Resepi: Sotong Goreng Kunyit

Friday, November 11, 2016

Assalamualaikum semua....
Salam Jumaat dan apa khabar?
Moga kita semua sentiasa sihat sejahtera dan di dalam lindunganNya
so semua nampak ceria jer kan..ni mesti arini hari Jumaat kan
esok adalah hari bersama keluarga...
macam-macam plan dalam kepala korang kan
apa pun adik-adik, kakak-kakak semua jaga diri tau
keselamatan semua adalah keutamaan kita..
sekarang ni macam-macam boleh berlaku
walaupun kadang-kadang bukan kecuaian kita pun

hari yang barakah ini
ahkak nak share resepi mudah lagi kacang goreng
hakak percaya korang kejam mata jer da boleh buat
tapi awas yer, jangan masak sambil kejam mata plak
kang takut lain plak yang jadinya...hakak jugak salah *tangan kat bahu*
resepi hari ini akak baru jer masak malam tadi
Encik Suami kata nak makan simple-simple ajer
so terus dapat idea masak resepi ni
lepas makan terus mendapat pujian
Alhamdulillah....suami suka
iyerlah kan, kita ni sebagai isteri kena jaga perut suami
kena rajin tanya suami nak makan ape
bila suami pujian masakan tu terus rasa diawangan sangat
jadi hari ni jom kita masak Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

5 ekor sotong...untuk 2 orang makan
3 batang kacang panjang
7 biji cili hijau (kepedasan ikut suka)
2 sudu kecil kunyit serbuk
1 bawang besar dihiris
sedikit minyak
garam halus

Cara memasak

1. Potong sotong mengikut size yang anda suka...jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Korang kena buang yer selaput yang nipis warna purple kat luar kulit dia tu...bagi dia putih melepak gitu..lepas basuh kita perap dengan serbuk kunyit dan garam keseluruh sotong.

2. Sementara perapan kita sebati, kita boleh siapkan bahan-bahan yang lain.  Sesambil tu panaskanlah minyak.  Ok, minyak jangan banyak sangat tau..tak perlu sampai tenggelam sotong, cukup sekadar sotong kena minyak jer..manje-manje jer ukuran minyak dengan sotong.

3. Sotong digoreng sehingga masak atau garing, Korang kena balik-balik kan sotong sampai minyak tinggal sikit dan bumbu atau kunyit jadi garing.  Atau lebih senang minyak dia tinggal sikit jer...dan sotong nampak garing dan masak.

4. Masukan bawang besar yang dihiris tebal, kacang panjang dan cili padi selepas sotong masak, kecilkan api dan gaul semua sebati sehingga naik bau.  Sotong dan bahan-bahan lain nampak sebati then boleh angkat.  Sedap kalau makan dengan nasi panas tau.  Sotong ni tidak berkuah yer..tapi kalau korang nak letak kuah pun boleh gak...kena masukkan asam keping bagi yang berkuah...

Selamat mencuba...

Doakan hakak rajin lagi utk update resepi lain...daaaa
Selamat berhujung minggu

No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS