fifth cycle....teruskan usaha

Thursday, July 28, 2016

Dah lama kita tak share pasal IUI kan...
ini adalah fifth cycle saya utk IUI...2 kali IUI dan 2 kali secara semulajadi
haritu bulan puasa hakak rehat sekejap..bagi tenang-tenang sikit
plus, memang sibuk berpindah randah kan..
so, pas raya ni mulalah semula treatment tu

macam biasa hari kedua period kena pi hospital untuk amik ubat
ubat ape?...clomifene 50mg dan kali ni dos naik sikit
doktor suggest amik 150mg..bermakna 3 biji sehari
baiklah doktor, asalkan berhasil..kita mencuba tak salahkan
inilah contoh ubat tu....amik 3 biji sekali sehari
pengambilan hanya bermula hari kedua sehingga hari keenam
jangan memandai nak panjang-panjangkan masa plak yerkk
kang jadi lain plak...
pastu, hakak kena tunggu hari ke sepuluh untuk datang semula
day10 ni doc akan scan telur kita...tengok sama ada cukup besar tak
then kena inject...ouchh
payahnyer usaha nak dapatkan baby kan
tengok orang buang-buang baby tu rasa geram plak
tahu ker mereka, ada golongan yang berusaha nak kan anak
mereka boleh buang tanpa berperi kemanusiaan
memanglah terdesak pada ketika itu tapi tak leh bayanglah
macam ne sampai boleh tersampai hati tu kan
oklah tak mo sembang lebih..nanti geram plak kan
stress pun tak bagus, kacau hormon hakak nanti...
nanti akak update okeh utk next day10...
mana tahukan kali ni ada rezeki kami
ameen....

RESEPI: Nasi Goreng Sedap

Wednesday, July 27, 2016

arini hakak nak share cara masak nasi goreng sedap tapi simple
hah koo...sedap ker??? confident ajer kan...
tapi tak cuba mana tahu kan..so kenalah cuba pas ni
maybe korang kata hakak share mende yg 'kacang' bolehlah
ahahaha memang hakak pun baru merangkak nak memasak dik non
tapi share jer tak salah...kalau ada yg sudi buat apa salahnya kan
bagi orang bujang, nasi gorenglah yang paling mudah
tapi kekadang tu yang mudah pun lom tentu dapat buat sedap 
meh ikut cara hakak buat nasi goreng

BAHAN-BAHAN

2 biji bawang merah (kecil)
2 biji bawang putih 
Sedikit ikan bilis..
8 biji cili padi (terpulanglah nak ijo ke merah ke)
1 biji telur
Sayur (ikut suka nak letak ke tak..)
Minyak masak


Cara memasak...

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga lumat...cili padi korang leh campur sekali tapi lagi sedap kalau korang tumbuk guna lesung batu..itupun kalau rajin lah..kalau tak korang cebur jer okeh...hasilnya sama jer nanti...tapi gambar di atas tu tanpa cili padi yer...

2. Panaskan kuali dan goreng terlebih dahulu ikan bilis. Okey jangan confuse sebab korang ingat sebelum blender kena goreng ikan bilis dulu kan...tak yah..yg goreng ni untuk korang tabur selepas nasi goreng masak...tapi hakak goreng awal2 sebab minyak gorengan tadi leh guna untuk menumis...pas ikan bilis garing, angkat dan letak tepi dediam.

3. Gambar di atas adalah hasil tumisan bahan-bahan yang telah kita kisarkan tadi...perlu akak ulang ke tidakkk??...faham kan?...selepas tumisan garing dan naik bau baru masukkan telur yerk...

4. Telur tadi kita kena gaul sehingga garing bagi menyedapkan nasi goreng kita.  Kalau lembab lagi korang letak nanti nasi goreng akan lembab macam basah gitu...no no noo....buat macam gambar di atas tu....api jangan besar sangat, kang hangit pulak telur tu jadi pahit.

5. Setelah telur garing, masukkan nasi putih, ikutlah berapa banyak korang nak makan.  Tapi bahan-bahan kat atas tu untuk 2 orang makan...so korang agak-agaklah nak banyak mana letak nasi.  Gambar di atas hakak  masukkan sekali batang sawi sebab senang nak bagi lembut batang tu..kang terpelanting plak gigi pelesu tetamu ko kang, tak pepasal jadi tragedi berdarah..

6. Dah gaul tu nampak sebati, korang masukkan plak daun sawi...dan teruskan mengaul nasi kita bagi rasa sama. Letak garam secukup rasa bagi menyedapkan lagi rasa nasi uols...utk nasi hakak kali ni hakak letak cili merah, tu yg warna dia pucat lesi sebab selalunya letak cili ijo, tapi buka peti ais tengok dah abik plak..so tala jerlah apa yg ado... 
7.Part last sekali masukkan ikan bilis yang kita telah goreng garing tadi...ingat lagi tak?...kalau korang nak letak pun boleh, tak letak pun boleh...selalunya kalau nak makan masa dia garing, just tambah dalam pinggan masa nak makan nanti.  Kenapa nasi goreng hakak nampak pucat?...aiii banyak tanya plak....suami hakak memang suka makan nasi goreng plak cengini.  Perlu ada ikan bilis dan telur jer sebagai penyeri. Sayur tu pun buat eksyen jer...nanti dia letak tepi jugak. So korang kena faham okeh...ahahahhaha

8. Taraaa...nasi goreng siap!....Bila da siap tunggu apa lagi...hidanglahh..boleh makan...mudahkan resepi akak...mudah bagi kita yang suka makan simple-simple kat rumah...bahan-bahan pun mudah korang nak capai...selamat mencuba...tak sedap jangan salahkan hakak...eheheheheh assalamualaikum

:)


Majlis Kesyukuran dan Open House Raya 2016

Tuesday, July 26, 2016


masih dalam mood raya kan....so kita nak cite ni
kan hari tu hakak ada bagi tahu yang hakak busy sebab pindah rumah kan
so last week hakak berkesempatan buat majlis kesyukuran dan housewarming merangkap open house raya laah uolss..
perasaan gementar bila kita nak host kan majlis ini,,siyes uols
iyerlah kita bukannya ada pengalaman
risau makanan tak cukuplah
risau tetamu tak datang lah
risau tetamu tak selesa lah
segala macam mende berlegar difikiran
lelebih lagi bila fikirkan tentang makanan
kanopi hakak da booking sebelum puasa lagi
last minit bila update semula, dia kata tak de plak
ajer lerr gilee gak...menelefon sana sini tanya
alhamdulillah dipermudahkan urusan kami
semua berjalan dengan baik dan lancar
dan tetamu juga boleh dikatakan tak menang tangan melayan
segala kekurangan tu memang tak dapat dielakkan
maklumlah kita tuan rumah yang kerdil
ahkak memang tak dapat nak menjemput reramai
hanya keluarga dan kenalan terdekat sahaja yang dijemput
tetapi kengkawan yang nak beraya rumah silalah datang
pintu tu sentiasa terbuka untuk kalian...
kan hari rayaa kan....
Inilah teratak tempat kami berteduh...moga dengan kehadiran tetamu-tetamu saya akan menambah barakah lagi Majlis ini...
sebahagian dari kegembiraan saya hadir.....sayang korang ketat-ketat
thanks BFF for coming....

with my hub's auntie and uncle....thanks for coming..we are really apprecited
my one and only mama...thanks mama banyak bantu utk majlis ini...love you mom!

pengalaman pertama menjadi tuan rumah..amat mendebarkan tapi syukur semuanya berjalan lancar

sebahagian dari family saya....alhamdulillah

anak-anak tahfiz yang sudi hadir untuk mengimarahkan lagi majlis saya ini..terima kasih anak-anak ku

Maklong, pak long dan mama yang sudi datang dan banyak membantu melancarkan lagi majlis ini...
muahciked

my new neighbour...moga ukhwah ini akan berkekalan selamanya..ameen

terima kasih anak-anak.....doa kalian amat kami harapkan...dan terima kasih kerana sudi hadir 

antara rakan yang sempat hadir...ada pic lelain cuma tak keluarkan jer takut penuh plak blog ni nanti kan...

ini betol-betol jiran sebelah rumah ehehehe..salam perkenalan Aisha dan suami....pasni kita main masak-masak plak tau

my family side...thanks sanggup datang dari Muar dan ada yang sesat plak tu...terima kasih sangat...angah sayang korang

yang ini family sebelah mertua saya..memang meriah diaorang ni..kalau tak de tu sunyi dibuatnya..terima kasih semuaa...tapi hakak tak suka sebab hakak nampak gumuk dalam pic ni walaupun hakikatnya benar tapi sukar ahahahahha

Aidilfitri 2016

Wednesday, July 13, 2016

selamat hari raya uolss
lama kan tak update
sibuk sikit uolss...iols pindah rumah
so memang serabutlah tambah-tambah bulan puasa kan
letih lah memanjang
macam mana ramadan korang? ok tak
alhamdulillah, berjaya kita mengharungi ramadan yang mulia 

sana sini update cerita pasal raya kan
so ahkak pun excited gak nak bercerita pasal raya
raya ahkak biasa-biasa jer...alhamdulillah serba sederhana
tapi tahun ni balik kampung di Johor tak jem
sukeee sangat tauuu...jalan clear jer mungkin ahkak balik isnin lewat
so ramai yg da balik lebih awal lagi kan...

raya pertama tahun ni di Johor
kali ni turn rumah ahkak..so raya ketiga baru balik Selangor sebelah suami
pepagi raya tu macam biasalah sesiapkan makanan
cuma rasa ralat sebab tak dapat tolong memeriahkan dapur
sebab malam tu ahkak diserang sakit kepala yang amatt
so sedar-sedar pagi dah rayaaa...makanan dah siappp

tema kali ni warna purple
so baju pun tak buat baru, kebetulan hari tu adik kawin
masa tu dah memang tema purple so sekali arung lah kan
jimatt duittt okeh.....sekarangkan kena berjimat
inilah gambar seluruh keluarga ahkak
adik beradik ada 4 orang
2 lelaki dan 2 perempuan
cucubaru ada 3 orang...2 perempuan dan 1 lelaki
keluarga kecil ahkak yang bahagia

ha tu dia meriah ke idakk
malam sebelum balik raya tu try lah baju
sekali tengok warna baju suami jauh tersasar dengan baju isteri dia
terus en suami suruh cari tudunglainyang warna macam baju dia
tak pasal-pasal kena gi cari dalam masa kecederaan
ranap poket mak okeh....nasib kena bayar 50% jer ehehehehe
kebetulan Ariani ada buat sale..so jimat sikit duit

haa tu diaa...tak habis-habis posing lagi ttu
baju tu baju recycle masa adik kawin aritu
so kira halal lah kan...
kita orang perempuan ni, pakai lawa-lawa pun tetap dok dapur
tapi yang penting kena lawa-lawa lah sebab hari raya
sesi bermaafan sesama ahli keluaga
masa ni memang banyak drama la kan
memana keluarga pon sama iye dak
lelebih aku yang banyak dosa ni
 kompom lah panjang skripnye eheheheh
raya inilah kemuncaknyaa...apabila bermaafan
pastu kalau dulu dapat gaklah duit raya
sekarang ni, habuk pun tarak
keluar duit raya adalah ehehehehe
alhamdulillah, kalau ada rezeki lehlah sedekah kat sanak saudarakan
pemberian duit raya bukan paksaan ye

 
ini dia bodyguard-bodyguard kami
ceria semuanya selepas bermaafan
iyerlah, masa ni lah nak berkumpul semuanya kan
pas raya kedua ada yang dah balik rumah mertua plak



ini perempuan plak...
dah pakai cecantik kenalah berposing kan
ada sorang lagi anak buah perempuan
tapi dia antisosial sikit so orang ajak bergambar
dia pun cepat-cepat masuk bilik...ahahahahha



oklah sekian dulu cerita raya ahkak kali ni..
tak de apa yang menarik selain amik gambar dan makan
pas makan tu tido..pastu makan dan makan
ahahahhaha macam mana raya korang?
mesti happening juga kan?


Day 2 nak pi beraya ke Muar
keluarga mama dan ayah semua kat Muar
so memang setiap kali raya kami akan ke sana untuk ziarah nenek yg ada
biasalahkan, kalau beraya ni kompomlah makan memanjang
bila balik rumah asyik tengok timbang aje
soo, pas raya nanti kena diet okeh..kalau tak baju tak muat nanti
raya kedua dan seterusnya kita sambung kat entry lain yaa...
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS