hilang!!!!!!

Wednesday, March 19, 2014

huh...(lap peluh)
ok, hari ni entry pasal sakit hati dan sedih....
sedih dan frust giler dengan service kedai AL-MUGHNI
kenapa dengan kedai ni...
aku sekadar nak luahkan perasaan laa...
korang rasalah kan kalau korang ditempat aku
agak-agaknya naik hantu tak?
dipendekkan ceritanya
hari tu aku gi hantar tempahan jahit baju
memang aku tak pernah hantar jahit kat sini
 >>>AL-MUGHNI, Bandar Baru Bangi<<<






















tapi bila tanya kengkawan, depa ada recommend tempat ni
ok.fine!...aku pun gi lah hantar 3 pasang baju untuk dijahit
salah satu baju tu, ialah baju hantaran masa nikah haritu
wahhhh....hati membuak2 laa kot2 leh siap before raya
bila tiba masa yang ditetapkan siap
bile datang kedai, baju tak der...
ok, tarik nafas lega lagi sebab depa kata baju ada kat factory
ok, relax beb, relax....
lepas seminggu, ke seminggu sepi
hanya dapat sms yang mengatakan sedang cari
selepas da penat nak tunggu sedang cari tu
aku pun bagi kata dua...kalau tak jumpa nak buat report..
then, baru diaorang bagitahu baju aku hilang...
what???....hilang okeh hilang...(rasanakpitam)
baju tu pada aku very special...
it's not about the money la brother!!!!
diaorang offer aku untuk bayar...(akuterdiam)
korang, sedih okeh..sedih sebab baju tu ada sentimental value pada aku
may be diaorang ingat baju biasa-biasa
tak de lah mahal sangat sampai berbelas ribu...
and even tak cantik pun kat mata diaorang
tapi even doploh hinggit pun, tetap bermakna pada seseorang kan?
alasan diaorang, tempahan terlalu banyak...
hellooo, kisah ape pun aku dengan baju banyak tak banyak
tapi kecuaian yang takleh nak diterima akal
aku pun bukan tak pernah hantar kat butik
malah butik lebih hebat lagi kalau nak dibandingkan
tapi korang buat main-main amanah yang diberikan
dahla peniaga tu pun Bangla...aku tak pastilah dia pekerja atau owner
tapi terdiam aku sekejap selepas terima panggilan dr owner kedai
owner kedai tu Perempuan Melayu dan dia bgtahu dia mak tiri kepada si Bangla ni
tapi paling tak boleh blaaa bila dia bgtahu
baju aku memang HILANG...huwaaa..sedih wey
kalau setakat baju biasa-biasa pakai pergi kerja tak per
tapi, baju yang ada nilai yang sangat tinggi bagi aku
aku masih tak putuskan sama ada nak terima duit yang di'offer' sebagai ganti rugi
hati masih nak baju tu jugak..tapi apakan daya jika bukan rezeki aku
aku kena redha jugak kan....(sedih)

MH370

Friday, March 14, 2014

sesungguhnya seperti diketahui umum, Malaysia kini sedang bersedih
aku rasa semua orang akan ada rasa sedih bile kita kenangkan pesawat MH370
sesapa pun yang pernah merasa pengalaman berada di dalam pesawat
pastinya akan dapat merasakan atau membayangkan bagaimana keadaan mereka ketika itu
namun, kita masih tidak berhenti berharap agar ada peluang dan harapan buat keluarga mangsa
memang kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain
tapi aku dapat rasakan kesedihan dan berdebarnya ketika mengetahui tentang berita buruk ini
masih aku ingat lagi, pagi sabtu lepas iaitu 8 Mac 2014 ketika aku dan suami baru nak keluar sarapan
tetiba dapat telefon yang meminta suami ke KLIA untuk mesyuarat tergempar tentang MH370
hari demi hari pelbagai spekulasi keluar dan semuanya tidak benar
sehingga ke hari ini, ia menjadi semakin misteri
jika mereka diluar sesuka hati menempelak usaha negara untuk misi mencari dan menyelamat
aku sebenarnya berasa sedih dan sedikit marah kerana mereka hanya bijak berkata-kata
mereka tak tahu betapa pihak-pihak terlibat bersengkang mata siang malam
dikerah keringat dan usaha untuk mencari, dan meninggalkan keluarga demi misi negara
melihat En. Suami yang pulang lewat malam dan keluar awal pagi
dipejabat pula mesyuarat pagi petang hingga ke malam
mereka cuba merungkaikan kekusutan dan misteri yang melanda berdasarkan norma logika
kesian dan dapat rasa kepenatannya..apatah lagi mereka yang berada ditengah lautan dan di udara
saban hari, aku lah jadi peneman setia mendengar apa jua yang boleh dikongsi rahsia negara
apa yang aku boleh katakan, teruslah berdoa dan pasrah sekiranya jawapannya nanti bukan manis dan suka untuk didengar...
sesungguhnya ada perancangan yang lebih terbaik selain manusia
Dia penentu segalanya atas setiap apa jua yang berlaku
hanya doa-doa kita yang akan didengar olehNya
secara jujurnya, aku akan sebak bila terbaca status-status mengenai MH370
selain mengikuti perkembangannya melalui media, aku suka suka mendengar dr En. Suami
ujian buat negara khususnya...semoga kita rakyat Malaysia akan bersatu menghadapi semua ini






MH370
kami menanti kepulanganmu walau dalam apa jua keadaan
kami redha dan pasrah...

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS