HCMC Part III: Our Journey to Mekong

Wednesday, January 14, 2015

Assalamualaikum...
sihat ker semua?
saya doakan korang sihat dan bahagia hendaknya
cerita pasal Vietnam tak habis lagi
kena share dengan korang, so leh  jadikan panduan utk sesapa yang nak ke sana
maklumlah tempat orangkan...
perjalanan naik flight dari KLIA ke Ho Chi Minh City ambil masa dalam 1 jam 45 mins
lebih kurang sama macam perjalanan ke Kuching, Sarawak
masa plak di HCMC lewat sejam dari Malaysia...

Part III ni saya nak share tentang perjalanan ke Mekong Delta
kalau ke sana, tak sah kalau tak ke Mekong ni
sungai terbesar dan memang sangat besarr
so kat sana akan dibawa untuk melawat pulau-pulau kecil
saya berkesempatan melawat 2 buah pulau kat sana

dari bandar HCMC ke Mekong ni tak lama
lebih kurang 30 mins akan tiba di jeti...
cuaca kat jeti ni panas terik masa saya tiba
so diingatkan wahai kaum hawa yang tak tahan panas tu
sila sediakan topi n uv protection sesiap....
sunburn nanti tak tahuuu ekekekeke
tapi jgn risau, pada sesiapa yang terlupa
kat jeti nanti ada byk kedai yang menjual topi
topi boleh dibeli dengan harga USD1= RM3.00 laa
tiket bot saya tak pasti sebab semua tu da termasuk dalam pakej yang dibayar
owh yaa..pakej yg dibayar utk seorang adalah USD18
termasuk perjalanan pergi balik, tiket bot dan lunch
bot ni lah yang akan membawa kita ke pulau-pulau tersebut.  Kat sana korang akan berpeluang untuk melihat perkampungan mereka yang bertemankan alam semulajadi yang indah..sangat tradisional okeh..menurut kata tourist guide saya, mereka memang hidup dengan alam semulajadi sahaja, dan kebanyakkan mereka mempunyai anak yang ramai...dan difahamkan anak-anak mereka minum air beras pada masa kecil dek kerana tak mampu beli susu...tapi membesar dengan jayanya jugak dan comel-comel jerk...korang pun leh tengok kaum wanita kat sana memang selim melim, agaknya kerja kuat kot untuk mencari rezeki..kagum sangat

Antara aktiviti yang korang akan nikmati iaitu di bawa ke tempat lebah dan mereka menghasilkan royal jelly dan madu asli..

saya berpeluang untuk mencuba madu asli dan perahan limau, katanya baik untuk tubuh badan kita...rasanya sama macam kita buat sendiri...tapi madu memang ada khasiat tersendiri kan, baik untuk dibuat amalan..

Selain itu, uols akan dijamu dengan buah-buahan tempatan yang manis dan segar sambil diiringi dengan muzik dan nyanyian oleh artis kat perkampungan itu..cantik-cantik tauu...walaupun kita tak berapa faham apa diaorang nyanyi tapi layan gak lah...opss, korang jangan tak tahu, mereka tak boleh berbahasa inggeris..kalau ada pun boleh dikira...so komunikasi tu agak tunggang langgang sikit yerr..guna bahasa isyarat pun bolehhh ekekekek...

lihatlah betapa sibuknya keadaan kat sini...salute habis kat pendayung bot kecik ni...ada perempuan tua gak yang mendayung...kesian tengok tau...untuk korang yg nak bagi tips tu memang digalakkan lah...penat wooo mendayung...amik masa lebih kurang 15 mins gak dalam bot tu..atas bot ni mata saya bergerak kiri kanan ahahaha maklumlah risau takut-takut nampak En Bu*** kan..akakakaka perasaan saya jerr ekekeke

satu boat tu kami berkongsi dengan 2 orang yang lain..so total dalam bot ada 6 orang termasuk 2 orang pendayung....mereka orang susah dan sempat menunjukkan kami rumah mereka...rasa nak nangiss okeh..bersyukur kita di Malaysia ni...

Lepas merentas kampung mereka, korang akan dibawa naik kereta kuda untuk ke tempat makan sebelum pulang...seronok sangat...pengalaman yang tak dapat dilupakan...melalui kawasan perkampungan mereka...korang akan nampak mereka menjual hasil tani  mereka, buah-buahan memang fresh, geram tengok...

setakat ini sahaja cerita Part III ni...
kat sana saya sempat ronda-ronda naik motosikal di sekitar bandar HCMC
sewa motosikal separuh hari 200,000vd termasuk minyak
so, kami leh ronda-ronda kat bandar mereka untuk sesi ambil gambar
sempat jugalah kami singgah ke Hard Rock untuk rembat selai dua ole-ole

sehingga berjumpa lagi di lain hariii...tata...
assalamualaikum semua...
jaga diri kay!




HCMC Part II: Chu Chi Tunnel

Tuesday, January 13, 2015

assalamualaikum uolss...sihat?
busy uruskan anak sekolah yer?
seronok tengok sana-sini dalam fb dok post gambar anak sekolah
excited yang terlebih mak ayah nyer ekekeke
mau tak excited kan...macam kita dedulu la
dulu sekolah mungkin tak se'excited' sekarang
sekolah kat kampung, environment tak sama kat bandar
tapi kenangan zaman persekolahan lah memang tak dapat dilupakan
betul tak kengkawan?

hari ni saya nak continue entry pasal Vietnam lagi
harap uols tak jemu lah yerk...
pada sesiapa yang akan berkunjung ke sana, maybe leh jadikan panduan
kali ni saya nak cita pasal tempat wajib korang pergi bile ke Ho Chi Minh City
tempat bersejarah diaorang masa zaman perang dulu
di mana mereka terpaksa tinggal di dalam tunnel ni utk selamat
macam mana lah agaknya diaorang survive dalam tu

untuk ke Chu Chi Tunnel ni korang kena amik pakej yang ditawarkan
bagi saya yang pergi tanpa memana pakej
saya cari agensi pelancongan yang berdekatan
korang pasti akan nampak agensi pelancongan kat kedai-kedai berdekatan hotel
di sekitar Ben Thanh Market tu...korang tanya jer
kalau malas lagi..korang leh jer booking kat kaunter hotel korang
maybe the price a little bit high compare than others laaa
but still reasonable laa kott
price masa saya pergi hari tu USD14
USD 14 including transport and entrance fee
perjalanan ambil masa lebih kurang sejam setengah
akan ada 2 kali perhentian iaitu perhentian rehat
dan akan berhenti di pusat kraftangan diaorang buat lukisan
lukisan ni dibuat oleh orang kurang upaya...
cantik sangat tapi harga maak aiii, pitammm
jangan risau sebab lukisan-lukisan ni byk jual kat Ben Thanh Night Market
dengan harga yang jauh lebih murah...sooo, dun wori okeh!

sepanjang perjalanan tu nanti
korang akan menikmati pemandangan yang cantik-cantik
ada sawah padi...ada bandar kecil diaorang
so, menarik untuk korang tinjau-tinjau cara hidup depa niii
bila tiba di  Chu Chi Tunnel ni...diaorang akan explain kat korang pasal sejarahnya
ada sedikit video tentang hidup mereka pada zaman itu
pastu korang akan di bawa untuk meninjau kawasan sekitar
pada sesiapa yang berani bolehlah mencuba masuk dalam tunnel tu
saya sempat merasa juga tapi hanya bertahan untuk 25m pertama sahaja
dalam tu macam sesak nafas sebab terkurung dengan laluan yang sempit
tapi diaorang ada letak lampu kat terowong tu, tak delah gelap sangat
dalam terowong tu korang taklah bangun, hanya perlu berjalan itik
so korang bayangkanlah macam mana yer...
tapi saya kagum sebab diaorang leh survive dalam tu
siap ada tempat masak...kolam mandi...bilik-bilik kecil
dan terowong tu sejauh 200km (kalau tak silap saya)
tetapi yang ditemui hanya beberapa km sahaja..

Ini antara perangkap-perangkap yang mereka gunakan semasa perang...tajam woooo


Perangkap untuk memerangi musuh pada ketika itu..kebanyakkannya dibuat daripada buluh tajam...oucch


Tourist guide saya menunjukkan cara bagaimana perangkap itu berfungsi..mak aiii, kalau kena memang tergolek dog yer...



Ini salah satu pintu masuk tunnel tu...muat-muat badan jer..memula risau gak kalau tak leh masuk ekekekek...


Ready!!!....dalam terowong ni ada lampu so taklah gelap sangat..tapi rasa lemas sebab ruang sempit..so siapa yang phobia dengan gelap dan ruang sempit,  baik tak yah la masuk yer....ramai gak yang berpatah balik bila tengok ruang tu sempit..


saya berpeluang mencuba sendiri bagaimana keadaan di dalam tu...tapi first exit saya da keluar sebab ruang tu sempit dan saya rasa tempat ni bukan untuk saya kot..ekekekeke



yeahhh, berjaya keluar selepas melalui perjalanan lebih kurang 7 minit kat dalam tu....merangkak macam itik sebab memang korang tak leh nak berdiri yer....dalam tu tanah liat yang keras berwarna kuning...warna tanah laa senang citer

walaupun berpengalaman cuma beberapa minit sahaja tapi saya puashati dan tak tergambar bagaimana mereka pada ketika itu boleh hidup dalam keadaan sebegini..tabik spring kat depaa
selepas tu, korang boleh gak merasai pengalaman menembak
diaorang bagi korang cuba beberapa jenis senapang..
tapi saya tak cuba sebab sakit telinga dengar bunyi kuat
kalau tak salah saya, USD5 dikenakan bagi peluru
so tembaklah korang puas-puas
bagi yang tak nak menembak
boleh melawat kat tempat jualan dan melihat kawasan sekitar
so, lebih kurang separuh hari juga kami kat sini
sesiapa yang nak ke sana leh lah mencuba yer...
tak rugi tauuu..sebab tempat ni menarik untuk dilawati


Ho Chi Minh City....

Friday, January 9, 2015

hari ni aku nak share plak citer pasal Ho Chi Minh City (HCMC)
kalau da lama tak update blog memang gini lah
semua entry terperok dan sekali nak upload semua upload
bawa bertenang yer semua..kalau muak tu dok usah bukalah
dalam keadaan negara kita sekarang ni ditimpa musibah
bebanyak la bersabar, kerana ramai yang sedang bersedih ketika ini
mana yang dapat membantu silalah bantu mana yang perlu

okay, bila sebut HCMC memang semua orang akan ingat shopping
sebenarnya tak delah plan apa pun tetiba jer terdetik nak ke sana
tengok review kat blog orang lain semua kata menarik
so jom kita ke sana....ke mana lagi ke Ho Chi Minh City lah
kebetulan cuti pun tak banyak, so memang percutian singkat jer
nak kata shopping tu tak gak lah, lebih kepada tengok tempat orang
the most famous area  kat sana ialah Ben Thanh Market
memang korang akan nampak muka orang Malaysia jer kat sana
tapi macam pelik sebab bila nampak orang Malaysia semua macam buat tak kenal
memang macam tu kot!!...bukan kat sini jer aku perasan, 
pengalaman bercuti di beberapa negara lain pun sama
ok, enuff!!....jgn nyebok hal orang okeh!
Ben Thanh Market ni apa yang ada kat dalam?
macam-macam adoo...sama ada ko suka dengan tak jer nak beli
kalau kaum perempuannya dengan kain pasang
kalau lelaki ada gak tshirt, jam dan paling best tempah sut dalam sehari da siap
ohemggiii!!! gile kan...dan harganya juga murah belaka
kat sana korang tak yah risau kalau xde duit VD (vietnam dong) sebab
depa semua terima cash dalam RM, Dollar dan VD gak
so tak perlu risau okeh....dan bahasa pun sama..diaorang leh cakap Melayu
tapi basic Bahasa laa kot sebab ada certain tu tak paham apa yang kita cakap
buat sut kat sana dalam 100 dollar...murah kan?...(kain + upah)
bagi baju kurung plak bersama upah dalam RM100.00
harga  yang saya bagitahu ni rate biasa lah..tapi kalau uols pilih kain mahal
mahal la sikit kosnya yer...cotton memang banyak kat sana..
so sesiapa pengemar cotton dan lace memang banyak
sutera pun banyak...dan harga masih murah berbanding kat Malaysia
tapi korang kena bersabar sikit yer
kat dalam tu panas dan berhimpit-himpit dengan orang lain
macam saya yang tak berapa suka tempat sesak dan panas..
saya memang nak cepat ajer ekekeke...
bukan aper, kekadang tu baru nak belek kain dan kena langgar
tak sampai seminit kena langgar lagii
dalam tu tak de air cond yer kengkawan...hazabedah sikit kalau tak biasa
tapi ada jer kat sekeliling tempat tu kedai yang jual kain pasang n sutera
korang kena pandai pilih kedai yang selesa

selain itu juga, kalau uols berkesempatan ke sana
jangan lupa untuk mencuba buah-buahan tempatan kat sana
semua buah tu serupa jer kat Malaysia tapi super duper manis dan gebu
ahahahhaha macam ne lah buah leh gebu kan..



















korang bayangkan buah-buah tu segar dan besar dan manis 
macam tu lahh nak digambarkan
bunga-bunga segar pun murah kat sana
tapi sedap untuk dipandang jer la..nak beli bukan boleh bawa balik pun kan
jus buah-buahan juga sangat best....pure dari ladang yerr
kalau minum air tebu diaorang ada campur limau sikit...masyukkkk rasanya
bagi mereka yang beragama islam
jangan risau..sekarang da banyak kedai-kedai halal kat sana
rata-rata disekitar Ben Thanh Market tu ada jer korang akan jumpa
cuma kena dengan selera ke tak jer..
so far hari tu kami tinggal di hotel berdekatan dengan Restoran Serai
memang siang malam pagi petang lah kami makan kat situ
harga makanan halal kat sana sedikit mahal sebab mungkin susah nak dapatkan stok agaknya
tapi dun wori sebab memang senang nak cari kedai halal
so tak perlu bawa bekal bagai-bagai
cuma perlu space kan ruang kosong untuk barang uols shopping ajer laa



setiap malam kami akan minum air tebu fresh ni..kat sana cuma 15,000vd sahaja..
harga kat sana kalau nak compare dengan kat Malaysia
sebenarnya lebih kurang sama
mungkin berbaloi kalau korang beli borong kot
bagi saya yang datang untuk beli barang sendiri ni
saya rasa pilihan di Jalan TAR, KL pun lebih kurang sama jer...

yang ni plak buah ceri vietnam katanya...
kat restoran Sri Penang tu bagi kami rasa
makan tu cecah dengan garam..terbaik
rasanya macam buah cermai kot..ada masam-masam manis
comel lote jer buahnyaa....

ini pula keadaan pasar malam kat Benh Thanh Night Market
barang jualannya sama macam siang tu tp kain pasang xbanyak sangat
cuma, kalau korang nak beli lukisan atau gambar
korang boleh beli kat sini...murah berbanding di dalam Benh Thanh Market sendiri
bagi aku yang memang tak plan nak beli apa...
sempatlah beli lukisan yang dibuat dari kulit telur dan sedikit ole-ole untuk keluarga n kawan 
situasinya tetap sama macam pasar malam tempat kita jer

Kat sini saya nak share beberapa tips bila korang ke Ho Chi Minh City:
  1. Jangan naik teksi lain selain VINASUN.  Kat airport nanti korang leh nampak kaunter VINASUN.  Kenapa saya suggest teksi ini?..sebab hanya teksi ini menggunakan meter yang betul...dan harga yang dikenakan adalah murah berbanding teksi-teksi lain...jika dari airport tu ada teksi mengenakan 450,000vd tetapi kalau korang naik VINASUN untuk ke hotel berdekatan Benh Thanh Market tu, tambang yang sepatutnya 140,000vd shj dan kebiasaannya akan ada additional charge dalam 10,000vd (maybe tips utk driver tu kot)..tapi consider murah..ingat yer..naik teksi VINASUN....
  2. Trick tawar menawar kat Benh Thanh Market tu..korang kena tabah hati sikit...biasanya diaorang akan tanya korang harga yang korang mahu...so terus letak harga yang korang nak tapi kenalah munasabah..memang memula diaorang tak nak bagi...pastu apa korang kena buat korang jalan jer tinggalkan kedai...i am sure diaorang akan panggil uols semula...so ingat...da tawar kalau dia tak bagi, korang tinggalkan jer kedai dan kalau memang rezeki korang diaorang akan panggil korang semula...eheheheh best tak?


Our 1st Anniversary@Hawaii, USA

Monday, January 5, 2015

penutup untuk cerita Hawaii tu,
aku nak share sikit
kebetulan sebelum aku balik
sempatlah sambut 1st Anniversary kite orang
tak de la istimewa sangat pun
tapi cukuplah kami berdua rasa happy
bahagia ni tak semestinya kita kena create mende2 mewah
bahagia ni terletak pada orang tu sendiri macam mana nak gubahnya
kite ikut kemampuan, kita semai dengan kasih sayang
kebolehan bertolak ansur, InsyaAllah...

pejam celik pejam celik
pantas betul masa berlalu
memang semua berlaku terlalu pantas rasanya
tapi Alhamdulillah berkat restu ibu bapa
semuanya berjalan dengan baik
dan paling tak disangka bertemu dengan seseorang
yang tak pernah terfikir dek fikiran untuk menjadi
peneman dunia dan akhirat...insyaAllah
moga jodoh kami akan dipanjangkan sehingga akhir hayat
bila ingat semula segala dugaan yang melanda
hati jadi sebak, kekuatan diri rasa tak tertanggung beban
tapi alhamdulillah, sabar tu penting
mungkin hari ini orang benci kita, esok lusa ada yang sayang

selama setahun bersama
syukur sangat kerana dihadiahkan oleh Allah
satu hadiah yang tak terjangka
aku masih ingat lagi
pada malam 1 Ramadan dua tahun lepas (2013)
masa tu fikiran kusut sangat
pelbagai masalah ada terbenam dalam hati ni
lepas-lepas berterawikh hati tergerak untuk memberanikan diri
mengerjakan solat istiharah
buat pengetahuan korang, aku takut sebab takut tak leh terima
kenyataan, almaklumlah manusia ni suka mende yang dia suka
jika sesuatu berlaku diluar kesukaan tu memang susah nak terima
tapi ntah kenapa malam tu aku memberanikan diri
berani untuk terima segala jawapan setiap doa yang ku panjatkan
moga ini adalah masa yang sesuai untuk aku
dalam bait-bait doa ketika itu aku masih ingat sampai sekarang

"Ya Allah, jika dia bukan jodohku, Engkau tariklah dia jauh dariku
Namun, aku mohon agar aku tidak terasa kesakitan itu"

ketika itu aku da penat nak tanggung segala sakit hati
penat dengan semua drama-drama dunia
Alhamdulillah, satu persatu aku diperlihatkan
Maha Besar Kuasa Mu Ya Allah...
dalam masa sebulan, aku diperlihatkan petunjuk
benarlah sesungguhnya Ajal, Jodoh Pertemuan itu milik Allah
mungkin pahit bagi kita tapi perancanganNya lebih baik

Kami mengikat tali pertunangan tak sampai 2 bulan
atas sokongan dan permintaan keluarga juga
kami bernikah dengan persiapan yang very minimal
alhamdulillah semua berjalan lancar...
dengan keizinan kedua ibu bapa kami yang merestui kami
masih segar semua apa yang berlaku...
apa yang mampu aku ucapkan ialah
aku sangat bersyukur atas apa yang berlaku
selamat tinggal kisah sedih
dan datang warna-warna ceria dalam hidup aku

buat korang yang tengah bersedih
percayalah, akan datang sinar cahaya kegembiraan
ingat Allah selalu bukan hanya disaat sukar tapi saat bahagia jua
sekarang kami menikmati kebahagiaan
doakan hubungan kami akan terus kekal bahagia hingga ke anak cucu...
ameen....



Hawaii Part 4: Polynessian Cultural Village, Honolulu

Friday, January 2, 2015

woot wooott cerita Hawaii tak abis-abis lagi
bila nak abis agaknya tak tahu lah
asyik ada jer tergendala, plus memang tak rajin la kan
the most amazing part bila kat Hawaii ni
korang jangan lepaskan peluang untuk ke sini
kat mana tuh? kat Polynessian Cultural Centre
bila korang da sampai sana,
korang akan nampak melambak agent yang promote
untuk ke tempat ni...sebab ini salah satu tempat yang wajib
wajib yerr untuk pergi...
perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam
orang kat sana bawa keta tak laju macam tempat kita
semua dalam 80-90km/j jer...sopan santun sangat
pastu tertib di jalan raya
kalau diaorang nampak orang nak melintas jalan
kompom diaorang akan berhenti
sangat-sangat berbeza dengan kat sini
ini satu perkara  yang aku puji selain keramahan mereka
tiket masuk aku da tak ingat berapa la yerk..
sebab semua agent akan uruskan

tibe depan entrance tu
tetiba jer ada orang bagi salam
rupanya ada sorang student from Malaysia
yang tengah kerja part time as tourist guide kat situ
wahh, ada gak orang Malaysia kat sana
amatlah jarang yer nak jumpa orang Malaysia
so kat Polynessian Cultural Village ni
diaorang ada pertunjukan semua kaum kat Hawaii
ada Tahiti, Tonga, Fiji dan banyak lagi
paling menarik depa ni semua lebih kurang kulit kita
kulit tan macam kekita jugakk
cantik-cantik yang perempuan
dan tough body bagi lelaki..nampak hebat sangat

korang tengok, body depa amacam?...memang body diaorang nampak sasaaa, ok!....hurrmmm

ngeri yang kelir lidah tuh...masa aku gi tu diaorang announced ada taufan Ana kat sana, tapi alhamdulillah dipermudahkan urusan kami cuma hujan renyai-renyai dan angin sedikit kuat dari biasa...kan udah bilang cuacanya sama aja dengan Malaysia..so bagi kita mende tu normal jer....

adik manisss....mostly depa ni student yang buat part time kat sini....ada beberapa orang yang kami jumpa berasal dari Indonesia, diaorang kerja part time kat sini bila masa cuti and tak de kelas...menarik kan?...

masa ni kami dibawa naik perahu keliling kampung...kampung bukan macam kampung besar pun, kampung kat dalam kawasan situ gak laa...sangat fantastic okeh...bersih, hijau dan landskap dia superb

masa ni kami tengah tunggu pertunjukkan dari setiap kaum kat Hawaii..diaorang akan menari-nari dalam bot pusing tasik....korang leh tengok yang perempuan bergelek, yang lelaki plak tayang badan, diaorang akan buat hula dance...menariklah sebab happening dengan gendang bagaiii....

setiap perkampungan mewakili kaum masing-masing..mereka akan persembahkan adat mereka kat tourist macam kita...tapi seriously korang akan suka sebab selain orang-orangnya ramah and very friendly, suasananya lebih kurang sama dengan tempat kita sendiri, ada pokok kelapa, buah kelapa, mereka pun guna kukur kelapa yer...jgn terkejut...so sesiapa yang bercadang nak ke Hawaii, mesti pergi tempat ni kay...korang kena allocate kan lebih kurang sehari utk pusing-pusing tempat ni sebab sebelah malam

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS