Nasi Kak Wok Cyberjaya

Monday, August 15, 2016

assalamualaikum pembaca blog sekalian
erm...terima kasih kerana sudi jenguk-jenguk blog sendu ni
kalau korang rajin datang, saya kenalah rajin update kan
tak de nak update sangat pun
sekadar kongsi serba sedikit kat sini
minat bercerita tetapi tak tahu nak cita kat sapa
so kite bercerita kat alam maya jer

korang pernah makan Nasi Kak Wok ker?
mesti pernah kan....saya jer yang ketinggalan zaman
nama Nasi Kak Wok ni rasanya dah lama famous
tapi keteringinan tu belum mari lagi nak mencuba
sehinggalah satu hari tu terjumpa kedai Nasi Kak Wok ni
so, apa kata kita cuba kan?
nasi ni berasal dari Kelantan kalau tak silap saya
simple but sedap bagi saya
nasi putih, ada kuah gulai, ada ayam goreng dan sambal cili
so bila diblend semua tu dan masuk mulut..haruslah tak terkata
hendak plak dimakan ketika panas kan...makk aiiii
mertua lalu pun tak perasan okeh...

pas mencuba nasi ni...cik suami suka bebeno
walaupun dia bukanlah berasal dari sana
mungkin kerana selera tu kena kot
then, mencarilah kami kedai NKW ni kat area umah
alhamdulillah...kat Cyberjaya dah ada NKW okeh
happylah kami dapat menikmatinya pada bebila masa sahaja
bukan sahaja NKW ada jual kat sini
memacam ada terutama makanan berasal dari Negeri CIk Siti Wan Kembang ni
saya nak list kan kat sini saya pun tak pasti
tapi korang yang ada kat area berdekatan tu leh cuba ke sini yer
kat bersebelahan Zawara Coffee
nak mudah korang waze jer...

Beginilah rupanya Nasi Kak Wok tu....sedap koranggg
simple jer lauknya tapi sedap


tengok teh ais diaa....perghhhh




















inilah kedai Nasi Kak Wok Cyberjaya
so pasni kalau rasa teringin tu leh serbu sini
kalau tengahari during lunch break memang penuh
sooo apa tunggu lagiii..moh kitaaa

Tinted rumah murah dan berkualiti

Wednesday, August 3, 2016

kalau korang perasan,
selalu beno saya cite pasal busy pindah rumah 
aha betul, alhamdulillah akhirnya berjaya juga kami memiliki rumah
syukur sangat-sangat sebab rezeki yang tak disangka-sangka
last year pi open house rumah kawan lalu kawasan ni
masa tu dah 85% siap rumah ni
tak terdetik pun akan menjadi rumah sendiri
maklumlah nak beli rumah dalam keadaan sekarang ni
semuanya mahal-mahal belaka
tapi alhamdulillah, jika itu rezeki kita, memang akan jadi rezeki kita
tapi bukan itu saya nak ceritakan
cuma nak share dengan kengkawan semua
pada sesiapa yang mencari tinted rumah yang murah dan berkualiti
boleh dapatkan pada syarikat bumiputera ni
harga pada saya amat berbaloi-baloi
dan kualiti pun baguss
ada warranty dari 5 tahun hingga ke 7 tahun
tambah-tambah plak rumah sekarang ni kan banyak cermin
so kalau tak tinted memang panas berdentinglah jawabnya
plak tu ekon memang guna banyaklah sebab rumah panas
korang jangan ingat saya promote sebab berbayar pun
saya cuma menolong orang-orang seperti ni berniaga
tiada bayaran apa-apa pun, ikhlas semata
iyerlah, berdasarkan dari pengalaman sendiri
apasalahnya kita kongsi benda baik kan
ini contoh-contoh spesifikasi yang akan diaorang explain kat customer
so customer akan pilihlah speksifikasi mana yang diaorang nak
tapi memang puas hati lah sebab dalam rumah rasa redup jer
secara tak langsung kita akan dapat jimatkan penggunaan aircond

pelbagai jenis warna ada
nak biru, hijau, hitam
korang matchy2 kanlah dengan warna rumah  korang
untuk kali ini, saya pilih 'silver green'
sebab warna tu yang macam menarik hati
tapi itu semua terpulang kepada pilihan korang tau

ini contact number dan ownernyer
so far semua pekerja dan bos diaorang baik sangat
mutu hasil kerja memuaskan dan cepat
kalau ada yang tak puashati bagitahu jer
diaorang akan datang untuk pasang semula dan baiki kerosakan

ini contoh tingkap rumah saya yang telah ditinted
tak sempat plak saya nak ambil gambar penuh
tapi hasilnya saya suka sangat
sebab buat rumah kita nampak lagi menyerlah gitu
dan yang penting rumah jadi sejuk sebab tak kena matahari 100%

close up untuk cermin tepi...
inilah warna silver green

contoh sliding door yang telah ditinted dan yang belum ditinted
korang akan nampak perbezaannya
so kita kat dalam rumah pun ada privacy laa bila siang
kalau malam tu nampak gak sikit2...sebab ada cahaya dalam rumah kan

ini contact number diaorang
lagi senang korang leh tengok hasil kerja diaorang kat dalam FB
so leh la pikir-pikir dan nilai hasil kerja diaorang
tapi saya amat berpuashati dengan hasil diaorang ni
mende baik kenalah kongsi kan?

so pasni kalau rasa nak pasang tinted leh call nombor En Nizam ni yer...
sesama kita membantu orang melayu meniaga
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS