Resepi : Sambal Hiris

Wednesday, March 18, 2015

hari ni saya nak share resepi paling mudah & ringkas tapi sedap
tak caya, balik nanti cubalah buat
memandangkan saya juga bekerja
waktu nak memasak tu agak terhad
kekadang tu da balik rasa malas menjelma
perut pulak lapar dan minta diisi
so saya sharekan masakan mudah dan sedap
korang makan dengan nasi panas memang terbaik
bahan-bahannya juga amat mudah didapati kat dapur kita
maklumlah kekadang tu time nak masak lah semua habis kan
jom kite masak resepi ni....



















SAMBAL HIRIS

Bahan-bahannya;

Segenggam ikan bilis (ikut suka nak berapa banyak)
Sebuku bawang merah (besar) dihiris
Sebiji kentang (dihiris)
Lada Besar ( dihiris)
Lada cili 6 biji (dihiris)
Sebiji tomato (optional)
Minyak masak 2 sudu besar
Sedikit garam


Cara memasak

1. Semua bahan-bahan hendaklah dihiris terlebih dahulu dan ikan bilis hendaklah digoreng garing.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan kentang yang telah dihiris.  Gorengkan sehingga kentang lembut.
3. Masukkan ke semua bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis dan kacau sehingga bahan-bahan tersebut sebati atau layu sedikit.
4.  Selepas itu, masukkan ikan bilis dan tomato juga digoreng bersama-sama bahan-bahan yang lain.  Kenapa perlu masukkan ikan bilis lambat bagi mengekalkan keranggupan ikan bilis tersebut.  Tambahkan garam bagi menaikkan rasa dalam masakan anda.  Dalam masa 2 minit matikan api dan boleh dihidangkan.

Makanan ni kalau dimakan dengan nasi panas memang terbaik....
Sekian, resepi ringkas untuk wanita bekerjaya macam kita ni
Tak sampai 10 minit masakan da siapp
Selamat mencuba kengkawan....muahh

Jom lepak Dataran Putra

Thursday, March 12, 2015

Assalamualaikum semuaa
aku tanya apa khabar...kekekeke
jaga diri tau sebab sekarang ni musim panas
rindu plak nak mengomel dalam blog
kali ni dapatlah curi-curi masa sikit nak update
(macam konfiden jer ada  yang baca)
kali ni saya nak share sikit dengan korang
sesapa yang tak tahu nak gi bawa anak-anak main-main
leh datang ke tempat ni
memang happening tempat ni, sesilap haribulan memang tak de parking
especially bila hujung minggu
berduyun-duyun yang datang ni utk beriadah
korang leh sewa macam-macam mainan kat sini
macam basikal yang saya naik tu, RM10 utk 20 minit
tapi korang leh nego laa, kalau diaorang baik hati dapatlah 25-30 mins
so korang leh la pusing-pusing tawaf kat Dataran tu naik beskal tu

abaikan sekujur tubuh debab di situ...
rata-rata orang yang saya sembang masa kt sini
bukanlah dari penduduk sekitar
tapi mereka datang dari Hulu Langat, Puchong, Shah Alam
dan kawasan-kawasan sekitar termasuk Seremban dan KL juga
yang paling seronok biasanya kanak-kanak la kan
kita yang dewasa ni tumpang sekaki jerr

tengok tu...enjoy kan naik basikal
dapat keluarkan peluh, hati pun senang
kat sini bukan jer ada basikal
tapi korang leh naik scooter jugak
naik scooter bateri jer tak perlu kayuh-kayuh
korang press and tekan brek jerr
tapi awas tauu sebab terlalu ramai umat 
so jaga-jaga takut terlanggar

tengok tu, ada roller blade jugaa
yang ni sewa RM10 dan main sampai penat
kalau yang tak pandai tuu, memang lumat tulang tongkeng
mana taknya, asyik jatuh memanjang
tapi ada gak yang saya tengok gigih bermain
walaupun jatuh bangun melebihi dari tapak berjalan
ekekekekeke seronok tauuu...
kalau utk baby-baby plak, boleh naik kereta yang control tu
parents leh control kereta tu jadi tak delah kereta tak bergerak
makanan dan minuman juga ada dijual
makanan ringan cam naget, burger, rojak buah
dan aiskrim punya banyakk
saya kompom korang akan suka tempat ni
tapi bebaru ni saya dengar akan bertukar tempat
cuma tak pasti jadi ker takkk
kalau korang nak ke sini
landmark nya adalah Masjid Putra jer
kat depan tu laaa tempat niii
biasanya diaorang akan mula dalam jam 6.00 ptg
dan akan tamat lebih kurang jam 1 pagiii
sooo, apakata kita jumpa di siniiii
sesiapa yang rasa nak piknik pun boleh
bawa tikar dan makanan jerk
tapi make sure lepas tu kena buang sampah di dalam tong sampah
kebersihan kenalah jaga kan...
selamat berliburrrr..daaaa

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS