grooming belakang rumah!

Monday, May 12, 2014

Assalamualaikum semua...
selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di dunia ini
(esp yang baca blog ni laa....)
ada yang kata tak leh nak sambut mende-mende macam ni
tapi pada saya setakat nak meraikan ibu bersama keluarga
tanpa ada melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama
tak salah, sebab nak harapkan setiap minggu berkumpul sesama
nak potong-potong kek bagai, memang tak de la kan
so apa salahnya pilih satu tarikh yang boleh buat mende tu serentak

tahun ni saya da ada dua ibu...
pertama ibu sendiri dan kedua ibu mertua
alhamdulillah, 
anugerah terindah Allah pada saya apabila dikurniakan ibu sebaik ini..
moga Allah sentiasa limpahi kedua-dua ibu saya ini dengan kasih sayang
Allah pelihara mereka dari perkara-perkara tidak elok
Allah menjaga mereka seperti mereka menjaga saya dan suami..InsyaAllah
tanggungjawab bagi seorang perempuan untuk menghormati dan menyayangi ibu mertua
seperti ibu kandung sendiri yer...
so jangan ambil mudah perkara ini
so terima kasih buat Mamaku Puan Kasmah Binti Long
dan ibu mertua ku Puan Shamshiah Kamar Binti Abdul Razak Ali
Alhamdulillah juga dapat ibu mertua yang sangat baik dan sporting
ekekekeke...tak de la kekok sangat bila menjadi diri sendiri...


pic kat atas tu la wanita yang istimewa buat saya..
tiada galang gantinya mereka kat dunia ini
moga mereka juga berbangga memiliki saya di dunia ini...ameen

last weekend  saya tak ke mana
kebetulan Mama saya datang sebab ada kursus umrah di Bangi
so tak de la sunyi sangat dan dapatla saya wish depan-depan dia
tak de special treat pun for her...just hang out for having dinner together
mereka ni tak minta pun untuk dibalas dengan wang ringgit
cukup sekadar tanda ingatan dan kasih sayang seorang anak buat ibunya
tapi yang bestnya bila Mama ada kat rumah, saya cuma order jer makanan
eheheheh sepatutnya saya buatkan Mama special breakfast
tapi terbalik plak bila bangun-bangun Mama da siapkan breakfast..thank u Mama!

sekarang ni saya dan suami memang gile men'deko' rumah
tapi tak de lah deko macam Eric tu..lom mampu lagi
sekadar deko mengikut kemampuan sahaja
so sabtu yang lepas, masa tunggu Mama dan Ayah abis kursus
saya pun singgah ke nurseri di area Sg Merab tu...
memang berbaloi dengan bajet kami yang ciput itu...so rasanya lepas ni kami akan datang lagi
boleh la menambah apa-apa yang perlu
kadang-kadangkan tak perlu pun berhabis untuk cantik
cuma kena pandai susun atur hiasan tersebut jer bagi kemas dan menarik
kebetulan kat kawasan rumah saya ada kontraktor yang akan uruskan landskap 
so nampak la sikit teraturnya...kalau nak harapkan sendiri buat memang semak samunla jawabnya
laman rumah perlu kemas sama macam dalam rumah...
lagipun ini salah satu cara kita dapat keluarkan peluh
nak harap buat aktiviti riadah sentiasa, memang malaslah kan
lepas balik kerja terus memerap dalam rumah dan itulah rutin harian


picture kat atas tu ruang jalan belakang rumah saya
stail rumah kat sini semua tak berpagar
sapa tinggal di putrajaya mesti tahu kan...
ada sedikit kerisauan gak sebenarnya tapi harap-harap tak de perkara yang tidak diingini terjadi
tak dinafikan setiap kali lonceng rumah saya berbunyi saya berdebar nak buka
mana taknya, buka pintu terus terjojol muka orang tu
kalau kita kenal, oklah..mana tetamu yang tidak dikenali macam mana kan?

ini gambar belakang rumah...korang jangan tertipu yer..sebab luar ni semua kontraktor yang uruskan
kebetulan kami baru pindah kat area ni, so just grooming mana yang perlu sahaja
saya memang tak suka semak samun sebab rimas
so aku nak simple-simple jer hiasan luar rumah tu
sesuai dengan jiwa ahkak yang simple ni

ini hasil tangkapan aku kat kebun bunga tu..
tolong jangan tanya saya nama bunga kat atas ni...
cuma kalau tak silap yang macam daun kelapa tu groca 
dan yang bunga purple tu lavender...
aku pun tak yakin bunga purple tu tahan berapa lama 
sebab setiap kali aku beli pokok yang bunga comel-comel macam ni 
memang tak tahan lama kat tangan aku..
so kita doakan pokok ni umur panjang yer...ehehehehhe

inilah pekebun tegar yang menjayakan sesi grooming pada pagi itu...
kerahan tenaga telah dilakukan untuk kepentingan bersama...
ahkak macam biasalah tukang snap pictures jer..ehehe
kami baru nak belajar menghias rumah sendiri...
selalu tengok uma orang jer
so sekarang kena kumpul duit sesikit untuk dihabiskan kat hiasan rumah
sekarang ni pun saya suka cari majalah dan google kat internet hiasan-hiasan yang menarik
saya rasa tentu ramai yang ada minat macam saya...berbaloi kan cantikkan rumah
hati senang jer bila tengok rumah in a good condition and put the thing at the proper place

sampai di sini dulu coretan saya...moga bertemu dilain kali
saya sekarang memang tak banyak masa nak update
busy sikit dengan study...ada masa kita jumpa lagi...bye!


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS