kenalah invest sikit.....sesekali bagilah hadiah
tak salah pun bagi hadiah bebila masa..tak semestinya besday jerk
apa yang korang bagi tu pun untuk orang yang kita sayang gak kan
tapi iols rasa uols semua dapat bf dan hubby yang baik dan memahami kan
so, appreciate it yaa.....
ada ke tak pemberian dari yang tersayang bukanlah satu ukuran
ikhlas itu penting dalam relationship....
jangan harap balasan kerana setiap perbuatan baik akan dibalas baik
oleh itu, jaga diri hiasi peribadi *tetiba*

gigi ke plastik?

Tuesday, January 22, 2013

assalamualaikum koranggg!!! (riak wajah ceria)
wahh..gitu...tenggelam timbul tenggelam timbul aku ni kan
kejap ada kejap tak de macam biskot chipmore plak...
tapi iols lagi comel dari chipsmore...(pitam)

result iols da kuar last monday
dengan penuh debaran iols membukanya
giler ngko...memula tak mo terima kenyataan gak
tapi sampai bile kan...ada orang kesah result ko ok ke tak?
ko boleh terima kenyataan ke tak?...
tapi siyes, this semester memang buat jantung iols
kekadang rasa nak berenti
ahahha gile drama ayat aku..kalau jantung da berenti,
alamatnya da jalannn da aku nih
tambah-tambah aku pulak emosi kurang stabil sekarang ni
ahahaha gini la jadi pempuan, ada jer yang tak kena ekekek
syukur alhamdulillah, result iols memberangsangkan
kalau last sem dapat straight A's
and this sem, a bit drop than last semester
anyway, gile syukur uols...biasa budak nakal macam iols ni
prof kat depan iols buat kelas kat belakang...ekekeek
jangan jadi macam iols okeh..no good
apa pun mak kena puasa for one day...*nazar katanya*

uolss...ada tak sesapa yang pernah pakai braces
kalau uols ada ikuti blog sabut mak ni,
uols mesti tahu yang mak pakai braces dulu

















then now, i've to maintain with retainer..
apa ke bende 'retainer' tu?..meh sini mak tunjuk sikit,,,
gini la ghuper retainer














<cer korang bayang kan mende alah tu dok dalam mulut ko>

kalau korang biasa dengar pakai braces itu menyakitkan
tapi pada aku pakai retainer lagi satu bebanan yang amat berat
ko bayangkan mcm ko letak plastik dalam mulut ngko
lelebih lagi buat aku yang makan tak tentu masa ni kan...
korang tak leh makan bila pakai retainer ok...hazabbb
ko sanggup ker dok jamah mata ajer...tidak ler temannn!!!
memula tu memang iols disiplin la gak
tapi lama kelamaan tu memang ntah memana aku letak
sudahnya, pas beberapa lama tak pakai,
sekarang retainer tu da tak fit ngan gigi aku
ohemmmgiiii!!!.....ini satu petanda yang tidak baik
then, iols pun contact pakar ortho iols yang kacak ittew
pas datang jumpa and diskas....
ohh tidakkkk...*tangan tekap muka*
mak kena bayar RM400 utk mende alah ituuu
tapi kali ni doktor bagi option kat aku
sama ada nak yang transparent atau yg besi
kali ini aku pakai yang transparent...agak mudah sikit laa
so pada kengkawan yang da buka braces tu
tolong jangan jadi macam aku
disiplin sikit okeh...kalau tak nanti kena buat baru, duit pun terbang
tapi siyes, pakai retainer memang menyusahkan bagi aku
bile aku tanya doktor ortho tu
sampai bila aku kena bergelumang dengan bende asing tu?
korang tahu dia jawab aper....for the whole life....
ajer giler la kann....*terbeliak biji mata*
macam pakai gigi pelesu plak......
yang ni contoh retainer yang aku baru buat
cite-cite ni bagi yang pakai braces tu faham la kot
korang yang tak pernah tu
mesti tak faham ntah apa2 aku bebel

<ini contoh yang baru>








sorry lah hanya gambo hiasan,
malu plak aku nak tayang gigi kuning aku tuh
nak riak pun takat gigi ala-ala buat malu jer kan...
so, moral of the story, sayangi gigi anda!!!
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS