Krabi, Thailand

Tuesday, November 15, 2016

kali ni nak update throwback story
bulan Oktober adalah bulan Anniversary kami
so normally jika diberikan kekuatan dan kesihatan
memang kami rancang untuk pergi bercuti
so since tiket dah dibeli awal...alhamdulillah percutian kami berjaya
tapi kali ni pi dekat-dekat jer
janji dapat spent time together
kalau hari biasa tu memasing sibuk
especially Encik Suami yang selalu travel

Syukur alhamdulillah
pejam celik pejam celik da masuk 3 tahun usia perkahwinan kami
baru setahun jagung jer...baru mula nak kenal diri pasangan
dan alhamdulillah juga kerana dugaan dan rintangan dapat kami harungi bersama
dalam perkahwinan ni kita takleh nak harap yang indah macam dalam drama 
kena terima hakikat baik buruk pasangan kita
dan pada masa yang sama kita pun kena pandai tackle pasangan kita jugak
apa yang diaorang suka, apa yang diaorang tak suka
semua tu kita kena ambil kira jugak...jangan main hentam aje tau
hidup berpasangan ni kena banyak tolak ansur
sebab kekadang tu apa yang kita suka dia tak suka
apa yang kita tak suka dia suka
so part ni maybe kita tak nampak masa kapel
jadi suami atau isteri kena pandai tackle pasangan masing-masing

Alhamdulillah saya dikurniakan pasangan hidup yang terbaik pada saya
tak kira lah pada orang lain macam mana kan..yang nak hidup dengan kita ialah dia
suami banyak support dan sentiasa ada di saat suka duka kita
iyerlah kekadang ada masa kita rasa down...or dia rasa down
kitelah yang kena support dan berada di sisi dia
sakit dia, maka sakitlah kita...ingat tu...kena banyak sabar tau

destinasi kali ni kami pilih Krabi
wow...dengar Krabi terus terbayang pulau yang cantik
yes, memang sangat-sangat cantik Krabi ni
dan yang paling aku suka ialah makanan kat sana
senang sangat nak cari makanan halal sebab ramai orang melayu kat sana
plak tu tak de lah banyak beza makanannya dengan kat Malaysia
korang leh jumpa roti canai, nasi lemak, dan yang penting Teh Ais dia sedap gillll okeh
tapi nak share banyak tak boleh sebab saya byk terdelete gambar-gambar kat sana
so apa yang saya boleh share kan saya share
mana tahu ada kengkawan yang nak ke sana kan
boleh dijadikan panduan mungkin

sesampai airport terus amik cab untuk ke hotel
tambang teksi dari airport ke hotel di Aonang Beach lebih kurang 600thb
ini memang standard rate dia dan kereta pun baru masa time aku naik tu
ada juga bas disediakan tapi ambil masa lama sikit nak sampai
tambang dalam 150thb...masa pun mesti lebih lama
kalau naik teksi dalam 45 minit sampai ke Aonang Beach tu

last minit kami booking hotel, hotel bebiasa jer
sebab short vacation so ambil yang bebiasa sebab aktiviti byk kat luar jer
kami amik hotel Buri Tara Hotel....dekat dengan Aonang Beach cuma tak menghadap beach lah
kos penginapan kami lebih kurang RM190 semalam (itupun sebab pool access)
hotel ni leh dapat harga murah lagi sebenarnya kalau bilik biasa-biasa jer
booking kami memang selalunya menggunakan Agoda...
jimat, murah dan mudah...senang kan!


inilah keadaan bilik dia....buka-buka sliding door terus kolam renang
so anytime korang nak terjun leh terjun
tapi aku tak sempat pon nak terjun sebab tak de masa pon


ada balkoni, so leh lah berkasih sayang memalam kat luar tu
tapi badan dah penat, tak sedor apa dah eheheheheh
hotel ni memang aku recommend lah kat korang
tak  nak amik yang pool access pun
korang leh amik yang bilik standard jer...
lainlah kalau korang gi honeymoonkan memang nak dok bilik aje 
eheheheheheh opsss...

kalau nak cari makanan pon senang kat hotel ni
korang keluar jalan kaki jer banyak kedai makan
ada food street yang buka dari jam 9.00 pg sampai 9.00 malam
jalan kaki dalam 5 minit jer dari hotel ni
nak ke Aonang Beach pun boleh jalan kaki jer
tapi saya suggestkan korang naik motor
sewa motor kat sana murah
haritu saya sewa dalam 200THB untuk 24 jam
memang berbaloi sangat...isi minyak then leh pusing satu Krabi
kat sana tak wajib pakai helmet pon tapi saya pakai sebab takut
ehehehhe seronok merempit kat Krabi..
orang Malaysia pun ramai kat sini...
dan orang-orang Krabi pun ada yang boleh cakap Melayu
motor korang leh sewa dengan hotel jer sebab hotel tempat saya stay ni
ada menyediakan sewa motor bagi yang berminat
hari kedua plak kami plan untuk ke pulau-pulau
yahuuu.....
pakej untuk ke pulau-pulau ni banyak tau
korang leh pilih memana jer agent yang korang suka
kos island hoping untuk seharian dalam 600THB seorang
pastu kena reserve kan 400THB untuk national park fees
so total dalam 1000THB kena standby seorang
national park fees tu ada yang terus kena bayar
dan ada gak yang dipungut masa dalam bot sebelum bertolak
macam saya cakap tadi, oleh kerana gambar banyak terdelete
jadi saya pendekkan entry saya ke Krabi ni
nak tunjuk lelebih semua da ter'delete' so sisa-sisa yang tinggal jer leh tunjuk

berbalik kepada pakej untuk ke pulau tadi
kalau korang nak privacy kan
korangleh jer sewa 'long tail boat' kat sana
kos 2200THB satu bot...so kalau pi berempat memang berbaloi
kami pun baru jer ternampak pakej ni lepas balik dari island hoping
so ralat gak sebab ramai mat salleh yang amik pakej ni
sebab privacy dan tak ramai dalam satu bot
dalam pakej ini ada termasuk makan tengahari sekali
jangan risau,,,korang leh jer tanya pakej tersebut sediakan makanan halal ke tak
normally diaorang akan bawa ke restoran halal
so pas penat-penat dok dalam bot, leh makan sedap
dalam bot pun ada disediakan air coke or mineral
pastu diaorang akan bagi buah masa atas bot
last sekali iaitu acara kemuncak dimana diaorang akan bawa korang ke satu tempat
pastu korang leh terjun dan snorkeling 
cantik tau kat sana..terutama Maya Beach tempat Leonardo Dicaprio berlakon cite The Beach tuu...air dia hijauu dan jernihh,....cantik sangat

ini masa kat first stop....

masa ni dah excited dah nak berenang...
tapi tak berenang pun sebab berhenti dalam 30 minit jer
lepas tu teruskan ke Phi-Phi Island...sepanjang perjalanan tu cantik sangat
untuk sampai ke sini dari Jeti ambil masa dalam 20 minit jugaklah
tapi korang mesti suka sebab cantik sangat Krabi nih

tengok...hijau kan air dia..jernih sangat tauu...
sepanjang perjalanan dalam bot korang leh tengok panorama macam ni
geram jer rasa nak turun ehehehehe




nilah Long Tail Boat yang saya ceritakan tu
bagi sesiapa yang datang dengan kengkawan

sesuai sangat naik boat ni sebab privacy tau
korang leh jer minta diaorang bawa kat celah-celah batu kat tengah laut tu
kalau bot besar memang takleh nak celah dah laa

aiskrim kelapa nikorang kena try tau
so masa berhenti lunch kat Phi Phi Don island

korang cuba aiskrim kelapa ni
harga dalam 50THB sahaja
rasa dia memang sedappp
makan plak tengah panas, toerbaikk sangattt







oklah belanja satu gambar kami masa kat Maya Beach
kat sinilah tempat Leonardo berlakon dalam cita The Beach tu
dia macam lagoon tapi jadi femes selepas cerita tu
pesanan buat korang yang nak mandi
hehati sebab pantai dia bahaya sikit
dari landai terus tetiba dalam
so pakai jer life jacket bagi sesiapa yang tak pandai berenang tu
dah dulu yer...nantikan update dari saya di entry yang akan datang...
stay tune darling..muahciked!







No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS