riang ria raya ralyna

Monday, August 11, 2014

raya tak habis lagi uolss..jgn tutup  buku lagi
ekekeke....orang lain sebok share pic raya
kite pun teringin gak nak share...
walaupun ntah ada yang nengok ke tak
kalau suka tengok laa..
kalau tak suka xyah tengok okeh, buat sakit ati jer
apa pun, raya mesti meriah
cuma tahun ini kita diselubungi rasa sedih 
atas apa yang berlaku pada MH17 dan MH370
moh la kita doakan yang baik-baik ajer 
dan sedekahkan AL-Fatihah buat mereka 
pulak tu, kita juga bersedih dengan apa yang berlaku kat Gaza kan
soo boikot jangan tak boikot okeh
lakukan apa yang termampu untuk kita membantu
mungkin kita tak berdaya menggunakan kudrat
tapi dengan doa kita masih lagi mampu untuk membantu
InsyaAllah, Allah Maha Mendengar setiap doa-doa hambaNya
jangan pernah berhenti berdoa

Tahun ni baju raya annaa ada sikit lebih laaa.....
Mana taknya pestime ghaye sebagai seorang isteri
haruslah tema tu mengedik ajer kan
Tahun pertama mesti laa umaa annna okeh
Tahun depan?...arrghh malas pikir ekekekek
Tapi tema tetap dipatuhi
Uma mama kami pakai tema kelabu
dan rumah Mak Mertua kami pakai tema Royal Blue
waauuu menyilaaauuu memasing....

Menu Hari Raya macam biasa lah..tak de yang pelik-pelik pun
Ketupat, Rendang, Lemang, Ketupat Palas, Kuah Lodeh, Kari Ayam,
Sambal Kacang, ....ada plak serunding, perghhh..terbaekk
Lepas raya plak, bila timbang mulalah salahkah diri sendiri
ehehehehe, nafsu makan memang takleh nak tolak kan bila raya
semua nampak sedap ajer...semua nak dicubaaa
belum dengan kuih raya dan segala maleee kek bagaii
yang pasti air gas menu utama di setiap ghumaahh...
walhal memang elak minum air gass kalau hari bebiasa
tak perlah sesekali jer..pastu bile balik umah bilas ngan air kosong
melantak-melantak juga korang yer...tapi kesihatan perlu dijaga.
jom layan gambar-gambar kat bawah ni..
sebab da tak de idea nak menaip...
semoga raya korang bertambah ceria, okeh!!

Tema Kelabu ni umah iolsss...

Inilah keluarga kecil kami...seronok beraya kat kampung kan..
Adik lelaki kesayang...yang cinonet tu lah anak buah iolss
mulut boleh tahan happening okeh...pening nak layan


Dalam kereta pun sempat nak selfie kan...
maklumlah sana sini jem ajer..otw beraya ke muar
r
Tema Royale Blue di rumah mertua
Pic ni aku gabungkan tahun ni mak mertua beraya dengan adik yang bongsu sahaja
memana yang da berkahwin beraya di rumah mertua @ ikut suami masing-masing
memandangkan suami iols lelaki tunggal, so iols sorang jer menantu perempuan, yeahh!
kebetulan family mertua memang ramai kaum kerabat...
bertambah seronoklah raya kami



Tema Royale Blue tahun 2014 (belah mertua)
Ini lah kakak-kakak ipar dan adik ipar sayaa!!! ceria kaannn!!
ehehehe tersipu malu...ekekekek masa ni sibuk melayan tetamu
ada open house merangkap birthday celebration untuk anak buah...
senang jer sekali buat majlis...so sesambil berayaa le kite


Sebahagian daripada keluarga besar sebelah suami...
lihatlah keceriaan kami

sibuk nak bermonopod...menjadi  kegilaan kan bile selfie ni!

Kasi caaann laa tuan tanah ekekekeke!!
Selamat Hari Raya uolss..

Rendang pertamaku!!

Thursday, August 7, 2014

selamat hari raya korang semua..(pembaca blog iols la yerk)
macam mana raya korang? meriah tak? ke suam-suam kuku ajer
iols..alhamdulillah meriah...
almaklumlah tahun pertama beraya ada suami
jakun gak la sikit..ekekekeke
tapi nasib persiapan da dibuat awal-awal lagi
jadi tak de la haru biru pagi raya tu
mana taknya, baju raya aku da siap2 gosok dari rumah lagi
semua aku da matchkan mengikut warna masing-masing
so bila nak pakai tinggal sarungkan ajer..
tapi hari ni aku bukan nak share cite pasal baju raya ke gambar raya
aku tak sabar nak ceghita pasal masak rendang okeh
alaaa rendang..rendang yang kita makan pagi hari raya tu
nampak sangat aku ni memang jakun kan
mana tak nyaa...orang baru first time buat...
itu pun atas permintaan En Suami yang teringin makan rendang katanya
tak puas makan masa hari raya ler tuh kan
so, untuk newbies macam saya yang baru menjinakkan diri bab masak ni
iols teruja nak share resepi kat uols...
senang jer rupanya...



RENDANG KASIH SAYANG

1/2 ayam (ikut suka nak masak banyak mana ayam)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dihiris)
seinci lengkuas
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih + jintan manis
1 sudu kecil kerisik (leh cari kat paso jer senang)
5 biji lada cili
1 sudu lada kering (dikisar)
1 biji kelapa (ambil santannya)
1 sudu gula (bergantung kepada korang)
1 sudu kecil rempah kari
2 sudu air asam jawa
sedikit garam
sedikit minyak

Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit, serai, cili dan cili kering.  (Cili kering biasanya kisar berasingan sebab prosesnya lain sikitkan.)
2. Goreng ketumbar dan segala jintan tersebut di atas dengan api yang kecil sehingga naik baunya. Jangan dibiar hangit yer..nanti kang pahit plak rendang uolss.  Kemudian, kisar halus kesemuanya.
3. Campurkan ayam dengan bahan-bahan yang dikisar di atas dan masukkan sedikit rempah kari. Korang paham tak apa iols tulis ni yer?..Gaul sehingga sebati dan diperapkan lebih kurang sejam.  Lagi lama perap lagi sedap sebab rempah sebati dengan ayam tu.
4.  Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali dan masukkan ayam yang diperap tersebut dan disusuli dengan santan yang diperah dari kelapa nan sebiji tu.
5. Masak dengan api sederhana besar sebab nak elakkan rendang berkerak dan hangit.  Kena rajin untuk jaga kuah dan balik-balik kan ayam dalam kuali tu.  Setelah agak empuk dan korang tengok ayam hampir masak, masukkan air asam jawa dan gula serta garam mengikut citarasa korang.  Bagi yang suka manis tu, lebihkan la gula..
6.  Setelah nampak naik minyak, dah boleh angkat rendang tersebut.  Masaklah iaaa...
InsyaAllah, sedaplah rendang kita yer puan-puan.

Amacam??..senang tak???
Korang cubalah...Mana tahu berjaya
Encik Suami belasah berpinggan-pinggan okeh
Lulus katanya...Alhamdulillah...

Semoga berjaya korang!!
Byeeee

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS