fifth cycle....teruskan usaha

Thursday, July 28, 2016

Dah lama kita tak share pasal IUI kan...
ini adalah fifth cycle saya utk IUI...2 kali IUI dan 2 kali secara semulajadi
haritu bulan puasa hakak rehat sekejap..bagi tenang-tenang sikit
plus, memang sibuk berpindah randah kan..
so, pas raya ni mulalah semula treatment tu

macam biasa hari kedua period kena pi hospital untuk amik ubat
ubat ape?...clomifene 50mg dan kali ni dos naik sikit
doktor suggest amik 150mg..bermakna 3 biji sehari
baiklah doktor, asalkan berhasil..kita mencuba tak salahkan
inilah contoh ubat tu....amik 3 biji sekali sehari
pengambilan hanya bermula hari kedua sehingga hari keenam
jangan memandai nak panjang-panjangkan masa plak yerkk
kang jadi lain plak...
pastu, hakak kena tunggu hari ke sepuluh untuk datang semula
day10 ni doc akan scan telur kita...tengok sama ada cukup besar tak
then kena inject...ouchh
payahnyer usaha nak dapatkan baby kan
tengok orang buang-buang baby tu rasa geram plak
tahu ker mereka, ada golongan yang berusaha nak kan anak
mereka boleh buang tanpa berperi kemanusiaan
memanglah terdesak pada ketika itu tapi tak leh bayanglah
macam ne sampai boleh tersampai hati tu kan
oklah tak mo sembang lebih..nanti geram plak kan
stress pun tak bagus, kacau hormon hakak nanti...
nanti akak update okeh utk next day10...
mana tahukan kali ni ada rezeki kami
ameen....

No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS