Amsterdam City Tour

Tuesday, March 29, 2016

harini saya nak cerita pengalaman semasa di Amsterdam
tour city kiteorang naik boat menerusi terusan keliling Amsterdam
korang ada dua options, satu naik bas dan kedua naik boat
sooo, kalau naik bas macam dah biasakan lagi pun time sejuk-sejuk ni harus membeku
so decided naik boat...boat dia besar gak dan dalam tu siap ada bar sekali
kalau tak silap saya sekali tour tu harga tiket lebih kurang 24Euro
boat ni akan berhenti di setiap station yang ditetapkan
so, kami keluar untuk jalan-jalan sekitar area tu...

dalam 15 minit boat tu akan bergerak semula tapi korang jangan risau kalau kena tinggal sebab korang leh jer naik memana boat yang sama warna, macam saya naik haritu Red Line, so boat merah semua saya leh naik dengan hanya menunjukkan tiket boat sahaja...
pemandangan sekitar tu jangan katalah, Subhanallah sangat menakjubkan....
perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam lah tapi korang leh gunakan sehari tiket tu
manalah tahu korang nak jejalan memana kan....so kira boat ni macam bas laa, pas shopping tu korang leh naik boat semulaa....mudahkan..? selain tu, trem pun banyak kat sana...trem ni korang leh jer gunakan map yg didownload dari internet atau korang leh dapatkan map kertas kat tourist information counter..mudah sangat pengangkutan kat sana
untuk tempat makan halal, banyak gak cuma kena rajin mencari, normally leh makan kebab yang pak arab jual, dan kami ada makan di restoran Malaysia, iaitu Wau Restaurant, so adalah nasi lemak rendang ayam, teh tarik bagaiii tapi the taste still different but you dont have much choices, then just telan jerlah kekekekek.....harga plak memang mahallah sebab currency, makan nasi lemak untuk dua orang dan teh o ais dan teh ais lebih kurang RM200.00 duit kitaa...pitam kannn!!! restaurant ni korang leh cari kat Asean Street,, senang jer uolss....

Selain tu, kat sana femes cheese okeh, segala tok nenek cheese ada kat sana, so sesapa yang minat makan cheese tu memang berbaloi untuk beli kat sana...aku beli gak satu tapi dok diam gitulah dalam peti ais ahahahhaha....tapi korang jangan berani-berani nak try ganja plak okeh...
kang tak balik Malaysia plak...ehhheheheh memang melambak-lambak tepi jalan, memacam bentuk ada kat sana, perisa pun pelbagai,,, ada tu macam lolipop jer tapi ganja...pitaamm!!
satu lagi attraction kat sana ialah Red Light District...ni memang favourite kaum lelaki...
aku yang perempuan ni seronok-seronok jer nak tengok...memacam size ada, ada tu comel, ada gak yang menyeramkan...tapi kebanyakkan lalu lorong tu macam tengok pameran jerlah...sebab diaorang separuh bogel dalam cermin-cermin ahahahahah..ok cukuplah citer takat tu je...kang korang tak sabar plak nak gi Amsterdam kan..ehehehehe

kebetulan kami nak gerak balik tu da almost sunset so view gile cantik korang...kesimpulannya memang cantik Amsterdam ni....driver kami sempat juga bawa ke area laut yang aras laut lebih tinggi dari darat...tapi ada tebing untuk menghalang air laut ni masuk ke darat, mau tenggelam Amsterdam ni...so Amsterdam memang negara yang berada di bawah aras laut....kalau sempat korang kena pergi tengok tauuu.....
during sunset.....Subhanallah cantik sangat

the one who i love the most....my partner in crime 

Sementara menunggu boat sampai...ni jeti 

Bagi chance lah ahkak posing sikit....

Madame Tussauds di Amterdam, saya tak berkesempatan masuk dalam tu tapi lebih kurang mcm kat New York aritu jer

Comel jer keta diaorang,...sorang jer leh naik...sesuai dengan jalan yang kecik kat sana

International Court Justice (ICJ), The Haque

Red Light District Area

Hard Rock Cafe Amsterdam


segala toknenek benih ada jual kat sini...tapi nak beli pon tak guna sebab tak sesuai tumbuh kat Malaysia.tapi jangan korang cecuba plak beli benih ganja...parah nanti


basikal merupakan barang wajib ada kat umah diaorang...jalan kat sana pun kecik, so naik basikal adalah praktikal...kalau korang nak sewa basikal pon boleh utk tour city tau...best jugak

masa saya di sana belum tiba musim tulip lagi..so hanya nampak tulip kat airport jer...tapi dapat bayangkan macam mana cantiknya kalau musim tulip ni...Maha Besar KekuasaanMu....

nanti ahkak share lagi pengalaman gi pasar kat sana tau...pasar diaorang besar dan bersih..
macam-macam ada jual kat sana...dan tempat best untuk shopping barang-barang branded yang murah,,,,hah senggih yer kaum perempuan kalau baca ni...okay korang..thanks sebab sudi baca...stay tune okeh!

Gembira dan Sedih

Thursday, March 24, 2016

Tahniah buat adik saya yang bongsu, yang mana telah selamat bernikah dengan pasangannya pada 12 Mac 2016 yang lepas. Ini pengalaman pertama saya ke Muadzam Shah dari Putrajaya...lepas kerja jer sesiap bergerak ke Muadzam.  Rupanya  memang gelap gelita jalan tu, tapi saya suka jer sebab pemandangan kampung yang cantik sepanjang jalan Kuala Pilah tu...kalau saya lalu jalan tu siang mesti lagi cantik kan..rumah diaorang tradisional dan menghijau dengan pokok-pokok.  Kami tak laju pun memandangkan kami tak biasa lagi menggunakan jalan tu, ada yang bagitahu kena melalui Bukit Putus, ada yang bagi options lain iaitu melalui jalan Batu Kikir..okay then we decided untuk menggunakan Batu Kikir dari Bukit Putus yang dengar cerita jalan berliku dan berbahaya jugak especially waktu malam.

Then, malam tu kebetulan, dikhabarkan ada kemalangan maut yang menyebabkan trafik jem.  Korang fefahamlah kalau jalan kampung jem macam mana....so kami pun melenggah-lenggahkan perjalanan dengan berhenti untuk makan malam dan buat apa yang patut...Alhamdulillah, jam 11.30 malam kami selamat tiba ke destinasi yang hendak dituju..

Pasangan pengantin telah selamat diijab kabulkan...alhamdulillah
Then, pendekkan cerita yang panjang.. esok pepagi kami dah kena bangun kerana adik dijadualkan bernikah jam 10.00 pagi.  Fyi, line telefon kat sini memang payah sikit, apatah lagi internet..,macam chispmore...then dalam masa sibuk bersiap memasing tu, lebih kurang jam 8.30 pagi, adik terima panggilan telefon dari bakal isterinya.  Tetiba suasana menjadi suram dan bertukar sedih...memang panik gak masa tu...mana tak nya pengantin perempuan beritahu ayahnya telah terlibat dalam kemalangan malam semalam dan baru dilaporkan oleh anggota polis sebentar tadi yang baru berjaya mengesan waris mangsa.. ya Allah masa tu memang panik gile...keadaan ayah pengantin perempuan kritikal...wali terpaksa ditukar sekiranya ingin meneruskan pernikahan.  Alhamdulillah, atuk pengantin perempuan sebelah ayah ada pada ketika itu....segalanya berjalan lancar seperti biasa walaupun dalam keadaan kesedihan. 

Kisah kemalangan yang telah disiarkan oleh media...
Ayah kepada pengantin perempuan ialah En Zulkifli bin Abdullah...
Meh cite sikit pasal kemalangan tu, bebaru ni korang ada dengar tak pasal kemalangan yang mengakibatkan 4 orang maut apabila tayar kereta proton exora merekameletop dan terbabas, so kereta ini telah melanggar kereta ayah pengantin perempuan pada ketika itu...so memang teruk gile kalau tengok keadaan kereta...masa tu tiada waris diberitahu kerana masih tidak dapat identiti mangsa kerana mangsa tidak sedarkan diri....dah lewat gak baru waris mangsa ini diberitahu....ketika waris pergi melawat mangsa, mangsa masih tidak sedarkan diri dan dilaporkan baru selesai menjalani pembedahan membuang 60cm usus, tulang rusuk no 7 dan 10 patah, paru-paru koyak dan beberapa kecederaan dalaman lain.  Alhamdulillah selepas dua hari ayah adik ipar saya telah sedarkan diri dan mula bercakap sedikit-sedikit....semoga bertambah baik hendaknya....selalu kita tengok dalam drama jer kan..tapi kali ni memang betul-betul terjadi...namun, alhamdulillah dengan izinNya majlis berjalan dengan lancar dan ayah pengantin perempuan beransur pulih dari kecederaan....
Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan

So bagi kengkawan yang ingin memulakan perjalanan tu, berhati-hati dijalan raya, kekadang tu kita berhati-hati tapi kemalangan berpunca dari orang lain pula kan...sebagai orang islam, mulakan perjalanan dengan membaca Ayat Kursi dan doa naik kenderaan, moga-moga perjalanan kita dipermudahkan dan selamat tiba ke destinasi.



 Moga ketemu lagi yaa....byeee

Amsterdam Part II Zaanse Schans Village

Tuesday, March 15, 2016

hari ni nampak free sikit uols...
so leh lah saya ceritakan sedikit pengalaman semasa saya berpeluang bercuti ke Amsterdam
kebiasaannya saya pergi untuk menemani suami bekerja, so saya pula dapatlah berjalan-jalan
kami berada di sana lebih kurang sepuluh hari macam tu..nak kata berjalan sakan, tak de jugak sebab kami stay di The Haque, Amsterdam.  so agak jauh dari Amsterdam City, kat The Haque ni boring sikit korang.  The Haque ni lebih kurang macam Putrajaya kalau kat Malaysia ni..hari pertama hingga ketiga saya hanya duduk di hotel sahaja sebab demam selesema. mana tak nya, badan terkejut agaknya sebab suhu masa tu dalam 3-5C sahaja bersertakan angin sepoi-sepoi bahasa...mengigil sampai ke tulang.  kat Malaysia mana merasa sejuk macam ni kan...so sudahnya saya demam...heater dalam bilik pun tak rasa panasnya sebab sejuk beno kat sana...asal sekejap kang hujan gerimis plak, tapi diaorang selamba jer tau jalan dalam hujan...naik basikal time-time berangin...aduh sejuk weyyy

perjalanan dari Malaysia ke Amsterdam lebih kurang 13 jam. masa saya pergi tu ada direct flight KUL-AMS tapi sekarang dah tak de kan. then, dalam flight terpaksa dok jejauh dengan husband sebab dia dok business class. mak ni mampu economy jerr....tapi nasib dapat request row paling depan sekali. so sesekali tu suami sempat menjengok lah...ok, dok dalam flight selama 13 jam, so far okeh walaupun sebenornya teringat gak kes MH17. Allahuakbar tak dapat bayangkan ...Alfatihah buat mereka semua..tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan tu tido memanjang...eheheheh

so lepas jer tiba di Schipol Airport, terus naik kenderaan yang disediakan ke The Haque.  Perjalanan lebih kurang sejam macam tu...permandangan masa tu cantik sangat sebab kat sana banyak windmill tepi-tepi jalan..pemandanga sepanjang jalan tu memang tak buat saya ngantuk...subhanalah indah ciptaanNya. setiba di Novotel Hotel, Amsterdam tu pagi tapi masa tu gelap lagi sebab bila sejuk siang tu jadi pendek...jam 6 tu dah gelap mcm kol 8 malam...so kedai tutup awal laa...kat The Haque ni pusat bandar utk shopping kat Centrum...kat sini gak ada train utk ke Amsterdam City...transport kat sana jangan risau, senang jer sebab ada tram yang korang leh tunggu kat tepi jalan jer...tiket boleh beli ikut hari atau per trip....berapa tu saya lupa...maaf yerk sebab biasa husband yang buat semua ni..eheheh saya tahu naik jer...

so bila tiba weekend, kami sempat berjalan ke sekitar Amsterdam City...perjalanan menaiki train dalam lebih kurang sejam dari The Haque. pertama sekali saya terpegun sebab cantik gile okeh senibina diaorang. bandar diaorang ada di tengah-tengah terusan/canal.... memang korang terpegun dan akan amik gambar sahaja...cantik gileeee uolss.. lagi cantik bila ada musim tulip sebab warna warni jadinyaa..saya berkesempatan ke Zaanse Schans Village....tempat ni wajib pergi sebab dia macam kampung tradisional orang Amsterdam...memang penuh pelancong jer kat sini...


cantikkan pemandangan belakang saya tu...macam dalam lukisan

Eksited kemain bila sampai tuu ehehehehe

me and husband yang tersayang,,,terima kasih kerana bawa saya jalan kelililng dunia kemana sahaja dia pergi..alhamdulillah
kemain gemok ayam diaorang...dok tempat sejuk agaknya kuat makan ehehehe

terompah ni memang wajib jumpa kalau kat Amsterdam tuu selain cheesee eheheheh

so seharian dihabiskan di Zaanse Schans Village sahaja....pastu sempat singgah ke Amsterdam City untuk ambil gambar dan pergi menjengah Red Light District ehehehhe...orang lelaki sukalah lalu kat sini sebab mata korang akan terbuntang tengok pemandangan-pemandangan gadis cantik yang seksi seksi dalam bilik kaca, ala-ala pameran uols...heran gak apa tak sejuk ker dok tak berbaju gitu ahahaha ada dari pelbagai usia okeh cuma tak berani saya nak amik gambar sebab takut kena kejar plak eekekkekeke.....nanti saya share lagi okeh apa yang menarik kat Amsterdam...doa-doakan saya rajin nak update okeh eheheheheheh assalamualaikum uols...


Pengalaman IUI saya

Proses IUI yang pertama saya Doktor nasihatkan untuk buat secara natural...so just makan clomiphene 100mg sehari dari hari kedua selama lima hari...dan doktor ada bekalkan saya Estradiol bagi menguatkan rahim juga...yang ni kena makan dalam tempoh hari kedua sehingga hari ke seploh...

source: www.lifeivfcenter.com

bila tiba hari ke sepuluh, nanti doktor akan minta datang ke hospital sebab nak scan perkembangan telor.  Kesuburan seseorang tu kan biasanya hari ke 14, so doktor akan monitor perkembangan telur kita sama ada normal mengikut kebesaran sepatutnya atau tidak.  Sekiranya telur berkembang dengan baik, so kena amik injection...injection tu kena amik 32 jam sebelum IUI dilakukan...so doktor akan decide sama ada kena amik pagi or malam.

kalau kena inject malam, so sesiap amik ubat dulu, then hantar ke lab untuk disimpan.  lebih kurang jam 9.30 malam macam tu, saya kena ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8 untuk amik suntikan di punggung.  Sakit tak? Ermm inject tu tak sakit la kot, rasa jarum jer sikit tapi kalau mcm saya ni yg penakut jarum tu, berpeluh jugaklah ekekekeke....maaf saya terlupa apa nama ubat tu...

lepas injection tu, boleh balik rumah la macam biasa...tapi dilarang untuk 'bersama'...faham kan?...pastu tunggulah 32 jam untuk sesi IUI....masa datang ke hospital tu korang janganlah pakai pakaian yang ketat-ketat atau berseluar jeans. Kalau boleh pakai kain or skirt sebab senang kalai pakai pakaian yang longgar

sampai jer hospital, suami akan diberikan tabung untuk keluarkan sperm.  so nurse akan bagi bilik untuk pasangan..pepandailah nak cara macam mana pon...pastu sperm dihantar ke lab untuk sesi pemilihan dan dia akan buatlah prosedur sepatutnya ehehehhe...only the best jer dipilih...
source: www.vcrmed.com

so, yang perempuan plak akan standby di bilik selepas sejam tu...proses sperm tu ambil masa sejam laa...pas sejam tu turn perempuan plak, so dok dalam bilik prosedur tu doktor akan masukkan sperm tadi dalam rahim kita directly.  doktor masukkan muncung itik tu utk buka jalan dan inject sperm masuk ke dalam terus...prosedur ni tak tentu gak...ada yang lama, ada yang sekejap jer...kalau patient rasa sakit, doktor akan suruh rilek dulu....rasa bila inject masuk tu macam tak selesa sikit, nak kata sakit tu tak laah....oklaa cuma akan rasa tak selesa jer....pastu dalam setengah jam kena baring dalam keadaan katil ditinggikan dibahagian pinggang ke bawah bagi memastikan sperm betul2 masuk ke dalam dan mencari telur yang ready disenyawakan....kalau masa scan tu telur besar di sebelah kanan, then doktor akan suruh lebihan mengiring sebelah kanan, kalau kiri then kirilah...

pastu, boleh balik rumah, dah balik tu sila baring dan jangan aktif buat kerja sangat..amiklah masa sehari untuk baring dan berehat-rehat, banyakkan berdoa supaya dipermudahkan urusan kita.  ujian ini saya dah buat sebanyak tiga kali.  bulan ke empat saya minta untuk berehat seketika.  InshaAllah saya akan datang semula untuk percubaan kali keempat bila keadaan yang sesuai dan kami dah ready. saya juga doakan kengkawan yang akan atau sedang menjalani urusan seperti ini dipermudahkan..kita berusaha dan biar Allah tentukan rezeki kita...jangan berhenti untuk berdoa dan berusaha yer kawan-kawan

IUI

Friday, March 11, 2016

Assalamualaikum semua, lama tak manje-manje kat entry blog ni kan
anyway, banyak mende jadi cuma masa tidak mengizinkan saya update blog ni
plak tu, kat opis dah kena block so kena cari alternatif lain untuk update
jangan marah yer kengkawan....

saya nak sharing pasal IUI yang telah saya jalani dengan suami
iyelah, dalam usaha nak mendapatkan anak kan
memacam kita sanggup lakukan walaupun terpaksa berhabis
cuma, alhamdulillah, rawatan kami buat di hospital kerajaan
so tak perlukan kos tinggi memandangkan kami penjawat awam
bagi sesiapa yang nak mencuba untuk IUI ni leh lah baca kat blog saya

sebelum tu saya nak terangkan apa itu IUI atau dikenali sebagai permanian hadas.
permanian hadas ni dilakukan didalam rahim kita...dimana sperm yang telah dipilih, sihat dan kuantiti yang mencukupi diambil dan diinjek masuk dalam rahim kita terus melalui pintu rahim....

Prosedur untuk buat IUI:

1. Dapatkan nasihat dan surat refer dari Klinik Kesihatan.
Macam saya, saya dapatkan surat dari Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya
Masa ni doktor akan tanya-tanya sikit pasal sejarah kesihatan suami isteri
so, korang ceritalah apa yang patut...then pastu doktor akan keluarkan surat untuk refer ke Pakar Sakit Puan di Hospital Putrajaya.  Then, uols kena ke Hospital Putrajaya untuk dapatkan tarikh temujanji dan konsultasi dari pakar sakit puan....macam saya, saya terus jer gi ke Hospital...

2. Amik darah pada hari ke-21 kesuburan
Tarikh ni ditentukan oleh kita sendiri..so masa kat Hospital Putrajaya tu akan diterangkan prosedur yang akan dilakukan.  Then, kita kena datang semula untuk amik darah pada hari ke-21 kesuburan...

3. Ujian HSG
Ujian ini dilakukan dalam tempoh kesuburan iaitu selepas period.  Then, uols kena call Unit Xray untuk set kan appointment korang.  Ujian ni tak lama pun, bergantung kepada kondisi patient...ada yang kata sakit masa prosedur, ada yang tak sakit...so apa pun kena bertenang...pengalaman saya hari tu sekejap jer buat maybe sebab tiada masalah tapi selepas sejam tu baru rasa sakit.  Sakit mcm krem perut mcm sengugut tu...digalakkan mengambil ubat tahan sakit kalau tak tahan sangat yer...

4.  Ujian Sperma untuk lelaki..
Orang lelaki cuma perlu lalui ujian ini sahaja.  Sperm diambil untuk diuji dan dikira bilangan dan menentukan kesuburan lelaki.....so bila semua report ni dah selesai, Hospital akan bagi tarikh kaunseling untuk pasangan.

5. Kaunseling
Sesi kaunseling ni takde apa pun sangat.  Just bagi tahu kita serba sedikit macam mana prosedur yang akan dilalui oleh setiap pasangan dan korang leh tanya apa jer yg korang tak faham

6. Sesi Bersama Pakar Sakit Puan
Masa ni semua report yang kita buat awal tadi akan diketahui.  So jangan risau sangat, kalau korang ada masalah pun Doktor akan terangkan macam mana..perlu ambil ubat atau boleh terus untuk rawatan IUI.  Untuk kes saya, saya terus ke rawatan IUI sebab tiada masalah kesuburan.  So doktor akan bagi korang ubat kesuburan...clomid untuk korang consume pada hari kedua hingga ke hari keenam....so hari ke sepuluh korang kena datang untuk scan telur...adakah perkembangan telur kita ok atau masih kecil, atau belum menampakkan kematangan...semua tu akan diterangkan masa tu...

so, pasni saya akan kongsikan pengalaman IUI saya dari awal hingga berjaya atau tak?..
kengkawan yang nak buat IUI ni, boleh jer cuba dan tempoh saya di hospital kerajaan pun tak lama...dan alhamdulillah, doktor dan nurse pun baik-baik bagi sokongan.
Moga usaha kita akan berhasil ya....
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS