IUI

Friday, March 11, 2016

Assalamualaikum semua, lama tak manje-manje kat entry blog ni kan
anyway, banyak mende jadi cuma masa tidak mengizinkan saya update blog ni
plak tu, kat opis dah kena block so kena cari alternatif lain untuk update
jangan marah yer kengkawan....

saya nak sharing pasal IUI yang telah saya jalani dengan suami
iyelah, dalam usaha nak mendapatkan anak kan
memacam kita sanggup lakukan walaupun terpaksa berhabis
cuma, alhamdulillah, rawatan kami buat di hospital kerajaan
so tak perlukan kos tinggi memandangkan kami penjawat awam
bagi sesiapa yang nak mencuba untuk IUI ni leh lah baca kat blog saya

sebelum tu saya nak terangkan apa itu IUI atau dikenali sebagai permanian hadas.
permanian hadas ni dilakukan didalam rahim kita...dimana sperm yang telah dipilih, sihat dan kuantiti yang mencukupi diambil dan diinjek masuk dalam rahim kita terus melalui pintu rahim....

Prosedur untuk buat IUI:

1. Dapatkan nasihat dan surat refer dari Klinik Kesihatan.
Macam saya, saya dapatkan surat dari Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya
Masa ni doktor akan tanya-tanya sikit pasal sejarah kesihatan suami isteri
so, korang ceritalah apa yang patut...then pastu doktor akan keluarkan surat untuk refer ke Pakar Sakit Puan di Hospital Putrajaya.  Then, uols kena ke Hospital Putrajaya untuk dapatkan tarikh temujanji dan konsultasi dari pakar sakit puan....macam saya, saya terus jer gi ke Hospital...

2. Amik darah pada hari ke-21 kesuburan
Tarikh ni ditentukan oleh kita sendiri..so masa kat Hospital Putrajaya tu akan diterangkan prosedur yang akan dilakukan.  Then, kita kena datang semula untuk amik darah pada hari ke-21 kesuburan...

3. Ujian HSG
Ujian ini dilakukan dalam tempoh kesuburan iaitu selepas period.  Then, uols kena call Unit Xray untuk set kan appointment korang.  Ujian ni tak lama pun, bergantung kepada kondisi patient...ada yang kata sakit masa prosedur, ada yang tak sakit...so apa pun kena bertenang...pengalaman saya hari tu sekejap jer buat maybe sebab tiada masalah tapi selepas sejam tu baru rasa sakit.  Sakit mcm krem perut mcm sengugut tu...digalakkan mengambil ubat tahan sakit kalau tak tahan sangat yer...

4.  Ujian Sperma untuk lelaki..
Orang lelaki cuma perlu lalui ujian ini sahaja.  Sperm diambil untuk diuji dan dikira bilangan dan menentukan kesuburan lelaki.....so bila semua report ni dah selesai, Hospital akan bagi tarikh kaunseling untuk pasangan.

5. Kaunseling
Sesi kaunseling ni takde apa pun sangat.  Just bagi tahu kita serba sedikit macam mana prosedur yang akan dilalui oleh setiap pasangan dan korang leh tanya apa jer yg korang tak faham

6. Sesi Bersama Pakar Sakit Puan
Masa ni semua report yang kita buat awal tadi akan diketahui.  So jangan risau sangat, kalau korang ada masalah pun Doktor akan terangkan macam mana..perlu ambil ubat atau boleh terus untuk rawatan IUI.  Untuk kes saya, saya terus ke rawatan IUI sebab tiada masalah kesuburan.  So doktor akan bagi korang ubat kesuburan...clomid untuk korang consume pada hari kedua hingga ke hari keenam....so hari ke sepuluh korang kena datang untuk scan telur...adakah perkembangan telur kita ok atau masih kecil, atau belum menampakkan kematangan...semua tu akan diterangkan masa tu...

so, pasni saya akan kongsikan pengalaman IUI saya dari awal hingga berjaya atau tak?..
kengkawan yang nak buat IUI ni, boleh jer cuba dan tempoh saya di hospital kerajaan pun tak lama...dan alhamdulillah, doktor dan nurse pun baik-baik bagi sokongan.
Moga usaha kita akan berhasil ya....

No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS