penghijrahan

Wednesday, July 31, 2013

penghijrahan...
tajuk kebabom la sangat kan. ala-ala blog motivasi gitu...tapi sekadar luahan perasaan yang mana aku rasa hari ni tetiba rajin plak nak menulis.  Setiap manusia ada fasa-fasa dalam hidup mereka yang mana mereka akan berubah jua satu hari  nanti.  Walau macam mana degil pun tetap akan ada keinsafan dan kematangan.  Cuma proses itu, lambat atau cepat jer.  Sejak 2 menjak dek kematangan usia ni, aku rasa terpanggil untuk berubah, berubah ke arah aku rasa yang lebih baik, tapi bukanlah sebelum ini aku ni jahat, gi merompak ke membunuh orang ker.  Tapi sebagai seorang insan yang naif, kita sering melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tidak.  Aku akui, jika dulu aku tidak menutup aurat, tutup aurat hanya bila pergi kerja, masa tu tak delah rasa apa sangat, cuma rasa selesa jer diutamakan.  Sejak Chinese New Year 2013 hari tu, aku dah mula belajar untuk menutup rambut dengan tudung dengan sepenuhnya, InsyaAllah. Semoga akan terus istiqamah ke jalanNya.  Aku tak kata orang freehair tu jahat, mereka baik-baik semuanya.  Mereka juga manusia, hamba Allah dan mereka juga ada nilai-nilai yang baik dan aku tak kata bertudung itu baik.  Bertudung jika faham konsep mungkin akan lebih baik.  Dan aku sedang berusaha ke arah itu.

Apabila membuat keputusan untuk bertudung, pastinya penampilan juga akan berubah secara tidak langsung.  Takkan ko nak pakai tudung dengan baju ketat sendat plak kan.  Perkara ni akan berlaku secara slowly.  This feeling comes slowly and you can feel it happen smoothly with sincerity of ur heart.  Nak berubah kena ikhlas.  Tak ikhlas memang takkan dapat istiqamah tu.  Dalam proses nak biasakan diri, aku mula tukar sedikit demi sedikit cara penampilan aku, kurangkan pakaian yang menampakkan susuk tubuh tetapi masih bergaya sederhana.  Tak perlu untuk tampil vogue sangat bile bertudung, minima is better!  Bersederhana dalam pemakaian agar ia selari dengan landasan yang dituntut.  Aku akui agak payah nak cari pakaian yang bersesuaian, dan menepati citarasa.  Tapi kita perlu sabar dan insyaAllah pasti ada.  Dan tak lupa jugak untuk mendapatkan gaya yang sesuai bertudung dan memenuhi syarak.  Proses pembelajaran ini sangat menarik.  Gaya dan fesyen muslimah kini banyak membantu untuk golongan muda menutup aurat berbanding dulu.  Kalau dulu bila sebut pakai tudung semua orang akan bayangkan gaya membosankan.  Jom kita tukar persepsi itu, aku bangga lihat remaja-remaja mula bergaya dengan tudung mereka dan menutupi dada, manis dipandang dan sopan sekali.  Tapi awas, jangan keterlaluan sehingga sarat dibuatnya.  Penampilan memainkan peranan penting, bukan sahaja bijak bergaya tetapi kita kena jaga kebersihan pakaian tersebut.  Kemas juga harus diberikan tumpuan yer kawan-kawan.  

Kepada sesiapa yang nak berubah, bulan baik ini adalah masa yang paling sesuai.  Bila kita berjaya ubah penampilan kita, InsyaAllah, kelakuan kita perlulah sepadan dengan penampilan muslimah kita.  Sekarang ni pun kita boleh lihat ramai artis-artis yang telah mengenakan tudung.  Manis sekali kan?....Moga jalan yang kita pilih untuk dekat dengan Allah akan sentiasa mendapat redhoNya dan berjaya.  Tak susah pun, cuma biasakan diri untuk mengenakan tudung yang anda minat mengikut trend yang disukai, insyaAllah lama kelamaan perasaan itu akan datang dengan sendirinya.

So, bagi mereka yang baru menjinakkan diri bertudung, aku banyak belajar dari YouTube bagaimana mengenakan shawl atau tudung yang bersesuaian dengan aku.  Sekarang ni macam-macam ada yer...semua hanya di hujung jari kita, sama ada kita nak ke tak nak jer.  So, marilah kita jadikan diri kita ni exclusive hanya untuk mereka yang terpilih.  InsyaAllah...Ameeennnn...Salam Ramadan. Assalamualaikum.

Blog kalau tak de gambar memang tak best kan...Jom kita layan gambar-gambar manis selebriti yang da bertudung....MasyaAllah cantiknya ciptaanMu.













wwakakakakakakka nikah paling lawak!

Tuesday, July 30, 2013

disebabkan bosan, jom layan video kat atas tu..wakakakaka

disebabkan bosan, jom layan video kat atas tu..wakakakaka

ayam kicap versi sendiri!

Tuesday, July 23, 2013

erm...semua hebat-hebat bulan pose ni post gambar masakan
terkulat-kulat baca blog orang yang meriah dengan masakan
tapi apakan daya, setakat makan sesorang diri
koser la kan nak masak bagai-bagai...
tapi feveret food tetap menjadi kegemaran iyer
oleh kerana sedar diri yang tak berapa nak pandai masak
jadi saya share memana resepi yang rasanya bersesuaian dgn kehendak sendiri
ekekekek..sukati la kan nak post aper ke nama pun


Bahan-Bahan A:
Bawang Merah
Bawang Putih
Kunyit
Halia
Cili padi
(Bahan-bahan ini bergantung kepada banyak mana ayam yang korang masak. Bahan-bahan ini juga hendaklah dikisar/ditumbuk bersama.)

Bahan B:
Ayam (hendaklah digoreng terlebih dahulu dan tidak terlalu garing)
Kicap Manis ABC (kalau korang suka kicap masin pun boleeee)
Kicap Manis Cap Kipas Udang
Sedikit Air
Bawang Besar (dihiris-hiris tomey-tomey)
Lada Besar dibelah 2 atau 4.

Cara Memasak:
Masukkan Bahan A di dalam minyak yang telah dipanaskan lebih awal. Korang agak-agaklah sesuai minyak dengan bahan-bahan, mau banjir plak ayam korang kang..Setelah naik bau, korang masukkan Bahan B tadi, dimulai dengan ayam yang telah digoreng, gaul rata dengan bahan-bahan A dan masukkan Kicap Manis ABC (Pekat) dan disusuli dengan kicap Cap Kipas Udang. Setelah bahan-bahan tadi sebati, masukkan bawang besar yang dihiris sempurna itu bersama-sama lada yang dipotong.  Gaul rata agar segalanya nampak menarik mengikut mata korang.  Jangan lupa letakkan sedikit serbuk perisa.  Kalau yang suka ajinomoto tu, boleh lah letak, tapi masakkan aku semua tak pakai aji sebab tak nak letak...

Oklah, kengkawan..selamat mencuba resepi ringkas ini...

alahai Candy Crush!

Wednesday, July 10, 2013

haiii semua...
pose ke hari ni?...sahur tak pagi tadi?..sahur ke melantak kekekeke
iols bersahur ala kadar bersesuaian dengan tema beramal sambil berdiet
kelass ko memoonnn!!
mesti pepagi buta kat opis da ngantuk ala-ala tak tido 24 jam kan
biasa la tu..feeling2 letih bebeno berpuasa...ekekekek
so bagi memenuhi ruang kekosongan daripada memikirkan apa nak buka pose
baik korang cari mende berpaedah sikit...ada gak manfaatnya

nak citer sikit...
korang pernah dengar pasal game Candy Crush tak?
gilee kalau tak pernah dengar kan....*jengilkan mata*
dulu kawan aku pernah dok borak-borak minta nyawa laa
selalu penuh notification FB aku pasal mende alah ni..
apa kebende sampai nak minta nyawa tu
then baru aku tahu wujudnya candy crush ni...
sekali tengok ala game susun-susun kale sama pastu meletup
very tak mencabar okeh..(bongkak sungguh kannn!!)
setakat permainan macam ni orang buta boleh susun...
*sambil libas-libas rambut kiri ke kanan*

dan pada suatu hari, aku telah memberanikan diri mendownload game ni
haruslah download secara senyap..malu den kalau diaorang tahu
pastu main sekali...wahh, syok jugak minatang ni
main dua kali...manyak syok laaa ini candy crush...
so now aku nye hp tu jadi cinoneng sebab tak sabar nak tunggu nyawa
jadi aku ubah setting jam dia..ekekekek pssttttt jangan bagitahu orang
gile syok gak main mende alah ni..leh khayal dibuatnya
tapi memang biasa kena carut laa sebab sakit ati
gegel tak sukaaa tauuuuuu bila tinggal satu lagi nak complete
tetiba da game over....sangat meruntun perasaan masa tu...
maklumlah aku ni main ikut perasaan..emosi la katakan
orang lain main sambil berfikir...tapi aku fikir nak cepat letupkan
eh...heharap korang faham apa aku sedang bebelkan ni ekekekek
















kekadang tu sampai leka kol 2-3 pagi dok layan si Candy Crush ni
tambah-tambah pulak bulan pose ni kan
daripada ko dok ngumpat, gosip sana sini, 
menceceh tak sudah-sudah
daripada ko kire jam berdetik..
baikla ko menelaah candy crush tu...
tapi lagi bagus kalau korang bertadarus laa..ekekekekek

okla..baiiii.....

selamat berpuasa semuaa

Tuesday, July 9, 2013

hai korang...gile berhabuk blog iolss kann..
sejak sibuk dengan exam dan kerja ni...
so tunggang terbalik dibuatnya
huh..tarik nafas panjang...
akhirnya syukur jugak da selesai exam dan dah pun dapat result.
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seperti dirancang...

amacam korang punyer persediaan berpuasa esok..
kejap jer kan rasanya dah nak berpuasa semula..
syukur kerana kita masih lagi berpeluang untuk berpuasa pada tahun ini
ke ada yang da excited nak beraya dah?....
melampauu kannn
bulan-bulan puasa ni pasti ramai yang amik peluang untuk berniaga 
mula lah penuh gerai-gerai jualan 
makanan dan minuman yang pelbagai warna dan rasa
rambang mate dibuatnya...mau semua nak dibeli
bila tiba waktu berbuka tu...
tak larat nak makan dah
apa pun jangan membazir ye kengkawan...
beli ikut kemampuan bukan kemahuan
nanti berat badan naik, baju raya tak muat.....
apa pun tak boleh!

bulan puasa gak, kena jaga kesihatan iyer
jangan lah hari-hari gastrik..ekekekke
walhal tak de pun sakit tu tetiba bila ramadan jer sakit tu ada
bagi kaum wanita tu, tak per la juga sebab memang bersebab
tapi bagi kaum lelaki tu jika mampu dan sihat tubuh badan..
jangan ponteng okeh
tak macho lelaki tak pose...buek maluu ajooo

dedulu masa kecik, 
kalau puasa mama ayah akan bagi upah sehari seringgit
cukup 30 hari dapatlah RM30..
masa tu da kire besar wey upah tu
penuh la sekejap beg dompet masa tu..
tapi budak-budak sekarang 
kalau dengar upah puasa seringgit sehari
cebik muka jer yer...
sebab duit seringgit tu tak nampak ape...

bangun sahur adalah masa paling bercinta sekali
mak aiiii..payahnya nak bangkit pepagi tuuu
bila dengar mama da membebel kat dapur 
baru laa ngeri nak tutup mata
gile ko nak sambung tido..
ada kang periuk belanga singgah kat muka
tapi dulu kalau tak sahur rasa mcm nak mati jer puasa
sekarang ni relax jer sengaja tak sahur..ekekekekke
apatah lagi duduk sendiri kan..ada orang kisah kerr
kalau dulu hidup dikampung, 
jiran-jiran akan kejutkan antara satu sama lain
kire meriah laa bersahur tu...ayam itik terbangun sekali...
syok kan bila kenang suasana tu...
bile malam berdedai-dedai gi terawikh....
tapi bukan terawikh sangat pun, 
cuma seronok sebab leh cuci mate ekekek...shatalll!!!
iyer laa..kata orang nak cari pakwe kena cari yang rajin gi masjid..
iye tak?
eekkekekekeke.....

okla, kengkawan...saya ucapkan selamat berpuasa
semoga dibulan yang mulia ini, 
kita dapat memperbanyakkan amalan
dan mengejar keberkatan ramadan sebaiknya..
insyaAllah
byee....chauu
assalamualaikum 


"SELAMAT BERPUASA SEMUA"
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS