Isteri dia...

Tuesday, November 26, 2013

hi korang....gile lama tak hapdet
dasar pemalas kan....
actually iols bukannya pemalas tapi sibuk sikit
menguruskan hal2 peribadi
pada masa iols taip entry ni, iols da pun bertukar status okeh
bukan tukar-tukar status kat FB tu...
itu 3 minit sekali leh up status kan
tapi status daripada CIK kepada PUAN
jeng..jeng..jeng..suprise kan
sebenarnya banyak mende nak kongsi kat sini cuma tak de kesempatan jer
bukan untuk show off kat korang pun
tapi untuk tatapan diri sendiri bila da tua nanti
mana yang baik dan boleh dikongsi apasalahnya dikongsikan
mana yang tak baik tu buat contoh je okey..
tapi kalau-kalau menyampah, tutup jer blog ni..tak yah baca terus

26.10.2013
tanggal tarikh 26.10.2013 adalah tarikh istimewa buat aku
tarikh dimana dengan sekali lafaz, aku telah menjadi milik orang
seorang yang digelar SUAMI...KAWAN  buat aku
kelas statement kann...hati berbunga-bunga
kehidupan pastinya berbeza bagi seorang perempuan kan
nak terima perbezaan ini bukan sesuatu yang mudah
persiapan fizikal dan mental perlu
untuk memastikan kita tak stress
proses awal kahwin ni memang sesuatu yang agak janggal
iyerlaa, kalau masa bujang, kita hentam tido sampai tengahari
tapi bila da berkahwin,
kenalah bangun awal untuk siapkan sarapan
kena extra rajin bagi jaga perut dan pakaian suami tu
aku pun masih dalam proses belajar lagi...
alhamdulillah, suami seorang yang sangat memahami
tapi tak leh gak amik kesempatan atas kebaikan dia
kena sentiasa add on dengan sifat2 yang baik
sebab takkan nak tunjuk repo sama jer kan
kalau dulu tak rajin masak,
sekarang kena rajin-rajin kan
kalau dulu masak ikut tekak,
sekarang ni kena masak ikut selera orang lain
pernikahan kami berlangsung
di Masjid Sultan Mizan, Presint 3, Putrajaya
maaflah kerana hanya dihadiri oleh kaum keluarga sahaja
lebih kurang macam majlis tertutup lah
ala lagi pun kami bukan artis
yang nak kena masuk dalam majalah mangga kan?
so, alhamdulillah, majlis berlangsung dengan suasana yang sangat baik
moga, ikatan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat
kadang-kadang terfikir,
yang penat lelah selama ni dalam membina relationship
akhirnya terbalas dengan jodoh yang tak disangka-sangka
Maha Besar kuasa Allah sebenarnya kepada kita
salah satu perkara terindah dalam kehidupan seorang perempuan
 ialah apabila dia bergelar ISTERI
so, bermula satu lagi chapter dalam kehidupan aku...
moga hari-hari yang mendatang memberikan kebahagian 
segala tohmahan  yang aku terima,
aku redha kerana ia melatih aku jadi kuat dan tabah
anugerah paling terindah sepanjang hidup aku selama ni
ialah dia sebagai seorang suami
hanya mereka-mereka yang mengetahui  kisah aku jer faham situasi aku

buat mereka-mereka  yang masih menangis,
bertabahlah kerana Allah ada perancangan terbaik buat kita
sekiranya kita kehilangan orang yang tersayang atau teraniaya
terimalah dengan hati  yang tenang sebab hikmah disebaliknya kita tak nampak
Allah takkan menganiaya hambaNya..percaya lah


nanti kita kongsi lagi yer yang lebih detail....sabarr menunggu..ekekeke
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS