Pengalaman IUI saya

Tuesday, March 15, 2016

Proses IUI yang pertama saya Doktor nasihatkan untuk buat secara natural...so just makan clomiphene 100mg sehari dari hari kedua selama lima hari...dan doktor ada bekalkan saya Estradiol bagi menguatkan rahim juga...yang ni kena makan dalam tempoh hari kedua sehingga hari ke seploh...

source: www.lifeivfcenter.com

bila tiba hari ke sepuluh, nanti doktor akan minta datang ke hospital sebab nak scan perkembangan telor.  Kesuburan seseorang tu kan biasanya hari ke 14, so doktor akan monitor perkembangan telur kita sama ada normal mengikut kebesaran sepatutnya atau tidak.  Sekiranya telur berkembang dengan baik, so kena amik injection...injection tu kena amik 32 jam sebelum IUI dilakukan...so doktor akan decide sama ada kena amik pagi or malam.

kalau kena inject malam, so sesiap amik ubat dulu, then hantar ke lab untuk disimpan.  lebih kurang jam 9.30 malam macam tu, saya kena ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8 untuk amik suntikan di punggung.  Sakit tak? Ermm inject tu tak sakit la kot, rasa jarum jer sikit tapi kalau mcm saya ni yg penakut jarum tu, berpeluh jugaklah ekekekeke....maaf saya terlupa apa nama ubat tu...

lepas injection tu, boleh balik rumah la macam biasa...tapi dilarang untuk 'bersama'...faham kan?...pastu tunggulah 32 jam untuk sesi IUI....masa datang ke hospital tu korang janganlah pakai pakaian yang ketat-ketat atau berseluar jeans. Kalau boleh pakai kain or skirt sebab senang kalai pakai pakaian yang longgar

sampai jer hospital, suami akan diberikan tabung untuk keluarkan sperm.  so nurse akan bagi bilik untuk pasangan..pepandailah nak cara macam mana pon...pastu sperm dihantar ke lab untuk sesi pemilihan dan dia akan buatlah prosedur sepatutnya ehehehhe...only the best jer dipilih...
source: www.vcrmed.com

so, yang perempuan plak akan standby di bilik selepas sejam tu...proses sperm tu ambil masa sejam laa...pas sejam tu turn perempuan plak, so dok dalam bilik prosedur tu doktor akan masukkan sperm tadi dalam rahim kita directly.  doktor masukkan muncung itik tu utk buka jalan dan inject sperm masuk ke dalam terus...prosedur ni tak tentu gak...ada yang lama, ada yang sekejap jer...kalau patient rasa sakit, doktor akan suruh rilek dulu....rasa bila inject masuk tu macam tak selesa sikit, nak kata sakit tu tak laah....oklaa cuma akan rasa tak selesa jer....pastu dalam setengah jam kena baring dalam keadaan katil ditinggikan dibahagian pinggang ke bawah bagi memastikan sperm betul2 masuk ke dalam dan mencari telur yang ready disenyawakan....kalau masa scan tu telur besar di sebelah kanan, then doktor akan suruh lebihan mengiring sebelah kanan, kalau kiri then kirilah...

pastu, boleh balik rumah, dah balik tu sila baring dan jangan aktif buat kerja sangat..amiklah masa sehari untuk baring dan berehat-rehat, banyakkan berdoa supaya dipermudahkan urusan kita.  ujian ini saya dah buat sebanyak tiga kali.  bulan ke empat saya minta untuk berehat seketika.  InshaAllah saya akan datang semula untuk percubaan kali keempat bila keadaan yang sesuai dan kami dah ready. saya juga doakan kengkawan yang akan atau sedang menjalani urusan seperti ini dipermudahkan..kita berusaha dan biar Allah tentukan rezeki kita...jangan berhenti untuk berdoa dan berusaha yer kawan-kawan

No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS