Krabi, Thailand

Tuesday, November 15, 2016

kali ni nak update throwback story
bulan Oktober adalah bulan Anniversary kami
so normally jika diberikan kekuatan dan kesihatan
memang kami rancang untuk pergi bercuti
so since tiket dah dibeli awal...alhamdulillah percutian kami berjaya
tapi kali ni pi dekat-dekat jer
janji dapat spent time together
kalau hari biasa tu memasing sibuk
especially Encik Suami yang selalu travel

Syukur alhamdulillah
pejam celik pejam celik da masuk 3 tahun usia perkahwinan kami
baru setahun jagung jer...baru mula nak kenal diri pasangan
dan alhamdulillah juga kerana dugaan dan rintangan dapat kami harungi bersama
dalam perkahwinan ni kita takleh nak harap yang indah macam dalam drama 
kena terima hakikat baik buruk pasangan kita
dan pada masa yang sama kita pun kena pandai tackle pasangan kita jugak
apa yang diaorang suka, apa yang diaorang tak suka
semua tu kita kena ambil kira jugak...jangan main hentam aje tau
hidup berpasangan ni kena banyak tolak ansur
sebab kekadang tu apa yang kita suka dia tak suka
apa yang kita tak suka dia suka
so part ni maybe kita tak nampak masa kapel
jadi suami atau isteri kena pandai tackle pasangan masing-masing

Alhamdulillah saya dikurniakan pasangan hidup yang terbaik pada saya
tak kira lah pada orang lain macam mana kan..yang nak hidup dengan kita ialah dia
suami banyak support dan sentiasa ada di saat suka duka kita
iyerlah kekadang ada masa kita rasa down...or dia rasa down
kitelah yang kena support dan berada di sisi dia
sakit dia, maka sakitlah kita...ingat tu...kena banyak sabar tau

destinasi kali ni kami pilih Krabi
wow...dengar Krabi terus terbayang pulau yang cantik
yes, memang sangat-sangat cantik Krabi ni
dan yang paling aku suka ialah makanan kat sana
senang sangat nak cari makanan halal sebab ramai orang melayu kat sana
plak tu tak de lah banyak beza makanannya dengan kat Malaysia
korang leh jumpa roti canai, nasi lemak, dan yang penting Teh Ais dia sedap gillll okeh
tapi nak share banyak tak boleh sebab saya byk terdelete gambar-gambar kat sana
so apa yang saya boleh share kan saya share
mana tahu ada kengkawan yang nak ke sana kan
boleh dijadikan panduan mungkin

sesampai airport terus amik cab untuk ke hotel
tambang teksi dari airport ke hotel di Aonang Beach lebih kurang 600thb
ini memang standard rate dia dan kereta pun baru masa time aku naik tu
ada juga bas disediakan tapi ambil masa lama sikit nak sampai
tambang dalam 150thb...masa pun mesti lebih lama
kalau naik teksi dalam 45 minit sampai ke Aonang Beach tu

last minit kami booking hotel, hotel bebiasa jer
sebab short vacation so ambil yang bebiasa sebab aktiviti byk kat luar jer
kami amik hotel Buri Tara Hotel....dekat dengan Aonang Beach cuma tak menghadap beach lah
kos penginapan kami lebih kurang RM190 semalam (itupun sebab pool access)
hotel ni leh dapat harga murah lagi sebenarnya kalau bilik biasa-biasa jer
booking kami memang selalunya menggunakan Agoda...
jimat, murah dan mudah...senang kan!


inilah keadaan bilik dia....buka-buka sliding door terus kolam renang
so anytime korang nak terjun leh terjun
tapi aku tak sempat pon nak terjun sebab tak de masa pon


ada balkoni, so leh lah berkasih sayang memalam kat luar tu
tapi badan dah penat, tak sedor apa dah eheheheheh
hotel ni memang aku recommend lah kat korang
tak  nak amik yang pool access pun
korang leh amik yang bilik standard jer...
lainlah kalau korang gi honeymoonkan memang nak dok bilik aje 
eheheheheheh opsss...

kalau nak cari makanan pon senang kat hotel ni
korang keluar jalan kaki jer banyak kedai makan
ada food street yang buka dari jam 9.00 pg sampai 9.00 malam
jalan kaki dalam 5 minit jer dari hotel ni
nak ke Aonang Beach pun boleh jalan kaki jer
tapi saya suggestkan korang naik motor
sewa motor kat sana murah
haritu saya sewa dalam 200THB untuk 24 jam
memang berbaloi sangat...isi minyak then leh pusing satu Krabi
kat sana tak wajib pakai helmet pon tapi saya pakai sebab takut
ehehehhe seronok merempit kat Krabi..
orang Malaysia pun ramai kat sini...
dan orang-orang Krabi pun ada yang boleh cakap Melayu
motor korang leh sewa dengan hotel jer sebab hotel tempat saya stay ni
ada menyediakan sewa motor bagi yang berminat
hari kedua plak kami plan untuk ke pulau-pulau
yahuuu.....
pakej untuk ke pulau-pulau ni banyak tau
korang leh pilih memana jer agent yang korang suka
kos island hoping untuk seharian dalam 600THB seorang
pastu kena reserve kan 400THB untuk national park fees
so total dalam 1000THB kena standby seorang
national park fees tu ada yang terus kena bayar
dan ada gak yang dipungut masa dalam bot sebelum bertolak
macam saya cakap tadi, oleh kerana gambar banyak terdelete
jadi saya pendekkan entry saya ke Krabi ni
nak tunjuk lelebih semua da ter'delete' so sisa-sisa yang tinggal jer leh tunjuk

berbalik kepada pakej untuk ke pulau tadi
kalau korang nak privacy kan
korangleh jer sewa 'long tail boat' kat sana
kos 2200THB satu bot...so kalau pi berempat memang berbaloi
kami pun baru jer ternampak pakej ni lepas balik dari island hoping
so ralat gak sebab ramai mat salleh yang amik pakej ni
sebab privacy dan tak ramai dalam satu bot
dalam pakej ini ada termasuk makan tengahari sekali
jangan risau,,,korang leh jer tanya pakej tersebut sediakan makanan halal ke tak
normally diaorang akan bawa ke restoran halal
so pas penat-penat dok dalam bot, leh makan sedap
dalam bot pun ada disediakan air coke or mineral
pastu diaorang akan bagi buah masa atas bot
last sekali iaitu acara kemuncak dimana diaorang akan bawa korang ke satu tempat
pastu korang leh terjun dan snorkeling 
cantik tau kat sana..terutama Maya Beach tempat Leonardo Dicaprio berlakon cite The Beach tuu...air dia hijauu dan jernihh,....cantik sangat

ini masa kat first stop....

masa ni dah excited dah nak berenang...
tapi tak berenang pun sebab berhenti dalam 30 minit jer
lepas tu teruskan ke Phi-Phi Island...sepanjang perjalanan tu cantik sangat
untuk sampai ke sini dari Jeti ambil masa dalam 20 minit jugaklah
tapi korang mesti suka sebab cantik sangat Krabi nih

tengok...hijau kan air dia..jernih sangat tauu...
sepanjang perjalanan dalam bot korang leh tengok panorama macam ni
geram jer rasa nak turun ehehehehe




nilah Long Tail Boat yang saya ceritakan tu
bagi sesiapa yang datang dengan kengkawan

sesuai sangat naik boat ni sebab privacy tau
korang leh jer minta diaorang bawa kat celah-celah batu kat tengah laut tu
kalau bot besar memang takleh nak celah dah laa

aiskrim kelapa nikorang kena try tau
so masa berhenti lunch kat Phi Phi Don island

korang cuba aiskrim kelapa ni
harga dalam 50THB sahaja
rasa dia memang sedappp
makan plak tengah panas, toerbaikk sangattt







oklah belanja satu gambar kami masa kat Maya Beach
kat sinilah tempat Leonardo berlakon dalam cita The Beach tu
dia macam lagoon tapi jadi femes selepas cerita tu
pesanan buat korang yang nak mandi
hehati sebab pantai dia bahaya sikit
dari landai terus tetiba dalam
so pakai jer life jacket bagi sesiapa yang tak pandai berenang tu
dah dulu yer...nantikan update dari saya di entry yang akan datang...
stay tune darling..muahciked!







Resepi: Sotong Goreng Kunyit

Friday, November 11, 2016

Assalamualaikum semua....
Salam Jumaat dan apa khabar?
Moga kita semua sentiasa sihat sejahtera dan di dalam lindunganNya
so semua nampak ceria jer kan..ni mesti arini hari Jumaat kan
esok adalah hari bersama keluarga...
macam-macam plan dalam kepala korang kan
apa pun adik-adik, kakak-kakak semua jaga diri tau
keselamatan semua adalah keutamaan kita..
sekarang ni macam-macam boleh berlaku
walaupun kadang-kadang bukan kecuaian kita pun

hari yang barakah ini
ahkak nak share resepi mudah lagi kacang goreng
hakak percaya korang kejam mata jer da boleh buat
tapi awas yer, jangan masak sambil kejam mata plak
kang takut lain plak yang jadinya...hakak jugak salah *tangan kat bahu*
resepi hari ini akak baru jer masak malam tadi
Encik Suami kata nak makan simple-simple ajer
so terus dapat idea masak resepi ni
lepas makan terus mendapat pujian
Alhamdulillah....suami suka
iyerlah kan, kita ni sebagai isteri kena jaga perut suami
kena rajin tanya suami nak makan ape
bila suami pujian masakan tu terus rasa diawangan sangat
jadi hari ni jom kita masak Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

5 ekor sotong...untuk 2 orang makan
3 batang kacang panjang
7 biji cili hijau (kepedasan ikut suka)
2 sudu kecil kunyit serbuk
1 bawang besar dihiris
sedikit minyak
garam halus

Cara memasak

1. Potong sotong mengikut size yang anda suka...jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Korang kena buang yer selaput yang nipis warna purple kat luar kulit dia tu...bagi dia putih melepak gitu..lepas basuh kita perap dengan serbuk kunyit dan garam keseluruh sotong.

2. Sementara perapan kita sebati, kita boleh siapkan bahan-bahan yang lain.  Sesambil tu panaskanlah minyak.  Ok, minyak jangan banyak sangat tau..tak perlu sampai tenggelam sotong, cukup sekadar sotong kena minyak jer..manje-manje jer ukuran minyak dengan sotong.

3. Sotong digoreng sehingga masak atau garing, Korang kena balik-balik kan sotong sampai minyak tinggal sikit dan bumbu atau kunyit jadi garing.  Atau lebih senang minyak dia tinggal sikit jer...dan sotong nampak garing dan masak.

4. Masukan bawang besar yang dihiris tebal, kacang panjang dan cili padi selepas sotong masak, kecilkan api dan gaul semua sebati sehingga naik bau.  Sotong dan bahan-bahan lain nampak sebati then boleh angkat.  Sedap kalau makan dengan nasi panas tau.  Sotong ni tidak berkuah yer..tapi kalau korang nak letak kuah pun boleh gak...kena masukkan asam keping bagi yang berkuah...

Selamat mencuba...

Doakan hakak rajin lagi utk update resepi lain...daaaa
Selamat berhujung minggu

Resepi Kuih Keria

Thursday, November 10, 2016

hoccay, disebabkan hari ni ahkak gumbira (yang tak tahu kenapa)
so hakak update lah entry banyak sikit dari biasa
kalau tiba time malas tu, mak aiiii jengok blog pun tidak
bukan apa sekarang ni hakak banyak sangat mende kena buat
bukan sesuka tak nak update....tapi ada ke orang baca yer
ahahahhaa sesuka jer update blog ni pon..utk bacaan sendiri

hari ni jom kita belajar masak
esokkan jumaat, pastu kan sabtu
so sabtu korang mesti rajin masak kan?
ke makan luar gak?...ahahahah nasib ko lah kan
untuk resepi kali ni memang akak suka sangat
bukan suka sangat masak tapi suka sangat makan
disebabkan suka makan, so rajin lah membuat
kuih ni kalau makan memang tak rasa
sedo-sedo dah telan seploh itu pun kalau sedoo
kalau tak sedo, ntah-ntah sekuali leh telann
ahahahha
jommm cekidott bahan-bahan kat bawah tuuu
mudah je nak cari, ko tak perlu sesusah payah sangat

Bahan-bahannya

Keledek (ikut suka nak merah ke ijo ke biru)
Sedikit tepung gandum
Sedikit minyak
Gula pasir
Garam halus

Cara memasak:

1. Rebus keledek yang telah dipotong kecil-kecil dan diletakkan sedikit garam nak bagi rasa lemak dan dilenyek sehingga lumat seperti gambar di atas tu...Selepas tu korang kena ramas-ramas dengan tangan sambil tabur sedikit demi sedikit tepung gandum bagi keledek tu tak melekat dan bersatu antara satu sama lain.  Macam mana nak tahu adunan tu da pass, korang tengok dah tak melekat kat tangan tu maknanya da okla tu...tak yah tabur lagi tepung plak, kang kebatun keria ko, hakak tak tahu yerk

2. Setelah proses di atas tadi tu tamat.  Korang bulat-bulatkan plak mengikut size yang korang suka..tengoklah seperti gambar kat atas tu...sabo ajer lah ada kecik ada beso kan...masuk molot hilangg ehehehe tapi kekemasan dan kecantikan kena jaga tau...nak nak yang tetiba bakal mak mertua nak datang tu...kena buat kuih elok-elok..markah tinggi okeh ehehehhe.  Dalam dulang tu korang leh sapukan sedikit minyak atau tepung sahaja supaya keria kita tak melekat kat dulang.

3. Panaskan minyak dan goreng dalam api sederhana..kang hitam legam ahkak tak tahu yerkkk...so gambar di atas tu keria yang dah digoreng manje katanya...ikut selera korang tau...kalau rasa nak garing..korang kuningkan lagi sikit...ahkak suka yang lembut jer so kasi goreng manje-manje cukup...

4 . Part ni memang paling mencabar...masa nak sira ni kena betul, kalau tak keras kebatun la kuih korang yang gebu gebas di awalnya.  Tapi kalau takut nak amik risiko kan, korang leh jer blend gula tu buat macam donut..rasa dia sama jer...kali ni hakak cuba untuk sira gak keria hakak...sukatan dia secawan air dan gula hanya 5 sudu besar gula sahaja...dimasak dengan api sederhana...korang kena tunggu sampai buih-buih membuah tau..yang macam kat atas tu baru awalan jer...selagi tak buat jangan berani-berani nak masuk keria tuu....tak jadi kang, hakak tak tahu...
5. Setelah gula berbuih macam kat atas tu, masukkan keria yang digoreng manjer tu dalam kuali...gaul sehingga sebati dan menjadi seperti gambar di atas....gula tadi akan jadi seperti pasir...eh betul ke apa aku cuba cakapkan ni...korang paham kot...so selamat mencuba yerr....

senang jer kan...sedap dimakan semasa panas-panas..kalau dah sejuk tak best sangat..leh korang buat untuk minum petang weekend ni kan

JJCM: Nasi Lemak Wak Kentut, Kulai, Johor

hari ni nak share kat segmen Jalan Jalan Cari Makan blog ni
kite pi singgah sebentar ke Warung Nasi Lemak Wak Kentut
mungkin bagi sesiapa yang bukan dari Johor tak berapa familiar dengan nama ni
tapi buat orang Kulai, confirm tahu punya warung ni




















makanan dia simple jer...
makanan yang popular kat situ tentulah Nasi Lemak
tapi dia ada gak mee rebus, mee segala macam tu
sempat lah singgah dan makan Nasi Lemak Wak Kentut ni
nama pun dah nampak macam rare kan
rasa Nasi Lemaknya pada saya biasa jer
tapi tambahkan plak dengan Ayam Goreng dia
Ayam Goreng dia memang sedap bangat
kena plak makan masa panas-panas
perghh...tak pandang kiri kanan dah




















lokasi dia senang jer nak jumpa
korang cari Balai Polis Bandar Kulai
berhadapan tu korang akan nampak Stesen Keretapi
yeahh....sebelah tu ajer kedai NLWK ni
sesiapa yang berpeluang ke Kulai
bolehlah singgah rasa yer...
kedai ni pun menjadi kedai kegemaran Mawii
pernah masuk dalam Taste of Selebriti...
kak nora bagi 4 bintanggg.....
selamat mencuba koranggg

Jalan-jalan ke Bandung

Wednesday, November 9, 2016

nak cerita pun cerita dah basi
tapi tetap gak nak cerita....tak kisah lah kalau korang boring pun
semua orang tentu biasa pi Bandung kan?
so memasing dah pakar kot dok shopping dan makan kat sana
tempat paling enjoy nak pi pada saya adalah Bandung
selain lokasinya pun dekat jer, so tak perlu dok lama dalam kapal terbang
pastu haruslah korang kena pikir mcm mana nak dapatkan makanan halal kan
so kalau kat Bandung ni makanan halal senang sangat nak jumpa
berbanding kalau pi Bali tu...payah beno nak jumpa yang halal
pastu, yang orang perempuan paling suka ialah shoppinggg
Bandung ni syurga untuk orang perempuan shopping
segala macam jenis kain ada...lace dia pun murah-murah okeh
rambang mata kalau nak memilih tu
nak buat pilihan baju raya, rasanya macam lama lagi kan
so kita reka-reka lah baju untuk pakai gi kerja dan gi kenduri
tak gituu korang...eheheheh
nak share kat korang port nak cari baju pasang terbaek
dah tak main shopping kat Pasar Baru lagi okeh
korang kena pi D'Fashion....lokasi tu rasanya kat Jalan Dago
alaa nak senang korang cakap jer kat Supir korang nama D'Fashion
kualiti kain sangat-sangat puashati...lace pun murah-murah
kalau nak compare kan dengan Pasar Baru, kain kat sini lagi okeh sangat
harga pun berpatutan, korang leh tawar menawar dengan pelayan kat situ
lebih kurang Jakel lah tempat ni...so korang wajib singgah kalau nak cari kain tau


SHOPPING KAIN DI D'FASHION
Ini adalah sumber dr google...masa pi tu tak sempat nak snap bagai
maklumlah nampak baju cecantik membuak-buak
ada lima tingkat kat sini
untuk lelaki yang nak buat sut pun ada..hari tu tanya utk upah sahaja Rp1.6 juta
kos tu tidak termasuk kain, kain plak kena tengok jenis yer...
baju wanita pun diaorang leh jer jahit terus siap
tapi maaflah saya tak sempat nak tanya

ini pun ihsan dari Google.
bermacam-macam jenis kain ada...
saya memang peminat sutera...so memang sorrgaaa sangat ke sini
harganya amat berpatutan sekali dan kualiti terjamin
kalau pi Pasar Baru, kita tanya sutera dia main tunjuk jer memana kain
walhal bila kita rasa bukan sutera pun..so hehati tau masa membeli

tengok tu sempat bersenang lenang
sementara diaorang demo kain kita pilih tu kat patung,
diaorang akan serve teh suam
nyaman sekali dong!....
selesa memang sangat selesa
sebab tempat dia berhawa dingin dan tak sebok sangat
setiap pelanggan mesti ada pelayan
rata-rata pengunjung dari Malaysia...

sempat la saya dan suami menghabiskan dua cawan teh suam yang sedap
eheheheh....sesambil rehat tu leh pikir tema baju raya for the next year kan.
harga memang tak dinafikan murah dan berbaloi
kalau lace tu ada semurah RM10 semeter...gile weyyy jemahhh
rambang mata dibuatnyaa...

TUKAR DUIT
lagi satu tips saya nak share
untuk korang yang baru nak tukar duit semasa kat Bandung
korang kena pi tukar kat GMC
GMC ni macam bank gak lebih kurang
tapi dia lebih kepada tempat tukar duit yang berdaftar
harga memang murah dan lebih kurang di Malaysia
malah kalau korang tukar kat kedai-kedai money exchange kat luar tu lagi mahal
sebab apa...sebab diaorang pon ambil dari GMC ni
sooo, lepas ni leh check it out dengan supir okeh
mesti diaorang tahu kat mana tempat ni...jgn tukar tempat sebarangan tau


NASI PADANG SEDERHANA
tempat-tempat makan saya tak de nak share sangat
sebab saya pasti ramai yang dah expert dengan Bandung
disebabkan hari tu pun just short vacation
so saya tak de pi makan tempat best-best sangat
antara yang biasa makan nasi Padang Sederhana kat sana
kena plak dengan nasi panas-panaas
Fatah Amin lalu pun tak toleh iye tak?
ehehehehehhe 
kebetulan flight sampai jam 11 pagi 
terus jerlah meluru ke kedai makan sebelum serbu tempat shopping
erm...melantak la tak ingat duniaa...
sambal ijo dia memang terbaik...begedil pon sodapp

MAKAN MALAM
memandangkan pi Bandung pun untuk celebrate besday suami isteri ni
so kami just celebrate dinner kat The Stone Cafe,
lokasi sangat menarik sebab dia atas bukit
dan paling penting makanan dia memang sedap
tu yang tengok melampau sangat atas meja tu
then dia privacy utk couple-couple dok bersembang
sempatlah hakak suap menyuap kek kat suami ekekeke
ini pun nasib tak tertido atas tu
tempat ni dah lah angin sepoi-sepoi bahasa
ada bantal banyak plak keliling pondok
memang sedapp tido pas makan...
tempat wajib pergi tau korangg....

MAKAN TENGAHARI
kalau makan tengahari plak
korang kena singgah kat Kampung Daun
tempat ni memang femes utk pelancong
tapi kena memanjat bukit sikit lah..bukan memanjat macam mana
tempat dia bawah kaki bukit so mendaki sikit
tapi serious tempat ni cantik dan damai gile
kalau dapat tempat tepi air terjun lagi best
memang terus tido agaknya
makanan kat sini macam so so ajer...tak tahu lah tekak korang
tapi kami rasa so so ajer....
so destinasi makan tengahari kami adalah di Kampung Daun
tak menyesal korang pi tau...
cantik sangat tempat ni...
korang akan diberikan no pondok..
so pi la mendaki mecari pondok tersebut....
dengan kehijauan panorama memang korang suka punya
sejuk ajer sebab bawah kaki bukit dan irama air terjun menderu
pergg....memang amik bantal terus lenaa


pas da tengok menu, korang kena ketuk kentong ni untuk panggil waiter
klasik gilee kannnn...
nanti waiter datang utk amik order...
so kentong ni digunakan untuk panggil waiter
sekiranya korang perlukan sesuatu atau tambah order


FLOATING MARKET

lokasi ni macam baru jer aku tengok
memula sampai korang akan diberikan minuman panas
first impression aku...okeh boringg!!!
pas duduk tengok stall jualan barang kraftangan
jalan kaki terus ke kedai lelain...
kalau korang malas, leh gak naik boat..sebab ada tasik besar kat situ
then, bila jalan mengelilingi tasik tu
tibalah kat satu kawasan tempat makan
lebih kurang macam street food laa
best korang....memang best
yang penting bersih...
bukan apa kekadang kita tengok stall tepi jalan tapi tak berani nak makan
so kat sini memang nampak bersih
diaorang pun meniaga terapung dalam sampan kecil

menghirup minuman panas...
harga tiket saya lupa..rasanya macam Rp20,000 la kot
maaf kalau saya salah untuk pas masuk ke sini
tapi dapat free minuman panas...
so sambil minum tu korang leh lah jejalan tengok jualan kraftangan kat sana

ada memacam aktiviti kat sini
untuk kanak-kanak pun ada juga
tapi part paling best ialah makanannya
semua ada dan harganya juga berpatutan
juss jeruk korang kena cuba kat sini tau
sedappp....

gerai-gerai meniaga secara terapung
macam-macam ada...pendek kata korang akan pulang dengan perut yang kenyang
saya lebih berminat dengan jus buah-buahan, pisang cheese dan jagung
memang fresh dan segar-segar belaka
harga memang murah dan berbaloi untuk mencuba

tu diaa pisang cheese dan es jeruk..
es jeruk ni air perahan limau yang asli
letak ais dan gula sedikit
alaa kita pun boleh buat sendiri tapi ngegada jer tak nak buat
pisang cheese diaorang sama macam kat Malaysia
so oklah..kena cuba tauu



mungkin ada lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati kat Bandung
tapi masa tidak mencukupi dan mencemburui
bukan apa...shopping jer dah amik masa sehari
so pi ke sana pun tiga hari jer....jadi memang terhad
kalau korang berkesempatan lama di sini
wajib pergi semua tempat-tempat yang best tau
saya share tempat yang saya pi jerr
mana tahu ada tempat best leh la pi lagi pas ni
eheheheh sehingga ketemu lagi yaa
assalamualaikum

Subang Ria Restoran, sedap, sempoi dan simple

Tuesday, October 18, 2016

hari ni saya nak share port makan kegemaran saya dan suami
tempatnya simple jer tapi makanan sedap
boleh dikatakan setiap kali datang sini memang penuh memanjang
apa yang saya suka sebab diaorang buat stail gerai-gerai
even makanan yg bebiasa jer tapi rasa sangat sedap
mende wajib kalau korang datang sini
korang kena try Yong Tau Foo goreng tau
kompom korang akan suka
antara makanan yang saya recommend kat sini
yang ini memang wajib korang cuba tau
Yong Tau Foo goreng...ada gak yang sup tapi cuba amik yg goreng
memang kalau makan tu mak mertua lalu tak nampak uolss...

mee kari memang favourite saya...
so bila dapat makan kat sini...rasa semua cukup ramuannya
yang ni pon korang kena cuba...tak rugi tauu

kuew teaw auntie....yang ni sedap gile
makan panas-panas memang terangkat
kalau saya pergi dengan suami semua ni kami makan tapi share
order sepinggan tapi sharing berdua...
selalu acara wajib sunday breakfast lah
pastu baru leh gi window shopping kat memana kan
sebab perut dah kenyang

mee kari dan telur separuh masak
korang rasa dulu then korang akan tahuu
senang jer kedai ni sebab dekat dengan Wisma FAM
korang waze jer senang sebab tempat ni famous
ada gak makanan lain seperti Nasi Lemak
Capati pon ada, Nasi Ayam dan lelain lagi

popia ipoh stail
terbaik jugak okeh...
selalunya kami beli satu set jer
kalau tak habis leh bungkus bawa balik

waktu perniagaan Subang Ria Restaurant ni 
dari pagi hingga jam 6.00 petang kalau tak silap
tapi kalau hari Sabtu diaorang akan tutup awal jam 4.30 petang
sebab depan kedai tu akan ada pasar malam
kedai beroperasi setiap hari katanya...info ni dari pekerja kedai
nak cari senang jer...kedai hujung sekali dan waze Wisma Fam
tapi kalau tak silap saya restoran ni pon ada kot dalam waze
so sesiapa yang suka makanan simple dan sempoi
leh cuba ke sini yer.....

Nasi Kak Wok Cyberjaya

Monday, August 15, 2016

assalamualaikum pembaca blog sekalian
erm...terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk blog sendu ni
kalau korang rajin datang, saya kenalah rajin update kan
tak de nak update sangat pun
sekadar kongsi serba sedikit kat sini
minat bercerita tetapi tak tahu nak cita kat sapa
so kite bercerita kat alam maya jer

korang pernah makan Nasi Kak Wok ker?
mesti pernah kan....saya jer yang ketinggalan zaman
nama Nasi Kak Wok ni rasanya dah lama famous
tapi keteringinan tu belum mari lagi nak mencuba
sehinggalah satu hari tu terjumpa kedai Nasi Kak Wok ni
so, apa kata kita cuba kan?
nasi ni berasal dari Kelantan kalau tak silap saya
simple but sedap bagi saya
nasi putih, ada kuah gulai, ada ayam goreng dan sambal cili
so bila diblend semua tu dan masuk mulut..haruslah tak terkata
hendak plak dimakan ketika panas kan...makk aiiii
mertua lalu pun tak perasan okeh...

pas mencuba nasi ni...cik suami suka bebeno
walaupun dia bukanlah berasal dari sana
mungkin kerana selera tu kena kot
then, mencarilah kami kedai NKW ni kat area umah
alhamdulillah...kat Cyberjaya dah ada NKW okeh
happylah kami dapat menikmatinya pada bebila masa sahaja
bukan sahaja NKW ada jual kat sini
memacam ada terutama makanan berasal dari Negeri CIk Siti Wan Kembang ni
saya nak list kan kat sini saya pun tak pasti
tapi korang yang ada kat area berdekatan tu leh cuba ke sini yer
kat bersebelahan Zawara Coffee
nak mudah korang waze jer...

Beginilah rupanya Nasi Kak Wok tu....sedap koranggg
simple jer lauknya tapi sedap


tengok teh ais diaa....perghhhh




















inilah kedai Nasi Kak Wok Cyberjaya
so pasni kalau rasa teringin tu leh serbu sini
kalau tengahari during lunch break memang penuh
sooo apa tunggu lagiii..moh kitaaa

Tinted rumah murah dan berkualiti

Wednesday, August 3, 2016

kalau korang perasan,
selalu beno saya cite pasal busy pindah rumah 
aha betul, alhamdulillah akhirnya berjaya juga kami memiliki rumah
syukur sangat-sangat sebab rezeki yang tak disangka-sangka
last year pi open house rumah kawan lalu kawasan ni
masa tu dah 85% siap rumah ni
tak terdetik pun akan menjadi rumah sendiri
maklumlah nak beli rumah dalam keadaan sekarang ni
semuanya mahal-mahal belaka
tapi alhamdulillah, jika itu rezeki kita, memang akan jadi rezeki kita
tapi bukan itu saya nak ceritakan
cuma nak share dengan kengkawan semua
pada sesiapa yang mencari tinted rumah yang murah dan berkualiti
boleh dapatkan pada syarikat bumiputera ni
harga pada saya amat berbaloi-baloi
dan kualiti pun baguss
ada warranty dari 5 tahun hingga ke 7 tahun
tambah-tambah plak rumah sekarang ni kan banyak cermin
so kalau tak tinted memang panas berdentinglah jawabnya
plak tu ekon memang guna banyaklah sebab rumah panas
korang jangan ingat saya promote sebab berbayar pun
saya cuma menolong orang-orang seperti ni berniaga
tiada bayaran apa-apa pun, ikhlas semata
iyerlah, berdasarkan dari pengalaman sendiri
apasalahnya kita kongsi benda baik kan
ini contoh-contoh spesifikasi yang akan diaorang explain kat customer
so customer akan pilihlah speksifikasi mana yang diaorang nak
tapi memang puas hati lah sebab dalam rumah rasa redup jer
secara tak langsung kita akan dapat jimatkan penggunaan aircond

pelbagai jenis warna ada
nak biru, hijau, hitam
korang matchy2 kanlah dengan warna rumah  korang
untuk kali ini, saya pilih 'silver green'
sebab warna tu yang macam menarik hati
tapi itu semua terpulang kepada pilihan korang tau

ini contact number dan ownernyer
so far semua pekerja dan bos diaorang baik sangat
mutu hasil kerja memuaskan dan cepat
kalau ada yang tak puashati bagitahu jer
diaorang akan datang untuk pasang semula dan baiki kerosakan

ini contoh tingkap rumah saya yang telah ditinted
tak sempat plak saya nak ambil gambar penuh
tapi hasilnya saya suka sangat
sebab buat rumah kita nampak lagi menyerlah gitu
dan yang penting rumah jadi sejuk sebab tak kena matahari 100%

close up untuk cermin tepi...
inilah warna silver green

contoh sliding door yang telah ditinted dan yang belum ditinted
korang akan nampak perbezaannya
so kita kat dalam rumah pun ada privacy laa bila siang
kalau malam tu nampak gak sikit2...sebab ada cahaya dalam rumah kan

ini contact number diaorang
lagi senang korang leh tengok hasil kerja diaorang kat dalam FB
so leh la pikir-pikir dan nilai hasil kerja diaorang
tapi saya amat berpuashati dengan hasil diaorang ni
mende baik kenalah kongsi kan?

so pasni kalau rasa nak pasang tinted leh call nombor En Nizam ni yer...
sesama kita membantu orang melayu meniaga

fifth cycle....teruskan usaha

Thursday, July 28, 2016

Dah lama kita tak share pasal IUI kan...
ini adalah fifth cycle saya utk IUI...2 kali IUI dan 2 kali secara semulajadi
haritu bulan puasa hakak rehat sekejap..bagi tenang-tenang sikit
plus, memang sibuk berpindah randah kan..
so, pas raya ni mulalah semula treatment tu

macam biasa hari kedua period kena pi hospital untuk amik ubat
ubat ape?...clomifene 50mg dan kali ni dos naik sikit
doktor suggest amik 150mg..bermakna 3 biji sehari
baiklah doktor, asalkan berhasil..kita mencuba tak salahkan
inilah contoh ubat tu....amik 3 biji sekali sehari
pengambilan hanya bermula hari kedua sehingga hari keenam
jangan memandai nak panjang-panjangkan masa plak yerkk
kang jadi lain plak...
pastu, hakak kena tunggu hari ke sepuluh untuk datang semula
day10 ni doc akan scan telur kita...tengok sama ada cukup besar tak
then kena inject...ouchh
payahnyer usaha nak dapatkan baby kan
tengok orang buang-buang baby tu rasa geram plak
tahu ker mereka, ada golongan yang berusaha nak kan anak
mereka boleh buang tanpa berperi kemanusiaan
memanglah terdesak pada ketika itu tapi tak leh bayanglah
macam ne sampai boleh tersampai hati tu kan
oklah tak mo sembang lebih..nanti geram plak kan
stress pun tak bagus, kacau hormon hakak nanti...
nanti akak update okeh utk next day10...
mana tahukan kali ni ada rezeki kami
ameen....

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS