Nasi Kak Wok Cyberjaya

Monday, August 15, 2016

assalamualaikum pembaca blog sekalian
erm...terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk blog sendu ni
kalau korang rajin datang, saya kenalah rajin update kan
tak de nak update sangat pun
sekadar kongsi serba sedikit kat sini
minat bercerita tetapi tak tahu nak cita kat sapa
so kite bercerita kat alam maya jer

korang pernah makan Nasi Kak Wok ker?
mesti pernah kan....saya jer yang ketinggalan zaman
nama Nasi Kak Wok ni rasanya dah lama famous
tapi keteringinan tu belum mari lagi nak mencuba
sehinggalah satu hari tu terjumpa kedai Nasi Kak Wok ni
so, apa kata kita cuba kan?
nasi ni berasal dari Kelantan kalau tak silap saya
simple but sedap bagi saya
nasi putih, ada kuah gulai, ada ayam goreng dan sambal cili
so bila diblend semua tu dan masuk mulut..haruslah tak terkata
hendak plak dimakan ketika panas kan...makk aiiii
mertua lalu pun tak perasan okeh...

pas mencuba nasi ni...cik suami suka bebeno
walaupun dia bukanlah berasal dari sana
mungkin kerana selera tu kena kot
then, mencarilah kami kedai NKW ni kat area umah
alhamdulillah...kat Cyberjaya dah ada NKW okeh
happylah kami dapat menikmatinya pada bebila masa sahaja
bukan sahaja NKW ada jual kat sini
memacam ada terutama makanan berasal dari Negeri CIk Siti Wan Kembang ni
saya nak list kan kat sini saya pun tak pasti
tapi korang yang ada kat area berdekatan tu leh cuba ke sini yer
kat bersebelahan Zawara Coffee
nak mudah korang waze jer...

Beginilah rupanya Nasi Kak Wok tu....sedap koranggg
simple jer lauknya tapi sedap


tengok teh ais diaa....perghhhh




















inilah kedai Nasi Kak Wok Cyberjaya
so pasni kalau rasa teringin tu leh serbu sini
kalau tengahari during lunch break memang penuh
sooo apa tunggu lagiii..moh kitaaa

2 comments:

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS