Buffet Lunch @ PICC

Thursday, May 19, 2016

assalamualaikum semua...
apa khabar pembaca sekalian..
mood malas nak update blog menjelma
tu yang senyap ajer tu beberapa hari
tapi hari ni update-update terus nak update pasal makan
ehehehehe...kasi semangat sikit

korang mungkin ada yang dah tahu
kalau ada yang belum tahu meh sini nak bagitahu
ni bukan nak promote ke apa...just nak share dengan kengkawan jer
kalau sesapa pembaca yang tinggal atau kerja di putrajaya
lehlah mencuba untuk lunch buffet kat PICC
makanan memang banyak pilihan
sampai tak termakan dibuatnya
masa sesampai jer tengok semua rasa nak makan
tapi bila da makan, rasa kenyang gile
harga berapa??
harga pada saya amat berpatutan jugaa
RM25 seorang untuk buffet lunch ni
saya tengok banyak jer group-group yang makan kat situ
walaupun saya tak makan seafood
tapi saya tengok orang ramai amik makanan ni
semua yang saya tanya kata sedap
so memang sedaplah kot agaknya...
cuba tau nanti 

kalau sesiapa yang tak nak makan nasi
leh makan kuew teaw goreng
ada gak cantonese mee and soup
tapi saya tak sempat nak rasa
cuma hari tu kuew teaw goreng ni saya rasa tak berapa sedap
kalau ikut tekak saya lah...ehehehhe

lebih kurang macam ni lah view dia...
tapi pemandangan dari cafe ni memang cantik
lokasi dia sangat cantik
sesuai untuk lepak dan santai
korang dah leh start untuk survey-survey buffet ramadan diaorang tau
booking awal dengarnya lagi murah

antara bahagian pencuci mulut yang saya sempat snap
ada ABC juga, bread pudding, cake, pelbagai jenis bubur
pendek kata semuanya enak-enak belaka

saya difahamkan ada lebih kurang 65 jenis makanan untuk buffet ni
setiap hari boleh didapati di Cafe@PICC
untuk tempahan bolehlah hubungi PICC 03-88876186
so kalau nak booking untuk makan reramai
kenalah booking awal okeh
bukan apa kekadang tu ramai gak dan penuh dengan tempahan setiap hari

semua hidangan nampak fresh belaka
tapi memang kenyang bebeno lah kalau nak melantak semua tu


makanan adalah stail kampung lah
so memang kenalah dengan tekak orang melayu
actually, banyak jer makanan lain tapi saya tak sempat nak snap
sebab malu plak orang tengok dok snap pic memanjang makan nyer tidak

segala macam jenis kerabu ada kat sini
korang boleh pilih ikut selera

gambar kat atas ni saya ambil dari google..
kat situ ada no contact untuk korang buat reservation
Cafe@PICC 03-88876186
mana tahu opis nak buat farewell ker
makan-makan ker kan?
leh suggestkan dekat bos korang


No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS