Resepi: Daging Paprik Suami Suka

Wednesday, September 10, 2014

Sejak bergelar isteri ni makin rajin plak memasak
tambah plak suami memang suka makan
suka rasanya kalau tengok dia makan nasi bertambah
ermm...gembira kan korang
sesapa yang jadi isteri akan faham perasaan ini
sapa tak suka kalau lauk pauk yang kita masak orang tersayang suka
auww...puji diri sendiri plak kan

saya memang mengaku sebelum kawin
memang memasak bukan hobi
segalanya adalah lebih mudah didapati di luar
maklum saje lah, main order dan bayar
tanpa perlu memerah keringat

sejak da ada keluarga kecil ni
kena rajin-rajin turun ke dapur
selalunya saya akan mencuba masak
makanan kegemaran suami atau atas permintaan sahaja
sebab suami saya jenis yang memilih jugak bila makan
so kalau tetiba nak masak bukan feveret nanti dia cuit-cuit jer
tu yang sentap tak pepasal kannn ekekeke

tapi hari ni saya nak share salah satu lauk feveret
nak kata saya memang terer tu tak gak laa
saya rasa percubaan saya memasak lauk ni baru beberapa kali
tapi respon yang diterima adalah SHEEDAPPP
so far tetamu yang datang pun bertambah 2 3 kali
so saya nak share kat korang lah yerr...
mana tahu korang masak lagi sedap
hah, resepi senang-senang jer saya share
bahan-bahan juga senang didapati di pasar

"DAGING PAPRIK SUAMI SUKA"



















Bahan-bahan: (2 orang makan)

Daging/Ayam/Udang/Sotong (ikut pilihan hati)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar lada kisar
1/2 lobak merah
1 bungkus jagung (dipotong ikut suka)
1/2 lada benggala (dihiris atau dipotong ikut suka)
Bunga kobis (agak2 dengan sayuran di atas)
Sedikit daun limau purut
Garam
21/2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak (untuk menumis)

Cara memasak:

1. Pastikan daging direbus terlebih dahulu dan dihiris nipis mengikut kehendak memasing.  Saya biasa akan guna daging batang pinang bagi memudahkan masakan.

2. Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah diketuk bersama lada kering yang dikisar.  Tumis sehingga naik bau dan lada nampak matang  dan masukkan daging masukkan daging/ayam/udang/sotong dan digaul dengan sebati supaya rasa akan meresap dalam bahan utama tersebut.  Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram mengikut bahan yg sedia ada dalam kuali (agak-agaklaa berapa banyak tu).

3. Tuangkan sedikit air dan disusuli dengan karot, bunga kubis bagi memastikan bahan ini lembut terlebih dahulu.  Masukkan juga daun limau purut bagi menambah aroma masakan tersebut.

4. Apabila masakan kelihatan mengelegak, masukkan jagung, lada bengala dan bawang besar.  Letakkan sedikit garam.  Jika mahu letak perasa dipersilakan tetapi saya masak tak guna serbuk perasa.  Hanya garam sahaja.  Seterusnya boleh dihidang apabila masakan siap dimasak.

Selamat mencuba....

Pastinya saya akan membawakan resepi terbaik utk korang..
tapi biar saya mencuba dahulu yer...ekekekeke

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS