Baby A

Tuesday, May 23, 2017

lamanye rasa tak update blog.
sejak ada si kecil ni...kena curi-curi masa nak buat kerja
tapi nasiblah ada bantuan pembantu rumah
proses membiasakan diri tu sebenarnya mengambil masa yang lama
sekarang ni dah mula biasa dengan keadaan
tambah-tambah plak suami agak kerap outstation
tapi bersyukur juga sebab sesama ambil tanggungjawab pada baby
bukan senang yer nak dapat orang lelaki yang boleh membantu
terutama membantu isteri membuat kerja rumah
bukanlah nak kata semua lelaki macam tu, tak semua
hanya segelintir sahaja yang macam tu....

rutin harian sekarang ni pun dah berubah 100%
bukan ape, kita kena fikirkan juga baby kan
kalau dulu fikir diri sendiri dan suami
tapi sekarang kena fikirkan segala keperluan mencukupi
terutama untuk susu dan makanan juga kelengkapan bayi
apa yang kita harapkan anak sihat sentiasa
susah hati woo anak sakit..
dua kali anak kena attack by pneumonia memang merungsingkan
tapi alhamdulillah dah clear semuanya
tapi tetap juga saya request untuk continue monitor by peads
lama juga saya kuarantin anak untuk tidak terdedah dengan persekitaran
bukan mengada-ngada tapi langkah berjaga-jaga
tak sanggup nak tengok anak menangis kena cucuk sana sini

sekarang anak dah berusia 8 bulan
alhamdulillah, segala pahit getir dah tempuh
mungkin di masa hadapan kita tak tahu lagi
nanti saya share macam mana keadaan kritikal baby saya kena attack pneumonia
saya tak nak salahkan sesiapa, tapi sebagai ibu bapa saya mengambil tanggungjawab itu
kita sedaya upaya akan cuba lakukan yang sehabis baik dan termampu untuk anak kita
sekarang ni kalau shopping, priority memang pada anak sahaja...
mommy daddy tak dapat pun tak per...
makanan anak beli yg mahal-mahal dan organic
takpe mommy daddy makan yg biasa-biasa..
begitulah perasaan bila da ada anak...sekarang ni baru merasa
berjaga malam tu mende biasa sekarang ni
mujurlah anak saya hanya berjaga untuk susu sahaja
alhamdulillah, baby A sangat mudah nak jaga...
merengek pun tidak kalau tak sihat
sangat active dan sentiasa tersenyum...
mungkin dia faham mommy daddy akan gelabah kalau dia menangis ekekekek
mau tak gelabah wey, budak bukan leh cakap dia nak ape
kalau pandai cakap senang gak nak tackle
inilah Baby A....
so pasni blog ni jadi blog untuk dia plak la yer..mesti memanjang pasal dia ajer..
bertabahlah korang...


No comments:

Post a Comment

chuppp!!!chuppp!!

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS