Hawaii...here I come!

Friday, October 17, 2014

Alohaaa...hii ahkak bersiaran dari Hawaii
Dah empat hari kat sini
Seronok dan penat semua ada
Tapi puas hati sebab dpt rasa pelbagai mende baru
Ahkak buat ape kat sini??
Honeymoonnn sambil kerja
Gini lah kalau tak berapa nak ada tu kan
Eekekkeke...
So boring-boring tak tahu nak buat ape
Jadi apa lagi update blog lah
Almaklumlah excited sangat ler katakan
Perjalanan ke sini ambil masa lebih kurang sehari gak
Tp masalah gak sebab tiads direct flight from Malaysia
Kenalah transit beberapa kali
Alhamdullillah dipermudahkan semuanya
Perjalanan ahkak dr KL then transit ke Manila
Dr Manila ahkak naik flight ke Guam, USA
Dan selepas transit di Guam, USA terus ke Honolulu
Yeeehaaa...gile excited uolsss
Perjalanan semua ok. Debo gaklaa sebab trauma dgn mcm2 kes skrg ni kan
Tp alhamdulillah penerbangan lancar hanya sesekali her cuaca tak berapa elok
Tiba di Hawaii (18jam lewat) dalam lebih kurang jam 6:50 ptg
Okeh da gelap yer..macam kol 8:00 waktu Malaysia
Ahkak boleh bagi bayangan Hawaii no mcm lebih kurang Batu Feringggi, Penang
Cuaca depa sama mcm Malaysia cuma diaorg berangin jer. So nyaman sangat
Average suhu kat sini dalam 27-30 mcm tu. Maaf aku agak jer sbb rasanya betol
Kalau malam akan lagi sejuk sebab berangin
Hotel kami memang berdekatan dengan Wakiki Beach. Fulamakkk siyes cantik
Airnya hijau dan pantainya sangat bersih
Kebetulan suami ahkak bila siang kena gi kerja
So masa ni akak amik kesempatan utk bersiar siar utk isi masa lapang
Tempat shopping???MasyaAllah. Jangan terkejut sbb sangat banyak yer
Juling bijik matooo...dari yg high class sampai lah kee seveneleven jer
Orang-orang kat sini very friendly dan baik hati
Banyak ahkak belajar kat sini dan kadang2 ter'compare' dgn negara kite.  Sangat jauh
Jgn silap faham. Ahkak tak kata budaya kita teruk atau org kite teruk tp mmg ada beza
Tahap keselamatan kat sini pun very good
Kalau ahkak jalan sorang tu kire masih berani lahh.
Normally akan jumpa mostly orang Jepun
Nak jumpa orang bertudung memang payah kat sini
So maybe this country not favourable by muslim. I guess!!!
Ada pun haritu akak jumpa sorang. Itupun macam pakistan
Negara diaorg sangat bersih dan nyaman
Maybe diaorg memang banyak terima pelancong so depa jadi peramah sgt
Ok. Nanti ahkak update lagi yer...pasti xsabar nak cerita kat uolss semuaa




No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS