Resepi Kuih Keria

Thursday, November 10, 2016

hoccay, disebabkan hari ni ahkak gumbira (yang tak tahu kenapa)
so hakak update lah entry banyak sikit dari biasa
kalau tiba time malas tu, mak aiiii jengok blog pun tidak
bukan apa sekarang ni hakak banyak sangat mende kena buat
bukan sesuka tak nak update....tapi ada ke orang baca yer
ahahahhaa sesuka jer update blog ni pon..utk bacaan sendiri

hari ni jom kita belajar masak
esokkan jumaat, pastu kan sabtu
so sabtu korang mesti rajin masak kan?
ke makan luar gak?...ahahahah nasib ko lah kan
untuk resepi kali ni memang akak suka sangat
bukan suka sangat masak tapi suka sangat makan
disebabkan suka makan, so rajin lah membuat
kuih ni kalau makan memang tak rasa
sedo-sedo dah telan seploh itu pun kalau sedoo
kalau tak sedo, ntah-ntah sekuali leh telann
ahahahha
jommm cekidott bahan-bahan kat bawah tuuu
mudah je nak cari, ko tak perlu sesusah payah sangat

Bahan-bahannya

Keledek (ikut suka nak merah ke ijo ke biru)
Sedikit tepung gandum
Sedikit minyak
Gula pasir
Garam halus

Cara memasak:

1. Rebus keledek yang telah dipotong kecil-kecil dan diletakkan sedikit garam nak bagi rasa lemak dan dilenyek sehingga lumat seperti gambar di atas tu...Selepas tu korang kena ramas-ramas dengan tangan sambil tabur sedikit demi sedikit tepung gandum bagi keledek tu tak melekat dan bersatu antara satu sama lain.  Macam mana nak tahu adunan tu da pass, korang tengok dah tak melekat kat tangan tu maknanya da okla tu...tak yah tabur lagi tepung plak, kang kebatun keria ko, hakak tak tahu yerk

2. Setelah proses di atas tadi tu tamat.  Korang bulat-bulatkan plak mengikut size yang korang suka..tengoklah seperti gambar kat atas tu...sabo ajer lah ada kecik ada beso kan...masuk molot hilangg ehehehe tapi kekemasan dan kecantikan kena jaga tau...nak nak yang tetiba bakal mak mertua nak datang tu...kena buat kuih elok-elok..markah tinggi okeh ehehehhe.  Dalam dulang tu korang leh sapukan sedikit minyak atau tepung sahaja supaya keria kita tak melekat kat dulang.

3. Panaskan minyak dan goreng dalam api sederhana..kang hitam legam ahkak tak tahu yerkkk...so gambar di atas tu keria yang dah digoreng manje katanya...ikut selera korang tau...kalau rasa nak garing..korang kuningkan lagi sikit...ahkak suka yang lembut jer so kasi goreng manje-manje cukup...

4 . Part ni memang paling mencabar...masa nak sira ni kena betul, kalau tak keras kebatun la kuih korang yang gebu gebas di awalnya.  Tapi kalau takut nak amik risiko kan, korang leh jer blend gula tu buat macam donut..rasa dia sama jer...kali ni hakak cuba untuk sira gak keria hakak...sukatan dia secawan air dan gula hanya 5 sudu besar gula sahaja...dimasak dengan api sederhana...korang kena tunggu sampai buih-buih membuah tau..yang macam kat atas tu baru awalan jer...selagi tak buat jangan berani-berani nak masuk keria tuu....tak jadi kang, hakak tak tahu...
5. Setelah gula berbuih macam kat atas tu, masukkan keria yang digoreng manjer tu dalam kuali...gaul sehingga sebati dan menjadi seperti gambar di atas....gula tadi akan jadi seperti pasir...eh betul ke apa aku cuba cakapkan ni...korang paham kot...so selamat mencuba yerr....

senang jer kan...sedap dimakan semasa panas-panas..kalau dah sejuk tak best sangat..leh korang buat untuk minum petang weekend ni kan

No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS