dugaan kami

Tuesday, April 21, 2015

setiap dugaan yang datang dalam hidup kita
pasti akan ada hikmahnya
tak kiralah sama ada kita suka atau kita tak suka
dalam tempoh beberapa minggu ni
banyak betul dugaan buat kami
ada berita yang mengejutkan
Ahad lepas bertarikh 12 April 2015
lebih kurang jam 2.00 petang
saya terima panggilan tentang pemergian
arwah atok (ibu kepada ayah ) saya
kami panggilan atok gak walaupun perempuan
berita ini amat mengejutkan kerana nenek tak sakit
amat mudah pemergiannya
tapi amat mengejutkan buat kami semua
tapi kenalah redha kerana ini ketentuannya



















Allah lebih sayangkan atok
dan buat pertama kalinya
aku mengagahkan diri untuk bersama-sama untuk mandikan jenazah
sebelum ni masih tidak ada kekuatan
tapi kali ni, rasa nak berkhidmat untuk atok buat kali terakhir
kami beramai-ramai memandikan jenazah atok
wajah atok nampak tenang dan bersih sekali
moga atok tenang di sana
Alfatihah buat atok...




















balik jer dari kampong di muar
anak buah kesayangan plak admitted kat KPJ Shah Alam
cianlah bila budak kecik-kecik masuk spital kan
tambah plak mak sedara dia ni memang tak leh tengok jarum
aduhaiii, ngilu jer rasanyaa
so lama gak la si Isha ni admitted..
bertapa laa mama dia kat hospital 11 hari
bila ada masa terluang tu datang gak lah menjengok
so now baby da sihattt
da aktif macam biasa..yay!





















lepas jer baby Isha discaj
mak mertua pulak dikhabarkan admitted
masyaAllah dugaan betul buat kami sekeluarga
and now keadaan Mak da getting better
so far lung infection almost cure
but still under medication by specialist
Mak admitted kat Seri Kota Specialist, Klang
pas balik kerja memang tak tengok aper
terus ke hospital untuk jengok Mak
masa ni lah dia perlukan sokongan dari anak-anak
so sejak beberapa hari ni, alhamdulillah keadaan mak bertambah baik
selera makan mak juga baguss
ada sikit tenaga, kalau tak mak tak de selera makan
doakan Mak saya sihat seperti sediakala okeh
dan moga dugaan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kami



 buat korang
jangan lupa jaga kesihatan okey
byee!!!


Ho Chi Minh City lagii............

Thursday, April 9, 2015

















saja nak habaq kat hang
last week saya ke Ho Chi Minh City lagi
gilaa kan...
tapi kali ni kami pergi berjemaah
bawa keluarga sekali
so memang seronoklah bila dapat gi reramai
disebabkan ini kali kedua
makanya, da biasalah dengan tempat di sana
tapi kali ni banyak belajar sikit
kalau sebelum ni tak tahu kedai makanan halal mana murah
kali ni kami da berani explore sikit
cuma rasanya tu tetaplah tempat sendiri sedap
untuk isi perut tu bolehlah
yang penting kena pastikan halal makanan tersebut

kali ini kami menginap di Halo Hotel, District 1
hanya 3 minit sahaja jalan kaki ke Ben Thanh Market
so dont worry lah sesat ke apa ker
memang korang kuar-kuar hotel terus nampak
pintu belakang Ben Thanh tu..so just masuk jerr
hotel ni tak de lah hebat sangat
tapi boleh lah menampong kami
sewa hotel semalam dalam 45usd
korang-korang semua kat sana hotel guna USD yerr
bab hotel ni biasanya bergantung kepada bajet korang
mungkin ada yang lebih bajet, boleh amik yang best sikit
tapi di sekitar Ben Thanh tu banyak hotel yang menarik
cuma masa kami nak booking tu dah tak de kosong

percutian singkat kali ni
fokus kepada shopping baju raya katanya
tempat yang kami sempat lawati adalah Mekong Delta jerk
Chu Chi Tunnel kami tak pergi sebab ada kanak-kanak
takut mereka penat nak berjalan...
gi Mekong tu memang menarik laahhh
semua excited naik rowing boat depa
kesian kalau tengok sebab makcik tua-tua dok mendayung sampan
kalau korang gi sana, jangan lupa bagi tips kat diaorang tau
sebab diaorang ni orang susah...
sekali trip mendayung tu dalam bape sen je upah mereka
perjalanan adalah dalam 15 minit juga...jauh okeh
kita akan dibawa menyusur anak sungai Mekong tu..
best gilee sebab dapat merasai sesuatu yang baru
untuk pengetahuan korang, trip ke Mekong ni lebih kurang 390,000 vnd
kalau usd tu lebih kurang 18-20usd sahaja
perjalanan dalam sejam lebih dari Bandar Ho Chi Minh
dan masa yang diambil untuk semua aktiviti ini adalah sehari
so petang gak la korang akan sampai ke hotel semula
tapi kalau gi korang mesti cuba tauuu
menarik sangat...
jom layan gambar!!!









kat HCMC gak leh dapatkan Karipap, DOnut dan Kuih Bingka Ubi yang sedap, boleh dikatakan hehari kami tunggu akak ni datang jual kuih.  Kuih dia tak de beza dengan rasa kat Malaysia lah...kalau nak dapatkan mende ni, korang kena berada atau menginap kat area SiagonPink 2 Hotel atau Silverland Hotel..area-area tu akan banyak kedai makanan Halal....

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS