Resepi : Sambal Hiris

Wednesday, March 18, 2015

hari ni saya nak share resepi paling mudah & ringkas tapi sedap
tak caya, balik nanti cubalah buat
memandangkan saya juga bekerja
waktu nak memasak tu agak terhad
kekadang tu da balik rasa malas menjelma
perut pulak lapar dan minta diisi
so saya sharekan masakan mudah dan sedap
korang makan dengan nasi panas memang terbaik
bahan-bahannya juga amat mudah didapati kat dapur kita
maklumlah kekadang tu time nak masak lah semua habis kan
jom kite masak resepi ni....



















SAMBAL HIRIS

Bahan-bahannya;

Segenggam ikan bilis (ikut suka nak berapa banyak)
Sebuku bawang merah (besar) dihiris
Sebiji kentang (dihiris)
Lada Besar ( dihiris)
Lada cili 6 biji (dihiris)
Sebiji tomato (optional)
Minyak masak 2 sudu besar
Sedikit garam


Cara memasak

1. Semua bahan-bahan hendaklah dihiris terlebih dahulu dan ikan bilis hendaklah digoreng garing.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan kentang yang telah dihiris.  Gorengkan sehingga kentang lembut.
3. Masukkan ke semua bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis dan kacau sehingga bahan-bahan tersebut sebati atau layu sedikit.
4.  Selepas itu, masukkan ikan bilis dan tomato juga digoreng bersama-sama bahan-bahan yang lain.  Kenapa perlu masukkan ikan bilis lambat bagi mengekalkan keranggupan ikan bilis tersebut.  Tambahkan garam bagi menaikkan rasa dalam masakan anda.  Dalam masa 2 minit matikan api dan boleh dihidangkan.

Makanan ni kalau dimakan dengan nasi panas memang terbaik....
Sekian, resepi ringkas untuk wanita bekerjaya macam kita ni
Tak sampai 10 minit masakan da siapp
Selamat mencuba kengkawan....muahh

No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS