riang ria raya ralyna

Monday, August 11, 2014

raya tak habis lagi uolss..jgn tutup  buku lagi
ekekeke....orang lain sebok share pic raya
kite pun teringin gak nak share...
walaupun ntah ada yang nengok ke tak
kalau suka tengok laa..
kalau tak suka xyah tengok okeh, buat sakit ati jer
apa pun, raya mesti meriah
cuma tahun ini kita diselubungi rasa sedih 
atas apa yang berlaku pada MH17 dan MH370
moh la kita doakan yang baik-baik ajer 
dan sedekahkan AL-Fatihah buat mereka 
pulak tu, kita juga bersedih dengan apa yang berlaku kat Gaza kan
soo boikot jangan tak boikot okeh
lakukan apa yang termampu untuk kita membantu
mungkin kita tak berdaya menggunakan kudrat
tapi dengan doa kita masih lagi mampu untuk membantu
InsyaAllah, Allah Maha Mendengar setiap doa-doa hambaNya
jangan pernah berhenti berdoa

Tahun ni baju raya annaa ada sikit lebih laaa.....
Mana taknya pestime ghaye sebagai seorang isteri
haruslah tema tu mengedik ajer kan
Tahun pertama mesti laa umaa annna okeh
Tahun depan?...arrghh malas pikir ekekekek
Tapi tema tetap dipatuhi
Uma mama kami pakai tema kelabu
dan rumah Mak Mertua kami pakai tema Royal Blue
waauuu menyilaaauuu memasing....

Menu Hari Raya macam biasa lah..tak de yang pelik-pelik pun
Ketupat, Rendang, Lemang, Ketupat Palas, Kuah Lodeh, Kari Ayam,
Sambal Kacang, ....ada plak serunding, perghhh..terbaekk
Lepas raya plak, bila timbang mulalah salahkah diri sendiri
ehehehehe, nafsu makan memang takleh nak tolak kan bila raya
semua nampak sedap ajer...semua nak dicubaaa
belum dengan kuih raya dan segala maleee kek bagaii
yang pasti air gas menu utama di setiap ghumaahh...
walhal memang elak minum air gass kalau hari bebiasa
tak perlah sesekali jer..pastu bile balik umah bilas ngan air kosong
melantak-melantak juga korang yer...tapi kesihatan perlu dijaga.
jom layan gambar-gambar kat bawah ni..
sebab da tak de idea nak menaip...
semoga raya korang bertambah ceria, okeh!!

Tema Kelabu ni umah iolsss...

Inilah keluarga kecil kami...seronok beraya kat kampung kan..
Adik lelaki kesayang...yang cinonet tu lah anak buah iolss
mulut boleh tahan happening okeh...pening nak layan


Dalam kereta pun sempat nak selfie kan...
maklumlah sana sini jem ajer..otw beraya ke muar
r
Tema Royale Blue di rumah mertua
Pic ni aku gabungkan tahun ni mak mertua beraya dengan adik yang bongsu sahaja
memana yang da berkahwin beraya di rumah mertua @ ikut suami masing-masing
memandangkan suami iols lelaki tunggal, so iols sorang jer menantu perempuan, yeahh!
kebetulan family mertua memang ramai kaum kerabat...
bertambah seronoklah raya kami



Tema Royale Blue tahun 2014 (belah mertua)
Ini lah kakak-kakak ipar dan adik ipar sayaa!!! ceria kaannn!!
ehehehe tersipu malu...ekekekek masa ni sibuk melayan tetamu
ada open house merangkap birthday celebration untuk anak buah...
senang jer sekali buat majlis...so sesambil berayaa le kite


Sebahagian daripada keluarga besar sebelah suami...
lihatlah keceriaan kami

sibuk nak bermonopod...menjadi  kegilaan kan bile selfie ni!

Kasi caaann laa tuan tanah ekekekeke!!
Selamat Hari Raya uolss..

No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS