HARIMAU vs SINGA

Thursday, July 28, 2011

malam ni pertarungan antara SINGA dengan HARIMAU yang akan sengit
walaupun aku ni bukanlah dok peminat tegar sukan ni tapi kekadang tu rajin gak la tengok tv sebab memberikan sokongan padu pada team MALAYSIA..  aku tengok team MALAYSIA makin menyinarlah sejak menang AFF SUZUKI haritu..sokongan pun makin padu dari rakyat Malaysia kan...syabasss
Pertarungan hari tu aku dapat saksikan di Pulau Pangkor...hah kaauuu bergegar pulau dek sorakan mereka-mereka yang sesama tengok bola ketika itu...dari aku yang tak kenal sorang pun pemain leh jadi kenal nama mereka..syabas la sebab akhirnya sukan bola sepak negara kita makin bersinar dan sokongan juga makin bertambah..dikatakan bagi perlawanan malam ni, semua tiket habis dijuall...marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan doa untuk pasukan Malaysia yekk...paling mengejutkan harga tiket melonjak naik sehingga RM300 sekeping okayyy!!..gile mahal dan ada yang sanggup beli tau...

dok citer pasal bola nih, confirm malam ni mama aku akan dok depan tv yer dengan penuh perasaan emosinya. ahahah dia peminat bola yek, sampaikan semua nama kucing kiteorang nama pemain bola sepak dunia..hahahahah kiteorang pun layankan jerlaa...nanti kang sentap plak kann...

buat pasukan bola sepak Malaysia, hero-hero ku....


kehadapan pakwe-pakweku yang disayangi.  Moga hari ini sayang di kurniakan kesihatan yang baik dan diberkati Allah hendaknya.  Kedatangan warkah yang tidak diundang ini adalah untuk memberikan kata-kata semangat kepada abang...(auww ada orang panas hatii)..pastikan jangan sia-siakan sokongan ayang pada abang..ingat dan fokus semasa di atas padang kerana ayang sentiasa memberikan sokongan dan doa agar abang tidak dikenakan kad kuning apatah lagi kad merah...

abang,
sepak bola biar masuk dalam gol...gol sendiri yerk abang bukan gol orang lain...kalau boleh dan ayang tahu abang boleh untuk lari selaju-lajunya untuk mengejar bola..abaikan mereka yang guna taktik-taktik jatuh-jatuhkan badan sebab nak dapatkan sepakan percuma...ayang tahu abang boleh lakukan...sokongan padu ayang dan rakyat Malaysia sentiasa bersama abang di atas padang...(hah amik kooo, geli geleman plak aku)

jaga gawang gol kite elok-elok yekkk!!! muahhh

pastikan kemenangan menjadi milik Malaysia

sebelum korang muntah dan aku pitam, baik aku chaw dulu..ahahahah bila da lama-lama tak tulis surat cinta guna pen wangi ni tetiba jadi speechless...ahahahahah

alahai lelaki

Friday, July 22, 2011

perasan tak sekarang ni cuaca sangat panas kan?..bayangkan nanti bulan pose
gamaknya, lembiklaa kan bile time-time puasa dengan cuaca yang panas
excited semacam nak sambut pose, sebab nak ghaye kan??kan??
tapi sedih sebab baju raya tak de satu pun lagi...da besar-besar ni macam da kurang meriah sikit
kalau dedulu kecik-kecik semua tu mama ayah siapkan, bile time kena beli sendiri mulalah terkuis-kuis nak save budget kan..tahu pun kann?? dulu ngko main tunjuk jer, tak dapat mau ko baring atas lantai kat kedai tuu...bukan ngko kesah pun mak ayah ada duit ke tak...ermmm..

dalam pada sok sek sok sek (flu) tetiba jer datang idea yang ntah dari mana..sebenarnya da lama nak share mende ni cuma tak de masa jer nak gebang kat blog ni. selalu gak terdengar orang lelaki dok menempelak yang kaum perempuan sekarang ni tak macam dulu..kaum perempuan sekarang ni materialistik, kaum perempuan sekarang ni itulah inilah...ermm..memacam la yerk songel korang dok ngata..tapi sedar tak yang kaum perempuan ni lah diciptakan untuk melengkapkan hidup seorang lelaki..takyah citer keburukan laah, setiap ciptaan Allah itu adalah sempurna namun pembawakan watak, cara dan penampilan itu dicorakkan oleh manusia tu sendiri kan...dan aku setuju mengatakan cara pembesaran dan corak didikan memainkan peranan penting untuk memastikan sahsiah diri seseorang itu, setuju tak?...sebab kite akan mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di sekeliling kita sendiri...

korang rasalah, zaman sekarang ni, laaa ni ada lagi ke lelaki yang gentleman? wowww, besar isu ni!! menggigil nak cerita ni takut gak laa menyentuh sensitiviti kaum lelaki kan..tapi apalah salahnya sesekali kaum lelaki mendengar apa agaknya yang ada dalam kepala kaum wanita ni juga.tapi aku nak ingatkan bahawa apa yang aku gebang ni bukan lah fakta yang aku amik dalam buku psikologi ke hape, ini cuma pendapat aku semata-mata...

kenapa lelaki sekarang ni susah nak acting gentleman dengan wanita??
sebab mereka da merasakan kemampuan wanita setanding dengan kaum lelaki. dari segi pencapaian akademik..ehemmm, tidak dinafikanlah kan..lihat jer laa kalau kat university tu rata-rata korang jumpa yang pakai braa...tambah plak golongan lelaki pun sekarang ada gemar pakai bra kan..ahahah ke mana perginya golongan lelaki ini? adakah mereka sekadar tamat tingkatan lima dan da dikira berjaya dalam hidup??? tapi ada gak lelaki yang berjaya kan tak semua macam tu...memang kaum wanita memberikan persaingan yang sihat dari segala segi tapi harus jugak diakui bahawa wanita ini adalah golongan yang lemah dan sensitif...(jagala hatinya)

kekadang tu geram gak kat kaum adam ni, mereka punye demand setinggi langit tapi mereka sendiri tak pun ikut standard KPI kaum hawa. kaum hawa hanya berdiam diri jer...coool jerr..taste memang artis, nak gegel yang comel, ada lesung pipit, gigit geraham tak nak ada tampal, jerawat batu kurang dari lima, body solid molid, pandai bergaya, cukup laa sebijik macam patung barbie tu...tapi ko tengok lelaki bile dia kuar dating, awal-awal kenal jer segak siap pakai kemeja bagai..pastu lima kali jumpa...ko tengok dia dressing macam ne..macam nak gi nengok pertandingan memancing ye..yang kite ni da bersemangat cecantik terus punah yee...kekonon katanya da ada keserasian dalam perhubungan, cehhh!!!

pastu lelaki sekarang ni da kurang romantik, katanya bukan tak romantik tapi malas nak lebih romantik nanti perempuan manja...ewahhh, dulu tetiap hari ko send mms bunga kat aku kan??..sekarang ni siap ko leh send mms 'katak' sebab ko tahu tulah haiwan paling digeruni gelfren ko..kekonon manjer la bile buat gelfren takut gituuu..plak tu send time tengahmalam yang mana ko tahu gelfren ko tengah tidooo kann...kalau lah dia terkejut terus padam, cam ne???..pastu kalau dulu siap macam ada templates dalam hp tu mesej-mesej wajib hantar kat gelfren sejam sekali, bila da kapel lama sikit, ko jangan harap nak tanya da makan ke belum....sesilap kite plak kena ingatkan dia soh mesej kita...makan hati lagi kan...kekadang tu perempuan ni bukanlah nak dilayan seperti princess sangat pun (masih nak dilayan lagi la) tapi orang kata tu, manjakanlah hatinya dengan kasih sayang, kalau lelaki tu tunjukkan kasih sayang dia sekali kat perempuan tu, aku gerenti perempuan akan 10 kali lebih sayang kat dia...itulah perempuan okeh!!!

kalau nak tahu, perempuan ni selalu akan berhias nak cantik di depan mata BF dia. korang caya tak, kalau nak kuar dating tu, tiga hari da fikir baju apa nak pakai, kalau baju da boring siap boleh beli baju baru lagi..punyalah excited nak jumpa kekasih hati..tapi lelaki...hurmm, pot pet pot pet gegel dia tak comel la, perut da berlipat laa..tapi tengok la dia dress up macam ner..balik-balik jeans kelabu asap, suar katok, tshirt lusuh, tak koyak da kire untung la katanya..tapi perempuan takkan sampai hati nak tegur..bukan minta diaorang dressing mcm clown ke, tetiba jemput gelfren kat rumah pakai baju macam tok guru silat ker, yang penting kemas, bersih dan tukar-tukarlah gak baju tu...beli baju baru..mahal murah tu tak kisah pun...janji ada variety..tapi kalau ko tegur kang sentap plakk...terus tak jadi dating kan??...soo redha jer kay...


surprise!!!!...wahh, menarik kalau citer bab surprise ni..sapa yang tak suka surprise kan? ermm..memula bercinta memacam okay ko dapat, kire stok sebulan ko tak yah beli jajan..meriah peti ais ko da macam 7eleven..datang tak ada tangan kosongnye paling koman pun gegula chup-chup yang namposen tu..sampai naik berlubang semua gigi ko kan..memula aku kapel dulu selalu la aku dapat Pringles, thank you..pastu aku gatal gi citer pasal email cakap Pringles tak halal...hermmm, sampai sudah sekarang ni jangan kata Pringles, kerepek ubi pun tak de nya dia nak surprise kat aku..cubalah beli sedozen kerepek ubi perisa BBQ tu pastu ikat reben merah, nampak cam comel-comel tu letak kat depan pintu rumahhh...hah, sure gelfren ko menangis tiga hari tiga malam okeh sebab sedih sangat...walaupun kerepek ubi jer tapi asalkan dari orang tersayang dia tetap suka...so, kalau korang nak nampak cute tu rerajin lah buat surprise kat bf/gf korang...siyes dia suka..memula memang buat muka terkejutt..biasalah tu.

lagi satu yang menjadi kekeliruan aku ni..pasal mekap..aku pun selalu dengar kat ceramah-ceramah, orang perempuan ni kenalah berhias selalu..cantik selalu...segar selalu...aku rasa lah kalau nak bermekap pun biarlah kena tempat kot. kalau takat gi mamak ko nak ber'eye shadow ijau' bagai, mau pitam bf ko gaknya...cukuplah perempuan tu nampak elok dipandang, berpakaian bersih, berbedak nipis dan lipgloss jika perlu. ada gak bf yang tak berapa suka gf mekap tebal..da macam wayang pekji da gamaknya..yerlah takkan nak gi isi minyak pun ko nak ber'smokey eyes' kan...bangla pun lari tengok...tapi awas yee...jangan sesekali gemar pakai baju kelawar.hazab okehhh..so kalau perempuan perlu teliti dalam penampilannya lelaki pun mestilah jaga gak...takkanlah baju gi mancing sama ngan baju gi dating kan....waaa, kire sama standard ikan ngan gelfren ko kann.....bergayalah sikit supaya gelfren tu rasa bangga bile jalan seiring dengan anda..kami tak minta lelebih tapi kami minta apa yang bf kami boleh dan mampu lakukan..kan? tak susah pun...
dalam relationship ni, tolak ansur tu penting sekali..kalau kita nak dilayan baik oleh pasangan kita, kita juga hendaklah melayan pasangan kita dengan baik..kalau kita pun buat ala kadar jer, maka layanan yang kita terima adalah ala kadar so jangan salahkan kapel kita kerana perasaan ini akan wujud secara spontan jer sebab dia merasakan layanan atau perhatian yang diberikan biasa-biasa jer..so what for nak beriya buat sebaik mungkin sebab kita tak terima yang setimpal dengan usaha kita, kekadang tu lelaki mahukan perempuan yang banyak berkorban untuk dia sebab katanya I AM KING IN DA HOUZ..fuyooo serammm kannnn....tapi tak salah kalau jadi KING yang mesra rakyat kan..lagi disukai ramaiii... dan aku rasa tak seharusnya dalam perhubungan tu, perasaan sayang tu makin lama makin berkurangan..kenalah kreatif sikit nak amik hati pasangan tu..tak de la aku soh buat lawak bodo tetiap harii..bukan aku suka malah aku nyampah nanti..tapi do something sweet for your couple...make her/him smile...eceeeeceehhhh



p/s : happy weekend y'alls..

nice video

Thursday, July 21, 2011

source : beautifulnara.com

nice video and selamat pengantin baru buat nurul syuhada....
soo cuteeeee, everything cool, chill and cutee
awesome couple.....(dreaming)


Amir & Nurul Syuhada | Dating from cstproduction on Vimeo.


kalau sakit

Tuesday, July 19, 2011

Hi uolss, Amacammm, ada baik ka?
I cm biasalah, kekadang baik kekadang tak..But lately ni kesihatan kureng sikitla
So time-time xberapa nak baik ni la datangnya idea, Just sharing and caring kan
Time2 sakit biasanya kite akan a bit emo, right?
Layanan haruslah SUPERB, Kalau tak, takkan org sanggup spend kat hospital bill
Semata-mata nakkan layan first class masa sakit, Perempuan ni kalau sakit apa yang dia nak eh?
Agak2 korang sependapat tak dengan aku?

Perempuan nak lelaki tu sentiasa ada untuk dia. Kirenya mcm standby la. Tapi lelaki ni payah sikit. Xtahulah diaorg tak pedulike, ada itu memang perangai diaorg semulajadi. Sampaikan boleh lg melepak dengan kengkwan time2 awek sakit. Huh, cuba kalau gurl yg buat cam tu sure tumbuh tanduk kann? Sepatutnya depa la patut bg perhatian lebih kan?

Time2 sakit ni la kena bagi perhatian lebih sikit. Offer la nak hantar gi klinik ke, bawa gi makan ke walaupun gf ckp xnak pun, selalu tanya da mkn ubat ke belum. Cepatlah sikit gf tu baik kan. Bukan susah sangat pun. Susah lagi kalau gf tu da merajuk nanti. Almaklumlah tengah sakit ni mood selalu tak menentu. Hah, tetibe je nanti jadi I HATE U dari LEBIUu

Lelaki kalau nak tackle hati perempuan kenalah pepandai amik ati gf dia time sakit ni. Baru la macam bak kata peatah tu 'sehati sejiwa' gf sakit bf pun turut kongsi rasa. Wahhh, sure ada org muntah darah baca ni. Lelaki selalu nakkan perhatian dr gurl tapi kekadang mereka sendiri tak tahu nak bagi perhatian kan?
Renung-renungkan dan selamat beramal.

DIET & PUASA

Thursday, July 14, 2011


KENAPA PEREMPUAN SUKA DIET BILE TIME NAK KAWIN DAN POSE JE?

ahahahah, tergolak den bila ditanya soklan macam tuh...
tapi iye tak iye gak kan, kebarangkalian itu sangat tinggi
perempuan ni asal sesikit jer diet...diett...diettt
kawan kawin nak kena diettt
cazen kawin nak kena diett
sendiri kawin WAJIB nak diettt
pastu feveret time nak overDIET ialah bulan pose
betul tak??? eeee...betul kannn
paling tunggu time bulan pose, time tu la nak control makan
tapi tak tahu ke bulan pose tu lah time nafsu melantak ko tahap meluap
pantang nampak okehh...pantang jumpaaa semua nak rembat
lagi mau verangan nak diet bagaiiii...
kenapa perempuan ni suka diet especially time nak 'kawin' dan 'puasa'
sebab nya satu jer...perempuan tu nak nampak sesempurna yang boleh
perempuan ni suka kelihatan cantik selalu 
perempuan tu nak dapat bentuk badan ideall...wah, bangga BF/SUAMI okeh
kalau ko tengok kekadang tu perempuan yang da sememangnya tak gemuk
pun ada hati nak kata diri mereka gemukkk....walhal tulang sajer
sesempurna tu meliputi nampak cantik bila orang tengok...
lelebih lagi kalau orang puji yang badan langsingg
mak aiiii...rasa cam terapung je jalan tu okehhh
tak caya?/...jadilah perempuannnn ahahahaha
bulan puasa menjadi feveret berdiet sebab time ni boleh kurangkan makan
niat puasa tu nak beramal dan menjaga kesihatan
ecehhh cehhh cehhh....jangan sampai sakit sudah laaa
tapi betul gak kalau nak berdiet bulan puasa, senang jer
korang buka puasa tu dengan minum air yang banyak
sure korang akan rasa tak lapa lagi pastuu...
tapi janganlah sampai tak makan langsung
nanti tak de tenaga plak kan...pastu jadi alasan esok tak leh puasa
apa apa pun tak lama lagi bulan puasa akan sampai
rasa macam sekejap jer masa berlalu....pose da abis ganti ke??


p/s : tegar dengan DIET manjer-manjer jer

kurang kasih sayang

Wednesday, July 13, 2011

perghhh, tajuk tak henggat kan
sesekali nak luahkan perasaan, apa salahnya kan
beberapa hari ni rasa macam kurang kasih sayang siot
terasa terabai sangat, dianak tirikan...(sejak bila bahasa berbunga plak ni)
sadis kannnn..terpinggir macam ni
hah, selama ni nak berangan Puteri bagai, Diva sangat kann...
noww, rasakannnn!!!
naper eh terlalu emosional sekarang ni...
banyak mende ganggu fikiran aku
dan disebabkan itu gak, banyak duit aku melayang sebab nak layan perasaann
gila muflis aku kalau selalu jiwa kacau macam niii
ermmm...sekarang wa dalam mood ignorinngggg!!!!
tegar/tekad/sabar dan akhirnya....biasanya aku yang KALAHHH!!!
hati pempuan seyyy, haruslah lemah lembut sayu kayu layu bagaiiii
sangat drama kan entry aku kali ini
sesekali kena gak luahkan perasaan tuuu, kalau tidak cepat nyanyuk nanti
aku heran laa, kenapa lelaki ni macam tak berapa kisah jer kat awek dia?
aku ni gila vaviii terbayang dia sentiasa..
pandang jalan raya nampak muka dia..(wahh, samakan muka bf ngan jalan tar uolsss)
pandang pokok bunga nampak macam iras diaa...
toleh kiri nampak dia, kanan nampak diaa...semuanya dia laaa
tapi ngaper, dia macam tak pandang pun kat kitee...
argghhh, tensi tauuuuuu...(sambil kunyah chewinggumm hilangkan geram)
opppsss, alasan.."sorry, busyyy".....
hellooo, kot iye pun busy sangat takkan lah nak taip msg pun tak sempat
aku nengok kalau dok ber FB, YM ko macam tak cukup jari menaip
lagi satu minatang aku geram, tuuu FARMVILLE
aku tahu laaa dia dok bangga sangat ngan binatang peliharaaan dia, tanaman diaaa
korang lah terima hakikat takkkkk bila bf ko kata
" i nak kena balik awal ni sebab lagi sejam nak kena tuai buah stoberi"
palee otakkk kannn!!!>.meh sini aku tuaikannnn atas palee mehhh
lain kali kalau agak-agak berFARMVILLE lebih seronok dari berkapelll
esok ko gi declare ngan FARMVILLE tu sume soh jaga ngkooo
hah, stoberi tu ko buat hantarann....ubat sakit pening
lembu kebauuu ayam itik tu semua bela bebanyak sok senang buat kenduri
adusss, geram niiiiii gerammmm!!!
ada FB salah, tak de kang nampak cam kampung sangat katanya
herann la perangai lelaki
aku ingatkan pempuan je layan FARMVILLE tuuu
ghupernya ada gak spesies yang obsess ngan minatang tuuu
aiiikkkk, geram aku oiiiii, gerammm
oklaaa, sekian dulu luahan hati yang ikhlas dan suci murni

sendiri

Sunday, July 10, 2011

hati rasa tak tenang
kepala rasa berat jer
gundah gulana sering datang kebelakangan ini
ntah kenapa mende ni selalu datang sejak akhir-akhir ini
kekadang kaki rasa kuat melangkah
namun adakalanya longlai tanpa sebab
kekuatan diri akhirnya hilang tanpa sedari
akal tidak digunakan sepenuhnya
apa yang aku cari??
adakah telah aku temui?
pelbagai persoalan bermain di sanubari
hanya aku saja yang mengerti perjalanan sendiri
berkongsi rasa bukan penyelesaian
tekad hati adalah kunci
namun, kuatkah hati insan yang lemah ini?
adakalanya hati kata lupakan
tapi fikiran sering terganggu
Ya Allah, hanya Engkau yang mengerti
mengerti setiap inci perasaan ini
kepadamu aku memohon dan berserah
agar ketenangan dan jawapan akan ku temui
moga hari esok bakal memberikan cahaya
buat insan kerdil ini meniti harinya
senyuman penawar luka
tapi sampai bila harus tersenyum
sedangkan diri merana
letih bile menjadi wanita ini
aku akan teruskan selagi terdaya
kekuatan hati dan akal menjadi arah
siapakah aku dan siapakah dia?
jika itu terarah kepadaku
aku akan cuba terimanya
walau baik mahu pun buruknyaa...

apa tu BERSIH???

Friday, July 8, 2011

BERSIH, BERSIH, BERSIH


isu hangat yang sekarang diperkatakan, awas yer jangan simply make any statements takut menjerat diri plak nanti..makkkk takut okehh, pada mak asal negara ni aman sudah cukup, tak yah nak emosi sangat buat statement bagaiii...lancang molott okehh nanti diri merana...
sebelum sesenang buat komen membuta tuli tu, kenalah tahu serba sedikit latarbelakang apa yang korang dok perkatakan..jangan jadi cam bodoo alam, apa orang sokong, kite pun sokong tanpa tahu asal usul...wahhh, semangat politik plakkk ngko hari nii kannnn!!
apa pun, ahkak suka lah nak nasihat y'all semua supaya tidak melibatkan diri dalam mende-mende mengarut ni...yess, mereka ada tujuan dan ideologi memasing tapi kite sebagai rakyat pun kenalah tapis dulu dari masa mende ni semua dan tujuan mereka...Menurut sumber yang boleh dipercayai, BERSIH ini telah dibantu oleh NDI (National Democracy Institute) since 2005 untill now.NDI ni pula dinaungi oleh NED ( National Endowment for Democracy) yang mendapat sebanyak USD 1,248,332.00 atau RM4,027,419.04 dari tahun 2005 sehingga tahun lepas untuk menaja program-program NGO di Malaysia termasuk BERSIH.  Bersih bukanlah NGO pertama di dunia mendapat tajaan NED dan NDI yang dinaungi oleh CIA...lebih lanjut y'all leh cari kat tenet ye..atau www.ndi.org/malaysia

hopefully, kite sebagai rakyat akan lebih bijak untuk mengenalpasti mana-mana sumber yang tidak sepatutnya itu,...yes, kita ada cara pemikiran sendiri tapi cuba tapis dengan sebaik mungkin..watch outtt

strategi BERSIH ialah....
  • bergabung dengan semua Parti Pembangkang di bawah nama BERSIH dan mengadakan perhimpunan secara bersama
  • menjatuhkan kredibiliti SPR (Suruhanjaya dilantik oleh YDP Agong - atas nasihat PM) dan menyerang Pengerusi SPR dari segenap sudut
  • Mengguna dan memanipulasikan institusi beraja dan Istana kononnya perjuangan mereka disokong oleh YDP Agong
  • Mengadakan rally dan ceramah di seluruh negara serta Perhimpunan BERSIH di negeri-negeri
  • Meraih sokongan dalam media massa antarabangsa melalui temuramah-temuramah bersama beberapa personaliti parti pembangkang (CNN dan al-Jazeera) dan menjemput liputan-liputan media antarabangsa dalam perhimpunan BERSIH 10 November.
  • Memanipulasi teknologi ICT bagi menyebarkan sebanyak mungkin artikel, gambar dan video serta terbitan-terbitan berkaitan bagi menyerang Kerajaan atau BN
  • Mengguna dan memanipulasi perkataan-perkataan pilihan seperti BERSIH, Perhimpunan RAkyat, Menuntut Pilihan raya BERSIH dan Adil, Save Malaysia Restore Our Rights bagi 'mengambar'kan bahawa mereka adalah golongan BERSIH lagi suci dan perjuangan mereka adalah perjuangan SUCI dalam jihad menentang kezaliman Kerajaan
  • Menarik perhatian dan fokus media, pemimpin dan masyarakat antarabangsa bahawa demokrasi di Malaysia sudah tidak wujud dan Malaysia bukan lagi sebuah negara demokrasi, bagi menggalakkan sokongan luar terhadap BERSIH untuk menekan Kerajaan dalam isu-isu demokrasi dan hak asasi manusia
  • Menubuhkan sebanyak mungkin NGO untuk menyokong kuat BERSIH dan pembangkang.
so you all boleh renung-renungkan kebaikan dan keburukan mereka untuk menjamin keadilan dalam sesebuah negara khususnya Malaysia.  sempena perhimpunan yang diorang nak buat batal kan ini, korang kena berhati-hati lah untuk mengelakkan ketegangan yang mungkin atau akan berlaku...sesama okeh kita jaga keamanan negara kitaa....serabutkan nak jem-jem kat KL..so ahkak plan nak kuar dari KL esokkk....malas nak serabut-serabut and jem-jem kat KL kann...elakkan tempat yang crowded supaya hidup anda lebih aman...

p/s : I LOVE MALAYSIA

Sebab kenapa perlu tolak BERSIH

  • BERSIH adalah alat kepada politik pembangkang untuk mendapatkan kuasa
  • BERSIH mendakwa sistem demokrasi kita masih lemah dan perlu diperbetulkan.  Mengatakan bahawa Turki dan SIngapura yg baru selesai menghadapi pilihan raya umum mempunyai sistem demokrasi lebih baik dari Malaysia sedangkan dunia mengiktiraf pilihanraya Malaysia lebih baik dari Turki dan Singapura (menurut Democracy Index 2010)
  • PKR menjadi salah satu parti pembangkang yang menjadi tunjang kepada BERSIH melemparkan pelbagai tuduhan kepada SPR sebagai pengendali pilihanraya negara ini
  • Malaysia diiktiraf sebagai negara aman di dunia (menurut Global Peace Index).  Perhimpunan haram BERSIH hanya akan mengganggu gugat ketenteraman dan mengancam ekonomi negara sahaja.
  • BERSIH mendakwa SPR tidak amanah dan berpihak.  Jika benar bagaimana  pembangkang boleh menang 5 buah negeri pada pilihan raya yang lepas???

isi hati

Thursday, July 7, 2011

sakit hati
hati remuk redammm 
( cam kena renyuk-renyuk)
stresss...getting tired lorr
rasa nak 'hibernate' for a while
aku ke yang emotional sangat?
just need a bit attention, please
extremely stressssss!!!
argghhh
"Ya Allah, temukan aku jalan terbaik"

amin

fesyen

Monday, July 4, 2011

hollaaaa..
apa khabar semuaaaa??? (macam la ramai yang baca blog ngko kan)
wahh, nak feelin-feelin famous plak eh
takperlah, blogging kan sebab nak sesuka saje bukan nak cari glemer pun
blogging pada aku cuma nak share opinion, sharing life or just for fun
nothing seriously about something that heavy matters

kite share la apa yang patut, and readers can freely comment my thoughts
hari ni nak citer pasal fesyen
rasanya all women or gurl like fashion
sekarang ni wanita yang berhijab jugak terer berfesyen yek
tapi kesederhanaan penting dalam apa jua keadaan kan
jangan jadi mangsa fesyen sudaa laaa
kekadang kita ni tak sedar yang fesyen tu tak kena dengan diri kita
tengok orang pakai nampak cantik, tapi bila letak kat badan sendiri
mak aiiii azab okehhh..















tadi masa aku lunch tu, aku terpandang seorang gurl ni
badannya kusss mangatttt yeekkk (korang faham kan)
tapi sedih plak bile pakaiannya amat seksiii
berketak-ketak badan tu jelas disebabkan baju ketat yang menyaluti tubuhnya
material baju plak dari jenis lycra...makk aiii azab okeh
kekonon seksi laa sebab kaler merah...tapiiii huhhhh!!!
sorrylaa, aku tak heran pun gaya apa yang orang nak pakai
cuma aku rasa mende tu agak keterlaluan sebab sekeliling memandang gurl tu cam something wrong
ada gak suara-suara nakal yang dok mengata
rata-rata lelakila kannn..bukan sahaja menjamah mata jer tapi lebih kepada menjadi 'bahan'
adussss, birat muka mak bile dengar ayat-ayat mereka
agak-agakla pun nak tarik perhatian, cuma bukan perhatian sebegini sepatutnya dia cari
last-last, aku rasa dia yang segan sendiri...
bukanlah orang sekeliling ni kampung sangat sampai tak leh terima fesyen
cuma aku rasa kalau fesyen tu bersesuaian mungkinlah orang akan memuji
tapi jika sebaliknya, haruslahhh kejian yang datangg














aku pun suka berfesyenn niii
tapi aku lebih suka kepada keselesaan
aku mengaku kekadang ada gak teringin nak seksi meyeksi ni
tapi sedar gak laa diri ni ....soo tutup-tutupla apa yang patut tuuu
wahhh, sangat baik plak mak esah arini
bukan lah baik mana pun, cuma tak salah kalau berpesan sesama kita kan
lagipun, sebagai seorang perempuan aku rasa cam malu gak dengar lelaki kata macam tu
aduuussss, rabak jiwa gak bila orang kutuk kaum kita kan
tapi masalahnya, penyakit tu dicari sendiri kan...then, nak wat cam ne
so, berfesyen tuuu kenalah ada batasnyaa....jangan jadi mangsa keadaan
pakailah pakaian yang selesa dan sesuai dengan keadaan dan tempat
takkanlah nak gi kerja pun nak dressing macam nak gi clubbing kan
nanti hang gak jadi mangsa sexual harassment
sapa susahhhh, korang gak kannnn!!!

p/s: cantik gak fesyen 'jumpsuit' sekarang ni...rasa cam nak beli plakkk

rambutku

Sunday, July 3, 2011

Disebabkan kebosanan teramat
Akhirnya aku reka-rekalah gi saloon
Kekonon nak memanje kan rambutla
Sekali aku tergoda lak ngan pujukan hair stylist tu
Kebetulan dalam pale otak ada dua idea
Memula nak buat 'perm' tapi macam nak 'rebonding'
Kalau perm takut xmenjadi haruslah mcm kulit rambutan rambut ahkak
Almaklumlah bercakap atas pengalaman
dulu musim rambut kerinting macam anak rimau memasing
Berebut-rebut nak kerinting ye
Aku rasa tak sampai seminggu da start rasa bosan
Mana taknya, pas mandi takleh sikat rambut ye

 
















Ngko gile nak tahan bertahun tak sikat rambut
Gamaknya rupa org seletor plak den nanti
berserta haiwan-haiwan perliharaan bersarang di kepala
Akhirnya, aku decide nak rebonding sajork
Ngko jgn ngegada nak reka-reka mende yg luar biasa
Kalau tak jadi, tak beraya nanti kak oiiii
Ramai yg kata rambut sekarang da ok
Tapi aku rasa macam rimas dan tak kemas la bile kuar tu
Penat nak setting kata org putih tu
dan akhirnya ahkak berpuashatilah dengan fesyen rambut lurus bak dawai ni
mesti ada yang kata kan lebih baik bertudung litup
ahahahhaa aku faham-fahamm dan faham
kalau kat salon tu, memacam la stylist dok racun aku soh bubuh itu la ini laa
aargghh, tak mo laa bebaik under my badget terus jadi harga merepek
bukan aku tak biasa ngan karenah diaorang ni
letak jer harga murah laa, diskaunlah, promosi lah
tapi time nak bayar tetiba dok kata tambah serum RM10,
guna syampoo elok sikit charge RM10 laa...ngarut
apa engko henggat customer ko ni cop duit gaknya











BEFORE















AFTER (kalau lah aku cantik cemni..huh)

bukan kita tahu pun syampoo apa pun yang dia guna
setakat secotet gitu nak charge lebih...tak munasabah okeh
no no no mak tak sukaaa mcm tuh
sebagai pengguna kena faham helah peniaga ni
bukan nak berkira apa pun cuma kena beringat lah kan
hah, takkan syampoo rambut yang 30 minit jer
nak kena berhabis RM70...(aku penah kena yekkkk)
mauu tercekik bile time nak bayar tuu
tapi nak buat cam noo..nasi da jadi bubur
takkan nak suruh diaorang perah balik plak rambut ngko tu kan
so, sebelum terkena tu sila berjaga-jaga yek adik-adikk
oklaa...sekian dulu bebelan mak esah untuk hari ini
 

alahaaiiii ngaper rambut ko lawo sangat nii???


p/s :esok da kerja laaaaaaa

 (PIC FROM MR GOOGLE)


kopak lagiii

Friday, July 1, 2011

salam jumaat y'all...
hari ni semua ceria-ceria kan
sebab esok kan da cutiii
pastu bagi yang perempuan mesti seronok
sebab tengahari leh kuar shopping kan...baru gajilah katakan
actually, aku tengah pening kepala nih
esok ada wedding anak bos den niii
masalahnya, baju pun aku tak de lagi..katanya tema GOLD
mak aiiiii...mana nak korek kale tu yerkk
dari semalam dok mencari kat Jalan TAR sampai lah ke BANGI
hari ni plak ke KAJANG..jauh perjalanan kannnn
orang perempuan ni kalau bab melawooo memang sanggup
tapi kena ada bajetnya gak...kalau dapat bayo ngan ayak liuq tak pe gak
masalahnya ni, mata den semua tak berkenan sajorkkk
yang berkenan plak tu semua mahal-mahal belaka
tapi pusing-pusing area kajang sempatlah gak aku gi carik
walaupun aku tahu yang aku akan lari temaaa
ada aku keysahhh!!!....semua kedai tak de kale GOLD yek
akhirnya aku beli kale PURPLE and PINK
dannn bila dah ada baju mestilah nak reka-reka beli tudung kan
maklumlah nak sedondon..alahaiii perempuan ni kann
tapi nasibla da nak dekat-dekat hari raya ni
(tetiba ada plak colleague kat opis ni buka lagu Raya...)
terus membara mood raya ahkak walaupun puasa lom abis ganti
so, kire shopping untuk raya sekali gus la nii (alasannnmuuu kan)
tetiba teringat yang ARIANI tengah buat sale lagi
zuuppppp!!! terus singgah ke Ariani plak
masuk-masuk Ariani terus jantung ahkak berdebar-debar
wallaweyyy, cantik-cantik tudung kat sini
sebenoo nyaaa dedulu aku tak reti pakai tudung patern cengini
yang ada awning gini...tapi since aku cecuba pinjam tudung akak aku
aku rasa Ariani sangat dekat ngan jiwa aku...cehhhceehhhh!!!
kena plak ngan potongan muka aku yang tak berapa bujur sirih ni
teruuusssssss!!! aku jatuh cinta yekkk...tapi reganya makk aiiiii gigilll
biasanya time-time sale laa aku leh beli..
almaklumlah bajetttt wooooo bajettt!!!!
so esok nyer event sudah selesaiiii...
alhamdulillah...settle gak pencarian aku
kite tunggu aku update dengan baju baru yerkkk....
ahahahaha macam lah ada orang keysah pun kannn!!!
chauuuu....

p/s: tak sabar nak dating dengan izzy kat klcc esokkkk

Maxis buat aku marah lagi

alkisah maxis punya hal
bebaru ni aku ada problem sikit dengan maxis ni
aduss laaa gile ye duit ahkak kena telan
macam air jer gamak lajunya
bila top up (masih guna topap yek) jer tak sampai 10 minit abis
kekadang tu sekali mata hilang RM2
kalau ahkak ni tokey balak tu mungkin tak kisahlah kot
tapi aku cuma kuli sajerkk...haruslah sayang duit okehh
kalau ngko simpan duit tu, sure leh beli baju raya
wahh, semangat raya nampak, pose da ganti lom ni??
then, i called maxis customer service la untuk complaint
siyes, aku sikit bengang dengan layanan mamat maxis ni
(dengar dia cakap macam indian guy tapi aku lupa nama)
antara dia tak faham apa aku cakap atau aku tak faham apa dia cakap
aku rasa aku da komplen hal ni since Mac lagi
tapi mende ni masih tak settle gak
mana tak aku hangin satu badan kan...
dah bercakap dalam lebih kurang 8 minit cemtu
that guy tu soh aku taip *100# pastu tekan 7 pastu tekan 3 tekan la seterusnya
aku pun follow laa apa dia kata....
tapi that's not the solution that i need
aku bukan nak switching plan ke apa ke
tapi aku  nak diaorang deactive kan GPRS aku
mende tu sepatutnya setting kat provider bukan aku
tapi dia kata soh aku setting kat hp sendiri
3G memang da lama aku off kan pun
then, bila da banyak kali cakap tu tapi dia tak faham
dia terus mengeluh (seems that bosan nak layan customer)
aku tak kisah la ko nak bunyi apa pun or nk hint apa pun
tapi mende ni da jadi lama..takkan korang tak de apa solution
then pas aku tekan nombor azimat tu,
aku call semula maxis...Eza (customer service) plak entertain aku
thanks ezaa, even dia tak tahu nak selesaikan macam mana
tapi dia try bagi solution dengan laporkan case ni ke pihak tertentu
kami bukanlah nak marah-marah tak tentu pasal
cuma kami nak mereka lebih prihatin (macam wakil rakyat plak da ni)
jangan kerana dok kejar kan untung sangat sampai korang tekan pengguna
saya nak jadi penguna bijak, so kena alert dengan mende macam ni
awal pagi saya bangun, maxis da antar no. kes untuk rujukan
dan tak lama selepas tu aku terima notification yang GPRS dan deactivated kan
hah, boleh pun maxis buat kan??? tak susah pun kann??
perlu ker complaint banyak kali???
and i'm asking for refund my money...
yes, maxis refund my top up...thanks
but sorry la, i terpaksa bagi rating 1 kat Maxis
disebabkan servis mereka macam nii
1 tu korang jangan henggat baguss
1 ada lah paling TERUK
a few times maxis agent call me to asking why i give them rating like that
i just answer, "please refer my previous conversation with your customer service last nite"
i was complain since Mac but they do nothing
in fact, i have to call them so many times for this problem
hamekk koooo!!!


but now, thanks sebab da deactivated kan gprs aku
bukan aper pun, cuma taknak la maxis amik kesempatan dengan kes-kes pelanggan mereka
to Maxis, thanks for your feedback action.
wah, sekian dulu bebelan dari aku...
ahahahaha

p/s : Jadilah pengguna yang bijak ye....Jom shopping, SALE da start uolsss...

mari membaca

Datang angin nak update, kerap plak aku update kan
semalam boring-boring, ahkak gi bookstore 'popular'
Jangan xtahu yg ahkak minat baca buku
Tapi malangnya kekadang tu xpenah khatam
Kali ni ahkak beli lagi buku baru
Tetiba terpanggil nak beli buku ni
Ahkak rasa beli buku bukan satu pembaziran
Betul tak? Betulkan. Xkirelah abis baca ke tak..
Yang penting tu 'niat'..(ayat sedap ati)
Kebetulab plak value buy, harus ahkak makin teruja
Pasni leh la jadi Dr.Love tak bertauliah
Wahhhh, tinggi betul cecita ngko kan?
Apa pun tunggu dan lihatlah yek
Aku rasa korang pun suka baca buku ni kan
Menarikla sebab korang dpt kenali pasangan korang
Apa pantang larang diaorg, suprise apa yg diaorg suka,
Apa yg paling diaorg meluat, korang kena amik tahu tu
Takla korang main hentam je kalau nak bercinta
Aku suka baca sebab leh baiki diri sendiri gak kan
Semua manusia ada kesilapan memasing
Kalau tak caya korang bacalah yek
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS