checklist sebelum balik raya

Wednesday, July 23, 2014

tak bape hari lagi da hari raya
mesti persiapan sekarang tertumpu kepada barang-barang penting untuk dibawa bersama
pastikan jgn ada yang tertinggal satu pun sebab akan spoil kn mood raya 
mana taknya, time kita nak pakai time tu lah mende tak de kan
so lebih mudah kalau uols semua sediakan checklist..
ahkak memang sentiasa ada buat checklist..
kalau setakat nak mengingat dalam kepala ni, memang banyaklah yang tertinggal
lelebih plak balik kampung sebab nak beraya, bukan nak balik sesaja kan...
so, tak salah kalau rajin-rajinkan tangan tulis checklist barang yang penting
dan checklist tu bukan hanya senarai barang yer adik2....
tapi senarai perkara-perkara yang perlu dibuat sebelum meninggalkan rumah
antaranyaaa.....

1. Pastikan semua barang-barang keperluan hari raya dikumpulkan setempat seawal seminggu sebelum pulang ke kampung halaman.  Bukan nak tunjuk beriya tapi mudah sebab masa tu korang tak sibuk dan boleh berfikir secara normal, kan mudah kalau mende tu da tersedia.  Nanti da dekat-dekat nak balik baru nak mencari, buatnya hilang ker...dah makan masa nak mengemas barang2..antara



  • barang-barang keperluan hari raya tu macam, baju raya lip lap korang...wajib bawa!..
  • keperluan mandi, perfume dan alat mekap..wajib gak tu!..
  • pakaian dalaman korang...hah....kena amik kira tauu
  • handbag dan kasut raya....sanggup ker beraya togel macam tu??
  • tudung stailo-stailo yang harus disarung untuk dipadankan dengan baju cantik korang tu, jangan lupa
  • kamera atau gadjet2 yang perlu...dah bawa gajet tu jangan lupa chargernya juga..
  • pakaian basahan untuk dirumah..takkan doplohpatjam nak pakai  baju broket jer kan
  • lelain tu, ikut koranglah nak letak aper...




2. Pergi hantar servis kereta terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung, kita kena gak make sure kereta kita dalam keadaan selamat semasa perjalanan dan berhari raya tanpa sebarang gangguan.  Kebiasaannya da dekat-dekat raya pusat servis akan sibuk so pepandai korang bajet masa untuk buat appointment untuk servis..Ini pun perkara wajib yer...check semua!..minyak itam ok tak?..tayar ok tak?..disc break macam ner...segala macam perlu diambil kira....lepas dan servis kereta, biasanya ahkak suka untuk hantar cuci sehari sebelum balik kampung...kalau kereta bersih kita pun akan selesa..lagipun nak beraya dengan kereta comot macam tak sesuai la dik oii...kalau orang nak berpakaian cantik, kereta pun nak gak sama dengan tuannya kan...so cucilah kereta anda supaya menampakkan anda juga bertambah seri di aidilfitri nanti...InsyaAllah

3. Pastikan setiap pintu rumah dikunci dengan rapi.  kalau ada letak dua tiga padlock pun ok gak..padlock ye bukan steering lock!!bukan aper..malang tak berbau, so extra precaution tu tak salah malah lebih baik..bukan? adalah lebih baik untuk maklumkan ketiadaan semasa di rumah dimaklumkan kepada pihak berkuasa, leh la mereka menengok kan kawasan umah kita kan..kita nak gak balik kampung dengan hati senang..tak gitu???

4. Jangan lupa untuk pastikan kepala gas memasak di rumah kita dicabut semasa kita tiada dirumah.  Alah, lagipun tak de sapa nak guna kan..so cabut jer untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku..begitu jugak dengan barangan elektrik...mana yang ada bibik kat uma tu,  pesan sesiap untuk pastikan segala mala peralatan elektrik yang tak digunakan dicabut.  Kalau tetiba masa kita tak de kat uma ada ribut petir ke...dah rosak tv kita kan..so tanggalkan yer...tak lupa juga kalau ada melanggan surat khabar tu, beritahu yang anda tiada dirumah, sebab penjenayah boleh tahu jika rumah itu ada penghuni ke tak...iyer lah kalau tengok surat khabar melambak kat depan uma da beberapa hari kan...


5. Jangan kedekut untuk pasang sekurang-kurangnya satu lampu di luar atau di dalam rumah atau kedua-duanya sekali semasa ketiadaan anda...ahkak biasa pasang kat luar jer..so tak de la gelap gelita rumah kita kan bila malam tuu..kalau ada jiran-jiran kat sebelah rumah tak pulang ke kampung, leh la ringan-ringan kan mulut untuk pesan kat depa tengok-tengok kan umah...inilah fungsinya jiran kita kan...saling tolong menolong antara satu sama lain...

Seterusnya, pesanan ahkak kepada pemandu-pemandu, memandulah dengan berhati-hati dan bertimbang rasa.  Cabar mencabar di jalan raya bukan perkara mulia, Berhemah dan bersabar adalah amalan mulia.  Pastikan juga tidur yang cukup bagi mengelakkan badan keletihan semasa memandu kerana ia akan mengundang musibah kelak.  Berhenti untuk berehat sekiranya perlu.  Moga kita akan dapat beraya bersama keluarga dan selamat dijalan raya..InsyaAllah..
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!....



Yeahh...da nak raya!!!

Tuesday, July 22, 2014

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya...
Mesti korang da excited kan nak beraya..
Persiapan macam mana? da ada 90% ker
atau tinggal start kereta dan jalan jer kekekeke
memang bebetul excited tu eheheh
tahun ni iols tak dapat cuti banyak tapi oklah sebab cuti raya da tengah-tengah
dan tahun ni excited sikit sebab kena bahagikan cuti hari raya kat dua tempat
agak terasa gak lah sebab selalunya cuti dimanfaatkan sepenuhnya kat uma mama 
tapi kali ni saya da ada mak mertua yer...so kenalah balik kat uma mertua jugak
nasib baiklah dekat jer..tak perlu nak bersesak-sesak meredah jem kat highway
seronok bila cerita pasal raya ialah seronok bergaya dengan baju baru yang sedondon
apa tema warna raya korang?,,,
mestilah mengikut citarasa masing-masing kan
selain baju raya, kita mesti tak sabar nak tunggu masa untuk berkumpul dengan sanak saudara
maklumlah, ada yang duduk jejauh, masa ni lah masa yang sesuai untuk bertemu
kalau dedulu kekecik main sesama, bila da besar memasing da berkeluarga
so, masa hari raya lah berjumpa kembali kan?...
hah, tak lupa gak masakan raya...
ketupat ada, lemang ada, rendang ada, lodeh ada, kuah kacang ada, lepat ada
pendek kata bermacam-macam juadah tersedia atas meja...
makan jer memana yang berkenan di hati tapi awas, takut berat badan makin naik nanti
kalau kat uma aku, sehari sebelum raya tu memang macam kenduri
ayah akan sibuk mengisi beras dalam ketupat sebab dia memang melarang orang lain amik tugas tu
dia risau kalau-kalau ketupat dia keras...hah...ko tengok laaa...
tapi tahun ni dia da ada assistant nak menganyam ketupat..ehehheeheh
dan biasanya kami perempuan-perempuan kat uma tu akan sibuk memasak
mak aiii, mama kalau masak macam nak kenduri
biasalah, kan nak tukar-tukar juadah..jadi kena masak lebih
kat situ lah kemeriahannya nak berhari raya kan...
masa tu lah nak sibuk semua kat dapur..mana yang anak kecil sibuk bermain
kebiasaannya mama akan masak, ayam masak kari atau masak merah, rendang ayam, kuah kacang,dan lodehh...yummy...aduh baru tulis dan terliurr...
semua yang kat atas tu aku tak pandai masak ekekeke...ahahha acaner tuhh
tahun ni merupakan tahun pertama aku sambut dengan En Suami..so excited terlebih
memacam persiapan dah dibuat, tetapi secara sederhana jerk...ikut kemampuan
tak perlu nak membazir untuk sambut aidilfitri yer kengkawan,,
ikut kemampuan kita jerk...jangan nak berhutang semata nak beraya..tak elok tuuu
yang wajib kita dahulukan...kalau ada lebih tu apa kata bersedekah kepada golongan yang memerlukan itu lagi mulia dan digalakkan..
iye lah, kekadang dalam keseronokkan kita menyambut aidilfitri 
masih ada golongan yang kurang berkemampuan menyambutnya
tetiba emo plak bila mengenangkan golongan-golongan ni...
tahun ni, kami datang semangat nak memasang pelita raya kat depan halaman rumah
so pi kedai RM2.00 jerk cari pelita...nak beli banyak macam pasang sekejap jer..
so kami decide beli 5 jer untuk buat ada-ada jer kat halaman uma tuu
ehehehe kalau kat kampung, pada 7 likur da sibuk pasang pelita kan...
so kami pun kekononnya nak fefeeling desa gak laa ekekeke


bukan senang wey nak tengok orang pasang pelita kat bandar kan..lagi plak kawasan uma aku tu jenis terang benderang...memang tak lah tetiba nak pasang pelita
tapi pasang jer sebab nak amik mood beraya tuu...ada gak umah jejirang lain yang pasang lampu kelip2 tu memasing ada cara sendiri nak memeriahkan uma mereka ikut cara mereka kan..
ok, kite cerita bab kuih raya plak...
wahahahha, ok iols tak buat kuih raya dan tak reti buat kuih raya...
tahun ni baru ada 2 jenis jer yang beli...itupun iols pilih kuih tradisional sahaja
tak mo kuih kale-kale tapi rasa sama...biarla kuih iols sikit jer tapi shedapp..
(wahh kompiden)
tapi iols da terfikir nak google-google resepi kuih raya yang senang dan mudah
kot-kot dapat sejenis dua ker..da kira alhamdulillah lah kan buat hamba yang newbies dalam bidang ni 
tengok kat insta orang lain, depa da sebok dok buah kuih raya...
iols lom datang mood lagi ni
sesambil korang google resepi kuih raya tuu...cer korang tengok video ni...serius best dan mengingatkan zaman kecik-kecik kita sambut raya...



bye uols....selamat berpuasa untuk hari ni....
















 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS