Pearl Harbor Historic Sites, Hawaii

Wednesday, December 24, 2014

hari ni nak upload cerita basi
almaklumlah lama gila tak berkesempatan nak update
cerita pun da basi...
tapi masih berkisar tentang percutian ke Hawaii, USA
rugi kalau tak share kat korang
sampai ke hari ni masih rindu dengan keadaan kat sana
rindu sangat sebab maybe suasana tu lebih kurang sama
macam kat Malaysia kot...tu yg rasa dekat di hati
tapi bila pikirkan berjam-jam kena duduk dalam flight
memang terdiam kejap laa, lama gila rasa
naik kejang kaki dibuatnya
lelebih lagi dari Malaysia memang tak de flight direct ke sana
kalau dari Malaysia kena amik flight ke Manila
pastu dari Manila ke Guam dan dari Guam ke Honolulu
Guamm korang tak pernah dengar???
aku pun baru first time dengar nama tu ekekek
lebih kurang American Army Base laa tempat ni
sebab macam pulau kecik jer for Army based kat situ
tapi tak de la kecik sangat, cuma kita jer tak familiar 
dengan nama tu kot...

salah satu tempat aku pergi masa kat Hawaii
adalah PEARL HARBOR HISTORIAL AREA
kalau korang tengok citer Pearl Harbor kan
haa, ini lah tempat bersejarahnya
tapi citer Pearl Harbor telah ditambah tolak dengan 
elemen yg menarik supaya nampak best
tapi tempat yang aku pergi ni lah tempat di mana kapal2 US
kena attack dengan Jepun...
dulu Pearl Harbor ni pengkalan tentera yang terbesar
tapi lepas kena serang dengan Jepun, banyak kapal yang tenggelam
sehinggakan ada satu kapal Arizona yang tenggelam bersama
askar-askar di dalamnya dan sehingga kini masih ada dalam tu
so, kami sempat dibawa melihat kapal tu
dan semasa sesi lawatan tersebut semua tidak dibenarkan buat bising
seolah-olah menghormati mayat-mayat atau mangsa2 yang berada dalam
kapal yang karam itu...

Pearl Harbor Historic Sites

suwet sangat kan...belakang tu kapal perang US...kalau korang pernah tengok cite Battleship kan..ada kapal oldskoll dalam citer tu kan...kat sini ada kapal tu...kapal perang zaman dedulu iaitu Kapal Perang Missouri...

belakang tu adalah salah satu corong kapal yang tenggelam kat dasar laut tu...so boleh nampak kapal dari permukaan air tu tau...dikatakan bahawa ramai orang terperangkap dalam kapal tersebut ketika dibom oleh Jepun...so terkubur begitu sahaja

atas tempat ni la dapat lihat kapal yang tenggelam tu...untuk ke sini kena menaiki bot yang disediakan oleh pihak museum...ada gak museum perang diaorang kat sini tapi aku tak ada gambar plak...menariklah sebab diaorang akan ada tayangan video bagaimana keadaan ketika itu...sapa yang minat sejarah tu memang elok sangat la ke sini..

U.S.S Arizona

tempat yang wajib pergi kalau korang ke Hawaii iaitu Pearl Harbor...hanya 30 minit dari Waikiki Beach,,,orang kat sini tak bawa kereta laju so amik masa sikit nak sampai..kalau orang Malaysia ada la lebih kurang 15 mins kot leh sampai ekekekeke
Untuk pengetahuan korang gak,
Pakej-pakej untuk datang ke tempat-tempat macam ni 
amat mudah diperolehi kat sana
tepi-tepi jalan jer ada orang promote tempat-tempat untuk dilawati 
so jangan risau...cuma perlu bandingkan harga jer
dan pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan yang sama
anytime boleh deal dengan diaorang...
berapa tiket masuk tu aku tak pasti sebab semua diarrange 
oleh pihak penganjur masa tu...
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS