New York Part II

Thursday, August 20, 2015

Assalamualaikum semua
Lamanya rasa tak update blog
Since masa tak banyak, so banyak mende tergendala
Tapi kesayangan-kesayangan saya mesti setia menunggu
Entry tentang saya ke New York pun da basi kan
Tapi takpe, saya nak cerita juga
Nak kongsi pengalaman dgn uols semua
Bukan niat nak membangga tp manalah tahu boleh membantu
Masa selama 9 hari kat sana mmg dimanfaatkan dengan baik
Tp awal dua hari tu saya tak berani lagi keluarkan sorang diri
New York berbeza dengan Hawaii
Saya lebih selesa ketika berada di Hawaii
Dari segi kemesraan orang-orangnya hinggakan persekitaran
Pendek kata kat Hawaii saya lebih rasa selamat
NY bandar Metropolitan, so orang serata dunia ada kt sana



Oh ya...tempat palig happening pon ada kt NY
Times Square memang happening gilerrr
Bersesak-sesak nak berjalan sebab mmg tempat tumpuan utama kalau kat NY
Apa yg ada kat Times Square? Erm..banyak lampu-lampu
Ada banyak skrin-skrin besar...port lepak yg best utk remaja2
Bagi mak mak budak mcm saya ni, dok memerhati jela
Kat sana senang nak cam jalan, dia pakai Street or Avenue
Senang cite korang kena hafal nombor street korang
Then just follow je building2 kat situ dan takkan sesat laa
Bangunan kt sana semuanya pencakar langit
Memang tak yang rendah-rendah...semua kena donggak kalau nak tengok
Masa saya kat sana, pukul 5 pagi da terang mcm kol 7 kt Malaysia
No wonderla mat saleh leh jogging sebelum gi keja kan
Memang cool sangat okeh kat sana



Kesempatan kat sana saya gunakan utk gi shopping
Alamak, bukan shopping sangat pon
Tp mmg wajibla pergi outlet terbesar di dunia
Woodbury Common Outlet!!!!...gile ko besaqq sangat
And, harga mestilah murah belaka
Menetes ayaq idong ok. Tak caya pergilaa
Perjalanan dr Manhattan ke Woodbury Common ni dalam sejam lebih gak
Lebih kurang dr Kolumpo ke Melaka laa mcm tu
Bayaran dalam 40usd sekepala. Mahaiii kooo
Pi awal pagi then balik lewat petang
Korang kata lama???bile da kat sana memang tak sedar okeh
Tgok2 jer dah petang tp barang byk lagi tak tengok
Haaa....boros sangat bunyinya tu kan
Kalau bernasib baik dpt extra diskaun lagi
Tp harga tak diskaun pon dah holeh buat korang sengih kambing ehehhe




Kat negara mat saleh ni diaorg memang suka jalan kaki
So memang tabik spring la sbb kat sana aku pon berjalan kaki gak
Sekali sekala tu naik subway...one trip 2.75usd
Tak kirelah korang nak gi jauh mana pon
So map subway tu leh install dlm hp korang
Then macam biasalah kena ingat street mana korang nak gi
Then tgok station yg korang patut berhenti
Memula tu pening gak nak faham warna dan nombor2 train
Tp lelama tu okla walaupun meraban2 gak
Kebetulan masa kat sana saya ada geng
Isteri sorang diplomat tu teman saya berjalan
So leh la lepak2 kat Central Park..famous tempat ni utk shooting filem
Tp saya tak pusing habislah. Tak larat sbb besar sangat
So mmg ramailah orang dok piknik or melepak kat sana
Kami pon ala-ala gak laa dok bawah pokok perati orang ehehehhe
Memang cool babe...hijau dan tenang jer rasa
Central Park ni kalau kat London mcm Hyde Park laa

saya tak dapat nak kongsikan banyak pic...takut meluat plak nengok kang
so, sipi-sipi jer ahkak banjer okeh
jangan kata akak tak payung plak


oklah,,nantikan update dilain hari yaa...assalamualaikum




 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS