Majlis Akikah Baby A

Wednesday, August 16, 2017

biasa orang masa baru lahir da buat akikah
tapi kami buat bila Baby A dah besar sikit
bukan sengaja melambatkan 
tapi pada awal-awal kesihatan Baby A tak berapa baik
so bagi kesihatan Baby A konsisten dulu
baru kami fikir utk buat
majlis ni merangkap sekali dengan open house raya
alang-alang dah buat tu, kita sekalikan
jimat kos jugak kan....

memula dengan majlis ringkas-ringkas jer
dah last minit terpikir plak nak ada mini pelamin
pastu bila dah ada mini pelamin, rugi pulak kalau tak de cameraman
haaa sudahnya dah jadi majlis besar
kira besarlah untuk kami
mungkin pada orang lain bebiasa jer kan

jemputan tak ramai pun
lebih kepada kaum keluarga dan rakan-rakan
kalau nak jadi tuan rumah ni memang seram semacam tau
bukan aper, semua korang kena pikir tau
sesiap ada plan B bagaiii
bukan aper kita bersedia sekiranya makanan tak cukup,
kalau hari hujan macam mana?
tetamu nak duduk mana?
kedudukan sajian tu kat mana...
ehh pokoknya semua kena fikir
lagi pulak En Suami dah tiga minggu berturut-turut ni
asyik terbang ajer...so kena uruskan sendiri semuanya
kena contact catering, confirmkan semuanya
call plak pelamin utk set up bilaa
cameraman plak macam mana, semua ko kena ready




untuk catering aku memang dah riki lama dah
cari harga yang berpatutan dan pastikan makanan lazat
so dah shortlist kan then buat appointment utk food testing
memandangkan ini pertama kali berurusan dengan catering ni
so kami datang untuk food testing
harga dah cun dah...rasa kena setanding harga la kan
so telah dipersetujui semua, kami booking terus
nama catering ni NC Caterer & Canopy
harga sangat berbaloiii....
makanan sedapp...
servis pun tip topp sangat...
secara keseluruhan kami sangat berpuashatiii
korang nak survey leh la call Pn Shamsiah : 0172598381
Fb pun diaorang ada...NC Caterer Canopy
InsyaAllah,,,,sangat berpuashati


Untuk cameraman plak
kami amik yang bajet-bajet jerr
iyerlah kan nak pastikan momen2 indah ni tak miss
soo amik lah Photog Fadly C Pet
korang leh tengok kat FB Fadly C Phet
harga pun berpatutan
dia akan bertugas dari mula majlis sehingga tamat
bayaran haritu RM 300 utk servis dari 11:30 pagi - 4:00 ptg
bayaran tertakluk kepada occassion yer 
nak tahu details kena direct contact dia
No. HP : 0196142468


untuk mini pelamin plak 
kami ambil dengan SiManja Berendoi
pelamin simple dan sweet menjadi pilihan kami
oklah untuk baby kan...
ikutkan hati nak amik pink-pink
tapi apakan daya anak lelaki
ko jangan buat hal nak pink sangat
ekekekek confuse orang datang nanti
nak tahu lebih lanjut leh lah tengok kat FB SiManja Berendoi
atau contact dengan Pn Ikin : 0109106123
contact diaorang lagi senang uolss...
mana tahu tengah promotion kann...
dapat harga istimewa
sebab SMB memang rajin buat promosi 


bagi goodies plak
kami decide utk tempah yassin comel
da dua kali kami tempah dengan diaorang ni
kualiti memang sangat terbaik
mukasurat dalam warna warni dan menggunakan kertas berkualiti
bukan kertas A4 yang biasa tu...
so memang sangat puashati
korang leh tengok banyak design kat dalam FB diaorang
FB Tempahan Yassin, Sticker & TQ tag
confirm korang akan berpuashati
servis pun laju jerr....

semoga Baby A akan membesar menjadi anak yg soleh, bijak dan 
berbakti kepada manusia lain...
siapa tak sayang anak kann...

tak lupa juga buat anak-anak tahfiz
yang hadir menceriakan lagi majlis kami
kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat menambahkan barokah majlis ini
diaorang ni siap buat persembahan qasidah lagi
hebat anak-anak ini.....

antara sebahagian keluarga kami....
merekalah orang kuat dalam majlis ni
tanpa mereka mungkin kami berdua tak dapat nak handle semuanya
terima kasih uolss....

sempat lagi posing ipar2 iols niii
tengok, untungkan ada cameraman ni
semua dia snap...
so tuan rumah tak yah susah-susah usung camera phone
settle masalah, hati pun gumbiraaa...

antara serba sedikit gambar catering set up kat kanopi
ada dua orang pramusaji yang kan standby utk make sure lauk cukup
dan keadaan meja terkawal
kerja menjadi lagi mudah sebab mereka kerja dengan baik
tuan rumah hanya memantau sajaaa

buat sesuka jerr potong sikit rambut Baby A
dulu pernah buat gak masa dia baby lagi
kali ni buat sesuka ajerr....tak buat mende pun rambut tuu
ekekekeke buang sesajaaa

tetamu-tetamu kami yang hadir
semua sporting
dan alhamdulillah makanan pun semua lazat dan cukup...
ini baru sebahagian sahaja yer...
keluarga kami bila bergabung memang besar dan meriah..
.seronok bila sesekali berjumpa semua

antara rakan-rakan pejabat yang hadir
nak keluarkan semua nanti penuh plak entry nii
sooo hanya keluarkan sebahagian ajerr
jadi tuan rumah ni kena rajin ronda mejaa tetamu tau
supaya mereka tak berkecil hati
memang tak sempat nak layan semua tapi sekuranr-kurangnya luangkan masa sedikit

ehehehehe family potrait....

mama dan mak mertua sayaa...
tema hari tu memang merah...
sooo sungguh anggun mereka dan corak baju pun hampir sama
i love  you laaahhh

my family yang datang dari muarr...
terima kasih kerana sudi luangkan masa utk datang yer
kami sangat hargai kaliannn...

okay, rasanya itu saja yang nak kongsi tentang majlis yang berlangsung ni
hati rasa senang bila abis majlis ni sebab tengok wajah-wajah tetamu
alhamdulillah juga Baby A sentiasa mood baik sepanjang hari tuu
soo alhamdulillah, semuanya selesai seperti diharapkan
InshaAllah kita bertemu dilain kali....
byeeeee...

Hari Raya 2017....

Wednesday, August 2, 2017

walaupun dah agak berlapok tapi sistur nak update jugak
boleh buat kenangan sepanjang zaman
raya tahun pertama bersama Baby A
so pastilah excited nye tu terlebih sikitkan
walaupun banyak drama sebelum raya

mau tak drama....baju raya yang ngko hantar dari bulan Januari
sampai dua hari sebelum raya masih tak siap lagi
mauuu berapi gak lah kan
memula tailor call kata salah antar kain
kain yang kami hantar tu tak cukup
even katanya hanya sedepa
amboii, hilang akaiii kaaaa kami nak hantar kain sedepa
tak puas hati datang kedai tengok
bila rasa, sah memang bukan kain kami
cari punya cari terjumpalah kain kami
haaa....depa yang silap...
pastu kata seminggu siap
sudahnya sampai nak raya tak siap-siap...
memang amukkan ablasa laa jadinya
sebelum sistur mengamuk baik kome selesaikan
tailor akhirnya janji akan hantar depan rumah 
sistur tak kira, tengah malam pun takpe 
janji baju raya siap...
baju raya dikk oiiiii...ko jgn gurau kasar cakap baju tak siappp
itulah kisah baju raya encik suami dan Baby A yg tak siap
tapi akhirnya siap jugakkkk....nasib baikkkk
tapi baju sistur plak yg tak comellll
nasib ada plan B...tak per laa janji cik abe dan baby A comel
mommy pakai baju bebiasa pun tak per nakk oii
aura dah ada anak ni lain sikit...asyik beralaah ajerr ekekekeke

tahun ni kami beraya di Selangor jer (sebelah suami)
so sempat lagi lah shopping last minit kat KL kan
kebetulan encik suami plak kena ke Manila dan balik 2 hari sebelum raya
so persiapan semua terhenti seketika...
nasib baju Baby A da awal-awal lagi beli
sekarang kan semuanya online jerr ehehehe
gambar hari raya pertama....
bukan senang nak control Baby A utk amik gambar
so kena selfie baru leh...ginilah mak-mak yang ada anak kan
mak dah tak leh nak melawa lagi da
jangan berangan nak pakai shawl ropol-ropol sangat lahhh
memang berbawal ajerlaah kitaaa...


akhirnya dapat gak bergambar bertiga...my small family
plannya kami bertiga baju sama tapi apakan daya perancangan tak menjadi
so mommy kena pakai baju lainnn....tak perlaahh janji dapat berayakan

sempat snap masa mak mertua buat open house...
sebelum tetamu sampai baik kita posing dulu
nanti kompom peluh tiakk sebab bekerja keras kann

kawasan taman kami pon tahun ni da start meriah
tahun lepas kami baru pindah so tak ramai lagi
tahun ni baru meriah sebab ramai yang dah masuk
so dapatlah beraya dari satu rumah ke rumah yang lain
 tak dapat  nak bercerita lebih sebab banyak gambar tak dapat nak upload dalam ni
so dapat upload sedikit pun jadilah kan...sebagai kenangan
kekadang tu beraya bukan sempat nak bergambo pun kan
apa pun walaupun raya dah habis...sistur gigih jugak nak update kekekeke
last but not least
nak gak up gambar satu family sebelah suamii
meriahhh gittewww





Baby A

Tuesday, May 23, 2017

lamanye rasa tak update blog.
sejak ada si kecil ni...kena curi-curi masa nak buat kerja
tapi nasiblah ada bantuan pembantu rumah
proses membiasakan diri tu sebenarnya mengambil masa yang lama
sekarang ni dah mula biasa dengan keadaan
tambah-tambah plak suami agak kerap outstation
tapi bersyukur juga sebab sesama ambil tanggungjawab pada baby
bukan senang yer nak dapat orang lelaki yang boleh membantu
terutama membantu isteri membuat kerja rumah
bukanlah nak kata semua lelaki macam tu, tak semua
hanya segelintir sahaja yang macam tu....

rutin harian sekarang ni pun dah berubah 100%
bukan ape, kita kena fikirkan juga baby kan
kalau dulu fikir diri sendiri dan suami
tapi sekarang kena fikirkan segala keperluan mencukupi
terutama untuk susu dan makanan juga kelengkapan bayi
apa yang kita harapkan anak sihat sentiasa
susah hati woo anak sakit..
dua kali anak kena attack by pneumonia memang merungsingkan
tapi alhamdulillah dah clear semuanya
tapi tetap juga saya request untuk continue monitor by peads
lama juga saya kuarantin anak untuk tidak terdedah dengan persekitaran
bukan mengada-ngada tapi langkah berjaga-jaga
tak sanggup nak tengok anak menangis kena cucuk sana sini

sekarang anak dah berusia 8 bulan
alhamdulillah, segala pahit getir dah tempuh
mungkin di masa hadapan kita tak tahu lagi
nanti saya share macam mana keadaan kritikal baby saya kena attack pneumonia
saya tak nak salahkan sesiapa, tapi sebagai ibu bapa saya mengambil tanggungjawab itu
kita sedaya upaya akan cuba lakukan yang sehabis baik dan termampu untuk anak kita
sekarang ni kalau shopping, priority memang pada anak sahaja...
mommy daddy tak dapat pun tak per...
makanan anak beli yg mahal-mahal dan organic
takpe mommy daddy makan yg biasa-biasa..
begitulah perasaan bila da ada anak...sekarang ni baru merasa
berjaga malam tu mende biasa sekarang ni
mujurlah anak saya hanya berjaga untuk susu sahaja
alhamdulillah, baby A sangat mudah nak jaga...
merengek pun tidak kalau tak sihat
sangat active dan sentiasa tersenyum...
mungkin dia faham mommy daddy akan gelabah kalau dia menangis ekekekek
mau tak gelabah wey, budak bukan leh cakap dia nak ape
kalau pandai cakap senang gak nak tackle
inilah Baby A....
so pasni blog ni jadi blog untuk dia plak la yer..mesti memanjang pasal dia ajer..
bertabahlah korang...


Krabi, Thailand

Tuesday, November 15, 2016

kali ni nak update throwback story
bulan Oktober adalah bulan Anniversary kami
so normally jika diberikan kekuatan dan kesihatan
memang kami rancang untuk pergi bercuti
so since tiket dah dibeli awal...alhamdulillah percutian kami berjaya
tapi kali ni pi dekat-dekat jer
janji dapat spent time together
kalau hari biasa tu memasing sibuk
especially Encik Suami yang selalu travel

Syukur alhamdulillah
pejam celik pejam celik da masuk 3 tahun usia perkahwinan kami
baru setahun jagung jer...baru mula nak kenal diri pasangan
dan alhamdulillah juga kerana dugaan dan rintangan dapat kami harungi bersama
dalam perkahwinan ni kita takleh nak harap yang indah macam dalam drama 
kena terima hakikat baik buruk pasangan kita
dan pada masa yang sama kita pun kena pandai tackle pasangan kita jugak
apa yang diaorang suka, apa yang diaorang tak suka
semua tu kita kena ambil kira jugak...jangan main hentam aje tau
hidup berpasangan ni kena banyak tolak ansur
sebab kekadang tu apa yang kita suka dia tak suka
apa yang kita tak suka dia suka
so part ni maybe kita tak nampak masa kapel
jadi suami atau isteri kena pandai tackle pasangan masing-masing

Alhamdulillah saya dikurniakan pasangan hidup yang terbaik pada saya
tak kira lah pada orang lain macam mana kan..yang nak hidup dengan kita ialah dia
suami banyak support dan sentiasa ada di saat suka duka kita
iyerlah kekadang ada masa kita rasa down...or dia rasa down
kitelah yang kena support dan berada di sisi dia
sakit dia, maka sakitlah kita...ingat tu...kena banyak sabar tau

destinasi kali ni kami pilih Krabi
wow...dengar Krabi terus terbayang pulau yang cantik
yes, memang sangat-sangat cantik Krabi ni
dan yang paling aku suka ialah makanan kat sana
senang sangat nak cari makanan halal sebab ramai orang melayu kat sana
plak tu tak de lah banyak beza makanannya dengan kat Malaysia
korang leh jumpa roti canai, nasi lemak, dan yang penting Teh Ais dia sedap gillll okeh
tapi nak share banyak tak boleh sebab saya byk terdelete gambar-gambar kat sana
so apa yang saya boleh share kan saya share
mana tahu ada kengkawan yang nak ke sana kan
boleh dijadikan panduan mungkin

sesampai airport terus amik cab untuk ke hotel
tambang teksi dari airport ke hotel di Aonang Beach lebih kurang 600thb
ini memang standard rate dia dan kereta pun baru masa time aku naik tu
ada juga bas disediakan tapi ambil masa lama sikit nak sampai
tambang dalam 150thb...masa pun mesti lebih lama
kalau naik teksi dalam 45 minit sampai ke Aonang Beach tu

last minit kami booking hotel, hotel bebiasa jer
sebab short vacation so ambil yang bebiasa sebab aktiviti byk kat luar jer
kami amik hotel Buri Tara Hotel....dekat dengan Aonang Beach cuma tak menghadap beach lah
kos penginapan kami lebih kurang RM190 semalam (itupun sebab pool access)
hotel ni leh dapat harga murah lagi sebenarnya kalau bilik biasa-biasa jer
booking kami memang selalunya menggunakan Agoda...
jimat, murah dan mudah...senang kan!


inilah keadaan bilik dia....buka-buka sliding door terus kolam renang
so anytime korang nak terjun leh terjun
tapi aku tak sempat pon nak terjun sebab tak de masa pon


ada balkoni, so leh lah berkasih sayang memalam kat luar tu
tapi badan dah penat, tak sedor apa dah eheheheheh
hotel ni memang aku recommend lah kat korang
tak  nak amik yang pool access pun
korang leh amik yang bilik standard jer...
lainlah kalau korang gi honeymoonkan memang nak dok bilik aje 
eheheheheheh opsss...

kalau nak cari makanan pon senang kat hotel ni
korang keluar jalan kaki jer banyak kedai makan
ada food street yang buka dari jam 9.00 pg sampai 9.00 malam
jalan kaki dalam 5 minit jer dari hotel ni
nak ke Aonang Beach pun boleh jalan kaki jer
tapi saya suggestkan korang naik motor
sewa motor kat sana murah
haritu saya sewa dalam 200THB untuk 24 jam
memang berbaloi sangat...isi minyak then leh pusing satu Krabi
kat sana tak wajib pakai helmet pon tapi saya pakai sebab takut
ehehehhe seronok merempit kat Krabi..
orang Malaysia pun ramai kat sini...
dan orang-orang Krabi pun ada yang boleh cakap Melayu
motor korang leh sewa dengan hotel jer sebab hotel tempat saya stay ni
ada menyediakan sewa motor bagi yang berminat
hari kedua plak kami plan untuk ke pulau-pulau
yahuuu.....
pakej untuk ke pulau-pulau ni banyak tau
korang leh pilih memana jer agent yang korang suka
kos island hoping untuk seharian dalam 600THB seorang
pastu kena reserve kan 400THB untuk national park fees
so total dalam 1000THB kena standby seorang
national park fees tu ada yang terus kena bayar
dan ada gak yang dipungut masa dalam bot sebelum bertolak
macam saya cakap tadi, oleh kerana gambar banyak terdelete
jadi saya pendekkan entry saya ke Krabi ni
nak tunjuk lelebih semua da ter'delete' so sisa-sisa yang tinggal jer leh tunjuk

berbalik kepada pakej untuk ke pulau tadi
kalau korang nak privacy kan
korangleh jer sewa 'long tail boat' kat sana
kos 2200THB satu bot...so kalau pi berempat memang berbaloi
kami pun baru jer ternampak pakej ni lepas balik dari island hoping
so ralat gak sebab ramai mat salleh yang amik pakej ni
sebab privacy dan tak ramai dalam satu bot
dalam pakej ini ada termasuk makan tengahari sekali
jangan risau,,,korang leh jer tanya pakej tersebut sediakan makanan halal ke tak
normally diaorang akan bawa ke restoran halal
so pas penat-penat dok dalam bot, leh makan sedap
dalam bot pun ada disediakan air coke or mineral
pastu diaorang akan bagi buah masa atas bot
last sekali iaitu acara kemuncak dimana diaorang akan bawa korang ke satu tempat
pastu korang leh terjun dan snorkeling 
cantik tau kat sana..terutama Maya Beach tempat Leonardo Dicaprio berlakon cite The Beach tuu...air dia hijauu dan jernihh,....cantik sangat

ini masa kat first stop....

masa ni dah excited dah nak berenang...
tapi tak berenang pun sebab berhenti dalam 30 minit jer
lepas tu teruskan ke Phi-Phi Island...sepanjang perjalanan tu cantik sangat
untuk sampai ke sini dari Jeti ambil masa dalam 20 minit jugaklah
tapi korang mesti suka sebab cantik sangat Krabi nih

tengok...hijau kan air dia..jernih sangat tauu...
sepanjang perjalanan dalam bot korang leh tengok panorama macam ni
geram jer rasa nak turun ehehehehe




nilah Long Tail Boat yang saya ceritakan tu
bagi sesiapa yang datang dengan kengkawan

sesuai sangat naik boat ni sebab privacy tau
korang leh jer minta diaorang bawa kat celah-celah batu kat tengah laut tu
kalau bot besar memang takleh nak celah dah laa

aiskrim kelapa nikorang kena try tau
so masa berhenti lunch kat Phi Phi Don island

korang cuba aiskrim kelapa ni
harga dalam 50THB sahaja
rasa dia memang sedappp
makan plak tengah panas, toerbaikk sangattt







oklah belanja satu gambar kami masa kat Maya Beach
kat sinilah tempat Leonardo berlakon dalam cita The Beach tu
dia macam lagoon tapi jadi femes selepas cerita tu
pesanan buat korang yang nak mandi
hehati sebab pantai dia bahaya sikit
dari landai terus tetiba dalam
so pakai jer life jacket bagi sesiapa yang tak pandai berenang tu
dah dulu yer...nantikan update dari saya di entry yang akan datang...
stay tune darling..muahciked!







 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS