Buffet Lunch @ PICC

Thursday, May 19, 2016

assalamualaikum semua...
apa khabar pembaca sekalian..
mood malas nak update blog menjelma
tu yang senyap ajer tu beberapa hari
tapi hari ni update-update terus nak update pasal makan
ehehehehe...kasi semangat sikit

korang mungkin ada yang dah tahu
kalau ada yang belum tahu meh sini nak bagitahu
ni bukan nak promote ke apa...just nak share dengan kengkawan jer
kalau sesapa pembaca yang tinggal atau kerja di putrajaya
lehlah mencuba untuk lunch buffet kat PICC
makanan memang banyak pilihan
sampai tak termakan dibuatnya
masa sesampai jer tengok semua rasa nak makan
tapi bila da makan, rasa kenyang gile
harga berapa??
harga pada saya amat berpatutan jugaa
RM25 seorang untuk buffet lunch ni
saya tengok banyak jer group-group yang makan kat situ
walaupun saya tak makan seafood
tapi saya tengok orang ramai amik makanan ni
semua yang saya tanya kata sedap
so memang sedaplah kot agaknya...
cuba tau nanti 

kalau sesiapa yang tak nak makan nasi
leh makan kuew teaw goreng
ada gak cantonese mee and soup
tapi saya tak sempat nak rasa
cuma hari tu kuew teaw goreng ni saya rasa tak berapa sedap
kalau ikut tekak saya lah...ehehehhe

lebih kurang macam ni lah view dia...
tapi pemandangan dari cafe ni memang cantik
lokasi dia sangat cantik
sesuai untuk lepak dan santai
korang dah leh start untuk survey-survey buffet ramadan diaorang tau
booking awal dengarnya lagi murah

antara bahagian pencuci mulut yang saya sempat snap
ada ABC juga, bread pudding, cake, pelbagai jenis bubur
pendek kata semuanya enak-enak belaka

saya difahamkan ada lebih kurang 65 jenis makanan untuk buffet ni
setiap hari boleh didapati di Cafe@PICC
untuk tempahan bolehlah hubungi PICC 03-88876186
so kalau nak booking untuk makan reramai
kenalah booking awal okeh
bukan apa kekadang tu ramai gak dan penuh dengan tempahan setiap hari

semua hidangan nampak fresh belaka
tapi memang kenyang bebeno lah kalau nak melantak semua tu


makanan adalah stail kampung lah
so memang kenalah dengan tekak orang melayu
actually, banyak jer makanan lain tapi saya tak sempat nak snap
sebab malu plak orang tengok dok snap pic memanjang makan nyer tidak

segala macam jenis kerabu ada kat sini
korang boleh pilih ikut selera

gambar kat atas ni saya ambil dari google..
kat situ ada no contact untuk korang buat reservation
Cafe@PICC 03-88876186
mana tahu opis nak buat farewell ker
makan-makan ker kan?
leh suggestkan dekat bos korang


Shopping di Roermond Designer Outlet, Netherlands

Friday, May 13, 2016

memang dah tunggang tebalik entry aku nih kan..ahahaha
macam tuannya pun jugak pening.
hari ni aku nak share pasal entry akhir travel kat Amsterdam
mestilah korang nak tahu port shopping best kat sana kan
currency tak mengizinkan saya shopping sangat...*lari tepi bucu katil*
so masa kat sana tu just bawa duit untuk makan sahaja..
itu pun makanan semua saya bawa yang segera dari Malaysia
ada pun, kami makan di rumah kawan yang menetap di sana

so port shopping branded murah kat sana ialah Designer Outlet Roermond, Netherlands
so perjalanan dari The Haque ke Roermond ni ambil masa dalam 1 jam lebih la macam tu
kami naik kereta dan faham-faham jerlah kelajuan kat sana tak macam kat Malaysia
pemandu semua berhati-hati...kalau nak buat samseng pun nampak sangat moral kurang ehehe
so semua memandu dalam keadaan baik jer
masa tu suhu dalam 4C dan kebetulan ada hujan jugak...
sejuk baq hangggg!!! sebenarnya merimaskan tau pakai baju tebal-tebal ni bukan best pun
sepanjang perjalanan saya elak untuk tido
sebab terpaku dengan kecantikan kat sana...MasyaAllah
kiri kanan macam lukisan....tak tergambar cantiknyaa
bila sampai kat sana memang ramai umat lah
suasana sama jer macam JPO tu senang citer
so pilihlah nak masuk kedai mana
rumusannya, kalau bawa sebakul duit memang bestlah shopping
rata-rata aku tengok harga tak semurah masa kat Hawaii dan New York
so, kali ni ke'excited'an tu tak berapa lah ehehehe

tapi kaki ni gatal plak gi masuk kat Prada
mak aiii...murah okeh!
tak de lah nak kata murah sangat
tapi kalau korang convertkan dengan RM pun masih murah
kalau nak bandingkan beli Prada kat Malaysia lah
plus dengan jelingan maut pekerja butik yang macam tengok orang sebelah mata tu kan
so, selepas melakukan pengiraan, makanya saya pun rembatlah satu buat kenangan
ahahahahahah wahhh senyum sampai telinga okeh...
mende-mende lain saya tak tahu la murah ke tak
tapi TUMI pun still murah kat sana....ini harga premium outlet lah
kalau beli kat butik di bandar Amsterdam, harga berbeza yer kawan-kawan
mungkin outdated sikit lah agaknya tapi saya tengok ok jer...
Jimmy Choo pun ada kat sana tau...sumber google gak

Ini sumber dari google...




haa...itu adalah pintu depan dia...
masa tu ada pertunjukan apa mende tah,..
.so riuh rendah dibuatnya


nampak macam lengang tapi sebenarnya penuh orang
especially kat butik-butik yang famous


tengok muka puashati tu terpancar jelas kan...ahahahahah
my sweetie pie



so, korang pasni dah habis tau cerita Amsterdam ni...kita sambung cite pasal Bali plak
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS